10
Jul

PENCARIAN SARA HIDUP (PART 2)

kempen aura suksesSaya masih ingat lagi, masa zaman student dulu Handphone baru nak bermula eranya. Kalau nak telefon orang memang kena pakai public Phone. Satu Shah Alam dan habis ronda cari telefon “FREE”.

Telefon free maksudnya yang boleh di buat illegal wiring ( curi line ). Memang masa tu saya sungguh jahil. Saya ingat lagi , 3 kali saya kantul dengan pihak Telekom pasal aktiviti saya tu. Brader yang kantulkan saya sampai dah cam muka dan ugut nak bawak ke balai polis.

Saya guna alasan student pun tak lepas. Katanya saya menabur pasir dalam periuk. Tak ada masa depan katanya. Akhir sekali saya bagitahu dia saya asal dari Johor, baru dia lepaskan. Orang Johor rupanya brader tu. Sebenarnya lokasi curi line dekat area Bangsar lah paling top.

Dari Shah Alam saya ke Bangsar sebab nak jumpa Guru Silat saya sambil tu pakai telefon free sekejap kat situ. Depan komuter dan RTM. Kalau sekarang lalu situ, jalan nya dah dilebarkan dan pondok telefon tu pun dah tak ada. Tinggal kenangan.

silat

Saya memang mengambil mana-mana bahagian silat baik pertandingan lawan atau demo. Setiap kali pihak Universiti buat acara tetamu datang melawat Universiti, saya akan buat demonstrasi. Hujung minggu pula saya buat partime dengan team silat ni pergi buat persembahan silat kahwin.

Kira bersilat ni dapatlah duit poket RM100 sebulan. Duit tu pun tak nampak sebab belanja hangus. Kalau masa tu beringat untuk menyimpan RM100 setiap bulan dari duit silat, sekarang ni duit tu dah beranak jadi beribu.

Siapa cakap masa student tak perlu pakai duit banyak ada betul dan ada tak benar. Waktu itu MARA cuma beri RM245 sebulan memang nak buat makan sebulan memang tak cukup. Kalau dulu sehari boleh makan RM3 tapi sekarang 3 hari makan RM300.

Satu hari tu , saya terpandang iklan di surat khabar cerita pasal Insuran. Yang buat tertariknya saya pada iklan tu pasal ia ada gambar mercedes S-Class (dulu harganya RM800,000 dekat sejuta tapi sekarang RM150,000). Saya waktu itu ingat beli insuran boleh menyimpan duit sampai dewasa boleh pakai mercedes tu.

Esok malamnya saya ajak 3 orang member pergi ke KL jumpa dengan seorang manager Insuran yang waktu itu dia kira top dekat KL sebab baru umur 24 tahun tapi dah mampu pakai Honda Dolphin dengan buat RM14,000 sebulan. Asalnya saya nak beli insuran supaya dapat pakai mercedes suatu hari nanti….

Manager tu ingat saya datang nak jadi ejen insuran lalu dia pun ceritalah pasal kelebihan dan keuntungan jadi ejen insuran. Barulah saya tahu, rupanya nak beli insuran tu boleh beli pakai ejen. Ingatkan beli insuran macam buat deposit duit kat bank.

Daripada 3 orang kawan kami datang, saya seorang sahaja yang join jadi ejen insuran. Sekarang ni seorang kawan saya tu jadi pilot dan seorang lagi jadi tauke burger dekat putrajaya. Jadi bermulalah saya sebagai student dengan part time Ejen Insuran.

Waktu zaman tu belum ada Internet secara meluas. Irfan Khairi juga rasanya belum mula bisnes internet. Peluang saya belum dapat online lagi. Hanya tahu online main IRC….yang sekarang ni rasanya dah pupus.

Setiap hari saya akan mengetuk 10 pintu pensyarah di Uitm untuk buat presentasi. Walaupun ketuk pintu dalam hati berharap agar tak ada orang. Pernah satu hari saya ketuk pintu sampai 10 dan semuanya tak ada orang saya pun terus pulang rumah. Sebab target saya hanya ketuk 10 pintu sehari dan jadikan sebagai habit.

Itu sebenarnya salah method. Nak berjaya kena buat presentasi sampai 10. Walaupun method salah, saya dinaikkan pangkat sebagai Agensi Unit Manager di Syarikat Insuran saya masa tu dan nama sahaja manager tapi kereta motor pun tak ada. 5 tahun saya sebagai ejen insuran dan sebagai student yang ada income ribu-ribu, belum tentu ada simpanan.

Dengan kerja saya sebagai ejen insuran yang keluar pagi sebagai student dan petang keluar cari pelanggan dan malam pergi ofis di KL naik bas dari Shah Alam. Balik dari ofis kawan hantarkan. (Entah apa ceritalah si Zulhizi sekarang ni).

Jadi, kehidupan yang sibuk masa tu sebagai seorang student dan ejen insuran berpendapatan RM2,000 zaman tu kira loaded sikit berbanding kawan-kawan yang lain. Padahal saya cuma ada 20 orang pelanggan sahaja masa tu. Semuanya pensyarah Uitm pelanggan saya.

Dari jalan kaki, tak ada motor dan kereta saya beli motor cash. Padahal sebelum ni saya tinggal bersama 13 orang kawan di satu rumah bujang. Rumah tu ada 12 biji motor. Orang mesti ingat itu rumah mat rempit padahal rumah student.

Saya yang tak ada kereta atau motor , kawan-kawan lain nampak saya jalan kaki ke kuliah tak tumpangkan akhirnya mereka gigit jari tengok saya beli motor NSR Honda 150. Kira motor saya paling besarlah waktu tu antara mereka semua yang hanya ada EX5 , Kriss dan RXZ.

Selama 5 tahun saya dalam Insuran line, saya rasa dah tepu dan sudah tak fokus kerana satu hari tu, saya berjumpa dengan salah seorang top ejen yang berjaya closekan orang kes bernilai RM50,000. Jadi saya bertanya pada dia pelanggan dia kerja apa.

Katanya pelanggan dia tauke kedai kereta yang buat Untung bersih sebulan RM5juta. Waktu itu saya fikir, setakat bayar RM50,000 beli insuran kalau pendapatan begitu apa lah sangat. Saat itu saya mula memasang niat untuk buat bisnes kereta di masa akan datang.

Dipendekkan cerita, saya diberhentikan dari menjadi ejen insuran setelah 5 tahun kerana tak fokus. Saya tidak membawa pelanggan baru (syarat menjadi ejen insuran perlu ada 12 orang pelanggan baru setiap tahun). Semua pelanggan sedia ada saya pergi ke syarikat dan saya menganggur lepas belajar.

Semasa menganggur tu lah saya mula belajar pelbagai ilmu. Saya mengembara cari guru sehingga duit banyak habis. Saya masih ingat lagi, ketika itu saya terbaca satu iklan ilmu kuasa minda. Iklannya berbunyi Pengakuan ikhlas dari seorang pelajar Kuasa Minda, “Saya tak sangka lepas belajar ilmu Kuasa Minda, rezeki dapat dari sumber tak disangka…”

Saya fikir , ada bagus juga kira saya pergi belajar ilmu Kuasa Minda ni. Waktu itu duit memang dah kering, tapi yurannya RM1,500. Saya fikir mahal maksudnya ilmu ni betul-betul power. Mana saya nak cekau duit masa tu. Saya dapat idea dengan pergi beritahu saudara-saudara saya untuk pinjam RM100 seorang.

Cuma berjaya dapat RM300 dari saudara-saudara…Saya tambahkan dengan simpanan saya, dapatlah kumpul dalam RM450. Lagi RM1,050 mana nak carik….

(Sambung post akan datang bagaimana saya mula menjumpa rentak dalam perniagaan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

July 10, 2010 at 8:46 am

salam..

menarik jgk cerita tuan master kite ni….tp yg lebih menarik tuan master ade motor honda NSR 150 yg sy ade jgk dan sy masih guna hingga hari ini…power motor tu tuan….klau tuan masih simpan motor tu boleh la kite rempit sama2 hehe…..

Master Hadzrin

July 10, 2010 at 1:42 pm

heheh..dah sedekah kat orang dah azli motor tu…lagi pun kalau saya naik motor tu nampak kecik dan saya pulak tak ada lesen motor…dulu merempit selamba je tak ada lesen… banyak kali juga kena tahan dekat road block tapi alhamdulillah, lepas…sebab polis biasa tahan motor ikan bilis…(hehe jgn mare yang bawak motor selain NSR )

syikin

July 10, 2010 at 6:41 pm

tgk gambar tu rasanya sekarang dah double, betul tak? sekarang dah jadi somebody, tentu ramai yg nak tahu life en hadzrin sebelum ni….

Master Hadzrin

July 10, 2010 at 8:39 pm

yaa syikin…dulu sehari makan RM 3.. sekarang sehari RM100..nasib baik double…jangan double trouble…hehehe

reza

July 11, 2010 at 3:08 pm

nasi beriani nilai? kat mana kedainya?amboi kalau pasal makan tau je pot nya..
nanti saya cari satu masa yg sesuai boleh kita borak2 pasal metafizik sekarang tuan cerita dulu kisah tuan saya nak baca.