08
Jul

KISAH HIDUP SEMASA MENCARI JALAN MENGUBAH DIRI

aura sukses kempenDiam tak diam, hari ini genaplah 13 tahun berkecimpung dalam dunia metafizik. Waktu itu tahun 1998 dan saya bermula sebagai Practitioner di Johor Bahru. Saya ada membuka pejabat di Kampung Suria dan membuka pusat rawatan outlet di pasaraya Extra.

Saya membuat rawatan sambil menjual produk aura kepada pesakit-pesakit yang datang ke ofis. Staf masa tu ada dalam 6 orang termasuklah salesman yang merangkap practitioner yang ditauliahkan. Syarikat itu dinamakan Forever Harmony sebab produk-produknya berkaitan dengan keharmonian rumah tangga dan kesihatan yang harmoni.

Malangnya perniagaan saya itu hanya bertahan selama 8 bulan. Antaranya waktu itu, tak ramai yang terdedah dengan dunia aura. Mungkin cerita kartun Naruto juga belum ada lagi sebab bila kartun tu meletup kat TV , ramai orang mula belajar ilmu aura dan cakra.

Tambah lagi buat perniagaan saya lingkup masa itu ialah bekalan produk yang diambil dari pembekal dari KL diberhentikan kerana pembekal telah melanggar kontrak dengan membekalkan kepada Syarikat Jualan Langsung namanya Spider (Yang sekarang ni pun dah lingkup).

Selepas perniagaan yang dijangka boleh meletup masa tu memang betul-betul meletup sampai tertutup. Saya sambung belajar di Uitm Shah Alam lepas dah tutup syarikat tu. Saya ambik jurusan Perakaunan. Bukan minat sangat pun subjek tersebut tapi itu je bakat yang ada.

Masa jadi student saya buat part time sebagai practitioner. Saya menggunakan kaedah meng’scan’ penyakit orang. Ramai yang pelik lihat kaedah yang saya buat masa tu. Tapi kalau sekarang ni kaedah tu dah basi da..

Yang tak percaya sampai jadi yakin dengan apa yang saya buat sebab semua penyakit yang saya nyatakan dia ada semuanya betul. Sehingga saya bagitahu keturunan dia ada penyakit itu pun dia membenarkan.

Nama saya naik sekejap masa tu sebagai practitioner di UitM tahun1998. Dari asrama lelaki sampai ke asrama perumpuan saya melakukan kaunseling. (Bukan dalam bilik tapi di court tennis , itu pun ramai -ramai).

Semua yang berjumpa saya minta nasihat saya hanya minta upah RM5. Sehari waktu malam sampai 15 orang yang saya jumpa di court tenis sepanjang jadi student di situ. Yang mana dah dapat kaunseling saya cadang kat dia makan makanan kaedah semulajadi seperti buah-buahan, dan homeophaty.

kelas master

Masa jadi student dah mula orang kenal saya sebagai ahli metafizik yang waktu itu dinamakan ilmu kinesiologi. Hidup senang jugak lah sebagai student waktu itu. Dari seorang yang tak dikenali sehingga mendapai perhatian ramai student situ. Bayangkan, masa student lagi pun dah ramai yang menghidap penyakit.

Ada juga yang ada jantung berlubang tetapi merahsiakan masalah dia. Bila saya scan dapat tahu dia yakin dengan apa yang saya buat. Dan saya cukup jaga semua rahsia mereka.

Tapi malangnya, perkhidmatan saya sebagai praktitioner hanya lah selama 3 bulan di Uitm itu. Sebab ada yang tak senang dengan saya (dengki) dan memberitahu kepada semua orang yang saya membuat kaunseling menceritakan yang saya membuka rahsia mereka semasa kami dalam asrama.

Saya masih ingat lagi waktu itu di dalam kelas sebelum pensyarah masuk , 5 orang pelajar perumpuan yang datang kepada saya dan bagitahu mereka semua dah sepakat untuk boikot aktiviti saya. Saya waktu itu tahu saya dikhianat dan saya fikir ada bagus juga saya berhentikan aktiviti saya sebab fokus pada belajar dah lari.

Selepas sebulan peristiwa itu, saya kembali semula sebagai pelajar normal yang sebelum ni saya seperti pelajar paranormal. Sebenarnya waktu membuat kaunseling dengan student-student ni memang memenatkan. Bukan sahaja saya mendengar rintihan penyakit yang dialami.

Saya juga terpaksa mendengar rintihan kisah cinta mereka dan mencari idea untuk menenangkan mereka setiap malam. Dengan RM5 mereka boleh luahkan segala masalah mereka. Masalah mereka menjadi masalah saya juga. Dan masalah saya waktu itu hanya Allah sahaja tempat saya mengadu.

Waktu sebagai praktitioner saya belum lagi mendalam ilmu saya. Yang saya hanya tahu ialah meng scan penyakit dan memberi cadangan ubat. Alhamdulillah, ramai pelanggan saya sembuh dengan izin Allah. Waktu itu saya belum belajar Tendai , Mind Power, Reiki, Mind Flash…ibarat ilmunya seperti debu sahaja. Sekarang pun masih debu lagi.

Kehidupan sebagai seorang student waktu itu yang hanya dapat RM250 dari MARA setiap bulan memang membuatkan saya mencari peluang side income. Saya ingat lagi makanan harian saya selama 6 bulan makan belah siang nasi dengan ikan keli dan malam roti nan. Nasi percuma ikan keli RM1.50. Roti nan air suam RM1.50. Jadi sehari makan RM3.

Orang hairan cakap saya tak muak ke macam tu? Pikir pasal muak , saya tak peduli asalkan dapat isi perut dan murah. Sekarang pun saya masih makan lagi ikan keli. Bagusnya makan ikan keli ni ialah waktu makan ikan keli dengan nasi, makan yang sebelah. Bila nasi dah habis, bahagian sebelah ada lagi buat ratah.

Sehinggalah saya ditemukan dengan dunia insurans pula… (bersambung kisah bagaimana saya boleh bertembung dengan bidang ilmu yang lebih mendalam lagi di post akan datang…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

reza

July 9, 2010 at 2:59 pm

salam tuan
dah lama saya tak komen di ruangan ini tapi saya masih mengikuti.saya sekarang mengikuti
pelbagai kursus yg diadakan sebagai persiapan untuk bekerja sendiri.saya rasa jodoh saya dgn karier makan gaji ni dh hampir tamat.saya ingin mengikut jejak tuan sebagai freelance seronok baca kisah-kisah tuan.bila agaknya kita boleh minum teh tarik di alamanda?

Master Hadzrin

July 9, 2010 at 3:57 pm

Haa Reza, anytime…kalau tak pun kita makan nasik beriani kat nilai…beriani batu pahat kaw !! makan sekurang2nya 3 pinggan!! ayam goreng dia rasa ais kream walaupun panas2…lembut isinya!! amacam? nak coba ?

syikin

July 10, 2010 at 6:49 pm

Aslmkum, yg time ni ke yg en hadzrin citer dulu psl CVT?

Uish, bab makan ni yg best. Kat kuantan x dok yg mcm kat nilai. Saya balik tampin nanti hello2 boleh? Boleh ajak suami sekali…….

    Master Hadzrin

    July 10, 2010 at 8:49 pm

    Kat Kuantan saya makan ikan patin kat gerai belakang kedai2 kat bandar tu..

halmy@pak Ustaz

July 12, 2010 at 4:46 am

jgn luper saya juga pak master H, kalau nak pergi ke nilai…