12
Jul

KEBANGKITAN PERTAMA (Siri sambungan pencarian…)

kempen aura suksesSetelah saya diberhentikan dari menjadi Ejen Insuran di Kuala Lumpur, saya ketika itu tidak bekerja, tidak ada pendapatan, tidak ada wang di tangan, motor saya juga sudah diberi kepada orang kerana saya berhutang dengan orang itu…

Saya buntu tak jumpa jalan pada saat itu. Tapi saya tidak berputus asa memikirkan apa yang saya impikan dan saya juga tenang dengan keadaan saya. Bagi saya , jika  Allah hendakkan saya berkeadaan tidak ada apa-apa bermakna ada sesuatu perkara yang hebat akan berlaku pada diri saya. Jadi saya redho sahaja.

Saya berfikir untuk kembali ke Johor Bahru memandangkan di Kuala Lumpur saya tidak ada apa yang boleh nak buat. Kawan-kawan semua yang belajar sama-sama semua dah sibuk bekerja. Takkan diaorang nak layan saya sebab nanti diaorang yang kena belanja saya. “Asyik aku je keluar duit setiap kali jumpa kau.” kata kawan saya yang kerja di Bank Negara.

Saya berhijrah ke Johor Bahru, negeri kelahiran saya sendiri. Tiba di Johor Bahru, saya cari kawan-kawan lama. Diaorang hairan bila jumpa saya…ada yang cakap, “Dulu kau kata kat JB susah nak carik makan, kat KL banyak lubang duit…jual tahi hidung pun laku..?” sindir depa yang ada masih tak kerja juga masa tu. Ketika itu umur saya baru 24 tahun.

Saya bermula dengan kerja jual-jual kereta termasuklah kereta import, kereta baru, kereta Malaysia, kereta second hand…sebulan dapatlah jual 4 biji kebiasaannya. Saat itu juga saya mula kenal seorang sahabat yang sama-sama nak buat kereta import “WALD”

wald

 

Setiap minggu ulang alik dari KL ke JB untuk bawak kereta Wald bagi kepada customer. Merasa jugak lah bawak kereta impian tetapi hati masih lagi membara yang suatu hari nanti , akan tercapai hajat untuk miliki salah satu kereta mewah tersebut.

Rezeki mula masuk dan secara deras….keluarnya juga deras juga. Sebiji kereta mewah jual tak adalah banyak tapi banyak dapat hasil dari yang sampingan seperti insuran sebiji kereta boleh cecah RM3,000 komisen. Ada satu kereta porche komisen hanya RM600. Waktu itu bagitahu kat orang semua tak percaya.

Setelah agak lama  jadi broker, tibalah saatnya saya memegang jawatan sebagai CEO di Pengedar Kereta yang mempunyai 60 bijik stok kereta di show room. Permulaan saya dalam kerjaya Pengedar Kereta Nasional dan Pengedar Kereta Import.

launching

Waktu itu saya happy tapi tak bahagia. Happy mungkin kerana jawatan tapi tak bahagia kerana cara kerja yang banyak di luar kerelaan perlu dibuat. Seperti membodek orang untuk dapatkan stok kereta sehingga terpaksa mengikut rentak keinginan mereka yang meluluskan pinjaman kereta, agihan stok kereta, keluaran stok kereta dan banyak lagi prosedur line kereta yang bukan bidang saya sukai.

wakWalau apa pun saya bersyukur dan gembira kerana dapat bertemu dengan seorang “Wak” yang telah menjaga kedai kereta saya dengan baik. Setiap hari wak membaca al-Quran dalam kedai dan perniagaan kereta bertambah baik jualannya. Pelanggan selalu datang walk-in di kedai saya.

Setiap kali saya datang ke ofis, saya akan mendapat info dari wak dahulu tentang apa yang berlaku di pejabat baik dari hal staf atau hal kereta. Bukan bermakna wak ni kaki report atau kaki bodek tapi wak memberi pandangan setiap kali berbicara. Dia selalu nasihatkan salesman-salesman yang buat perkara tak baik.

Pernah seorang Salesman saya ketika itu mabuk -mabuk bersama kawannya waktu malam dan nak tidur di show room, wak nasihatkan tempat untuk cari rezeki bukan tempat untuk diambik kesempatan buat perkara mungkar.

Ada juga seorang Salesman saya yang tidk amanah dengan membawa lari wang customer sebanyak RM14,000, Pengurus pecah amanah dan banyak dugaan semasa menjalankan perniagaan pengedar kereta ini.

Zaman kejatuhan dari seorang pengedar kereta bermula apabila wak sudah berhenti kerja sebagai guard di show room saya. Dia mula nak balik semula di kampungnya di Tawau. Rupa-rupanya Wak di kampungnya adalah imam masjid. Saya masih ingat lagi waktu itu saya menghantar wak naik bas di stesen terminal Larkin untuk pergi ke KL.

Di saat perpisahan itu saya lihat mata wak ada melinangkan air mata. Mungkin itulah saat terakhir berjumpa dan tidak tahu bila lagi dapat ketemu. Sekarang ni dah 7 tahun lamanya berpisah dengan Wak. Saya tak pasti wak masih hidup atau tidak.

ofisSelang beberapa bulan lepas Wak berhenti, suasana di show room memang huru hara. Perasaan keseronokan bekerja di ofis sudah tidak ada.

Saya seperti hilang hala tuju untuk kerja bukan setakat kerana wak tidak ada tetapi cara perjalanan perniagaan kereta bukan bidang yang saya sukai.

Kerja yang berlebihan tetapi tidak berbaloi. Keuntungan yang tidak seberapa dan terpaksa melayan karenah baik salesman atau customer.

Customer tahu nak cepat sahaja keretanya dapat. Salesman pulak tahu nak cepat sahaja kereta customer mereka dapat dan mereka semua tidak tahu, pengedar atau dealer kereta perlu bayar pada center CBU kereta seperti Iswara RM40,000 untuk keluarkan dari warehouse.

Margin bagi sebijik kereta tak sampai seribu. Modal besar dan tidak berbaloi. Pengedar perlua jual sekurang-kurangnya 40 biji sebulan untuk bayar kos pengurusan. Belum lagi pekerja pecah amanah.

Buntu dengan cara hidup yang terhempit begitu, perniagaan saya sebagai pengedar kereta diberhentikan sambil menanggung hutang yang dasyat. Hutang yang orang lain buat pasal iaitu bekas pengurus membawa lari wang sehingga beratus ribu.

Walaupun malaun itu membawa lari wang tetapi kehidupannya sekarang merempat. Walaupun berjuta ambik hak orang lain, hak sendiri beratus kali ganda Allah akan berikan kepada orang lain pula. Itulah yang terjadi pada malaun itu.

Dari seorang CEO yang membawa duit syarikat setiap hari ke bank beratus ribu sehingga pihak bank jadi kenal, ketika perniagaan saya itu ditutupkan , saya hanya tinggal RM10. Kembalilah saya sebagai seorang yang zero poket. From hero to Zero.

Sejak tutup perniagaan, saya tidak bekerja dan banyak membawa diri. Saya masih ingat lagi waktu itu, semasa seorang tauke kedai kereta yang mempunyai banyak kereta, saya sudah jadi tidak mempunyai kenderaan. Saya masih ingat lagi, rumah pun ketika itu tidak ada lagi kerana tak bayar sewa berbulan-bulan.

Saya menumpang di masjid sehingga lah bapak saudara menumpangkan saya tinggal di rumahnya yang sudah 6  tahun dikosongkan. Rumahnya memang betul-betul depan masjid baru. Jadi saya mula mencari dan bermunasabah diri saya.

Di masjid itulah saya berkenalan dengan seorang Lelaki tua yang selalu saya lihat sembahyang di masjid setiap kali waktu sembahyang fardhu. Orangnya seakan-akan rupa wak…

…(Bersambung di post akan datang bagaimana saya jumpa peluang dan bangkit semula.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Hasbullah

July 12, 2010 at 5:37 pm

Sungguh menarik kisah perjalanan hidup Master Hazrin. Saya harap dapat mengambil iktibar darinya. Sebagai hamba Allah swt, kita tetap akur dengan ketentuan NYA. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pelajaran buat kita semua.

P.S Teruskan sambungan cerita ini. :)

AZLI

July 13, 2010 at 2:36 am

wah !!! banyak ujiannye tuan master…..

syikin

July 13, 2010 at 8:35 pm

SubhanaAllah… Insaf saya baca….. Kalau bndingkan life saya, perit lagi xperience hidup Sifu….

halmy@pak Ustaz

July 14, 2010 at 5:11 am

guru yang terbaik adalah belajar dari pengalaman

Fauzi

July 14, 2010 at 8:31 am

Saya tak sangka bahawa Master pernah lalui liku-liku payah dulu. Benarlah kalau nak berjaya kena hadapi dugaan yang kuat. Saya baru setakat pening kepala hutang kereta tak bayar dan duit gaji kecik saja pun dah tak tahan

azrul

July 15, 2010 at 7:01 am

di saat master susah, saya ingat lagi,susah macmane pun die tetap utamakan keluarga.respek!!!!!!!!!!!!..