14
Jul

JUMPA PELUANG TAK DISANGKA…

kempen Aura Sukses(…Sambungan)

Bermula lah kehidupan saya ketika itu kesempitan seorang diri, keluarga semua sudah berhijrah ke Kuala Lumpur, kawan-kawan semua ada tanggungan dan tak ada masa nak hirau pasal saya, dan apa yang saya ada hanyalah impian dan Allah sahaja waktu itu.

Walau bagaimanapun, rezeki makan tak pernah putus. Setiap hari ada orang sedekah makan di masjid. Cukuplah untuk saya alas perut siang dan malam dengan makan sekali sehari. Dah habis waktu Isyak, saya balik rumah tidur sahaja.

Dah seminggu saya sertai jemaah masjid situ, orang tua yang saya lihat macam rupa wak itu duduk sebelah saya. Dia ajak saya berbual sementara nak tunggu waktu Isyak.

“Baru pindah sini?” Tanya pak cik tu. Haji Mohsin namanya. “Ya…baru pindah. Saya duduk tumpang rumah pak sedara.” Saya jawab lebih-lebih.

“Kerja di mana ?” Tanya Haji Mohsin. “Belum ada kerja lagi…tengah cari-cari peluang….”.

“Kita mana pernah tak pernah kerja. Kita kan Hamba Allah dan kerja kita ialah sembah kepada Allah. Soal rezeki jangan khuatir. Allah pasti jaga hambanya yang tak lupa pada tanggungjawabnya.”

Waktu tu saya dengar macam faham-faham sikit sambil berfikir. Ada benar juga kata Haji tu…sejak saya jatuh dari bisnes, saya hanya pergi ke masjid sembahyang dan tunggu-tunggu peluang tapi rezeki makan, tempat tinggal sentiasa ada.

Walau susah bagaimana pun, masih lagi beruntung ada tempat tinggal dan ada rezeki makan. Duit memang tak sampai masjid udasepuluh ringgit.

Haji Mohsin beritahu pada saya, “Tak ada apa yang nak dirisaukan kalau kita ada Allah. Sebab tak ada benda mustahil yang Allah tak boleh bagi kita. Kalau setakat nak bagi rezeki…itu perkara mudah sangat bagi Allah.”

Haji Mohsin seolah-olah tahu apa yang saya selalu fikirkan. Dari wajah saya macam ada tulis dekat dahi tengah tak ada duit. “Haji ada lobang-lobang buat duit?” Tanya saya …mana tahu Haji tu seorang Jutawan kea tau mana tahu Haji tu ada niat nak hibah saya ke…

“Saya pun tengah problem jugak. Hutang keliling pinggang jugak walaupun dah umur macam sekarang ni. Perniagaan saya pun belum Berjaya lagi…” kata Haji Mohsin.

Tadi cerita dengan saya macam Haji ni dah sukses atau dah banyak duit…rupa-rupanya pun problem sama dengan saya juga. Entah-entah Haji tu lagi teruk sebab dia dah berumur…

“Walau apa pun, kalau ada hutang banyak, duit tak ada…saya yakin, kalau kita tak putus asa berdoa mohon pada Allah, akan Allah bagi jalan selesai dan jalannya kita tak pernah terfikir langsung!”

“Saya bersyukur sebab diberi kudrat dan kekuatan untuk kerja lagi dan buat ibadat pada Allah. Andainya kalau Allah jadikan saya uzur dan tak mampu bangun, satu kerja pun saya tak dapat buat. Biar poket kosong dulu asalkan hati penuh dengan iman.”

Saya tak faham, kenapa tiba-tiba saya di beritahu dan diberi peringatan semua ni malam itu. Saya dan Haji Mohsin pun bersiap-siap nak solat Isya’ kerana waktu Isya’ dah masuk.

Selesai Solat Isya’ saya pulang semula ke rumah dan dalam perjalanan, saya berdoa agar mendapat jalan. Malam itulah kali terakhir saya nampak Haji Mohsin . Saya cari-cari juga kelibat orang tua itu. Mungkin dia dah berpindah, fikir saya.

Tiga hari lepas tu, seorang kawan lama sama-sama buat Insuran dulu telefon saya. Kawan tu muka nampak tua tapi rupanya muda lagi orangnya.

Kata kawan tu, “Kau nak buat projek dengan aku? Bisnes kita ni tide up dengan Bank. Setiap kali orang bayar hutang kita dapat duit.”

Saya bagitahu dia saya tak ada masalah nak jumpa dengar tapi kawan tu dekat Kuala Lumpur, saya dekat Johor Bahru…nampak gaya payah la nak jumpa.

Dipendekkan cerita, minggu depan saya ke Kuala Lumpur. Ada pulak duit tambang bas ke Kuala Lumpur . Pinjam dengan pak cik yang bagi tumpang duduk rumah dia.

Esoknya di Kuala Lumpur, saya berjumpa dengan kawan lama yang telefon saya minggu lepas. Apa punya tangkal dia pakai sampai saya sanggup datang dari JB ke KL nak dengar peluang yang dia bawa. Sebenarnya saya memang mancari peluang. Itu yang sanggup.

Lagi pun bunyi macam best sahaja peluang dia offer. Masa itu, saya jumpa kawan tu di Restoran Mamak namanya Pelita di Ampang. Lepas order air teh panas kawan tu mula bukak fail untuk presentasi…

Ooooo…MLM rupanya….datang dari jauh nak tengok peluang MLM rupanya….masa tu memang bosan tahap dewa tapi pasal kenangkan kawan lama, saya dengar je…
meeting

Satu ayat yang dia bagitahu buat saya nak buat MLM tu…”Shortest Way To Retire Wealthy….”

Saya nampak jalan dan nekad untuk join walaupun duit tak ada… Tapi akhirnya Berjaya juga join MLM dengan kumpul modal sendiri…

Bermulalah saya sebagai Networker MLM dan tahun pertama buat MLM tidak ada hasil …

(…Bersambung bagaimana saya berguru dengan seorang Master Mind Power dan Tenaga Dalam sehingga perniagaan saya meningkat mendadak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

syikin

July 15, 2010 at 8:17 am

apa khabar sifu2 lama saya yg berdua lagi tu…..

amylionaire

July 18, 2010 at 3:27 pm

@syikin

amylionaire

July 18, 2010 at 3:27 pm

@amylionaire
sihat…jemput jengah web saya di http://www.dlp.webnode.com

Master Hadzrin

July 18, 2010 at 10:56 pm

ya benar…kalau minat bank-in duit kat akaun saya 🙂

faizal

April 25, 2013 at 6:29 am

lama tak dengar suara mentor sy masa buat uptrend….cikgu amir.semakin hebat sekarang…