17
Jul

JALAN PENYELESAIAN YANG TIDAK TERFIKIRKAN OLEH OTAK MANUSIA

bismillah-starAda satu ayat dari SurahAl-Ma’arij dari ayat 19 bermaksud, “Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh resah dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir kecuali orang-orang yang melaksanakan shalat, mereka tetap setia melaksanankan shalatnya dan orang yang membahagikan harta kepada orang miskin dan orang yang mempercayai hari pembalasan.

Semua orang ada masalah bila dah namanya hidup kat dunia ni yang sentiap hari ada ujian baru. Tak kiralah ujian dugaan kena hujan masa naik motor atau ujian jatuh bankrupt akibat kena tipu. Ada satu cerita menarik di TV3 malam Sabtu yang tajuk ceritanya Saham Neraka lakonan Dato Jalaludin sebagai Pak Halim.

Cerita pasal orang-orang yang suka main saham internet namanya AB TAUFAN (Seakan-akan cerita ini mengenakan Saham ABB Fund). Semua jalan cerita nya memang tepat kena dengan cara perjalanan orang-orang main saham internet tersebut.

Saya masih ingat lagi sewaktu saya menjalankan perniagaan MLM cara ortodok yang perlu menaja-naja orang di Johor Bahru Restoran Osman Bandar Baru Uda tingkat atas. Kalau siapa pernah pergi tingkat atas Restoran tersebut, ibarat tempat tu penuh dengan berbagai-bagai bisnes termasuklah bisnes saya dan bisnes ABB Fund.

Ketika itu, pegiat ABB Fund sibuk membuat presentasi di Restoran Osman itu dengan sikap megah diri mengatakan perniagaan mereka lebih bagus dari perniagaan MLM sebab mereka tak perlu mencari-cari orang. Pada pandangan saya, kalau bisnes mereka tak perlu cari-carik orang buat apa perlu datang buat presentasi di Restoran Osman.

Lebih baik duduk rumah layan Astro dengan anak bini. Dan sikap mereka yang bermegah dengan apa yang mereka lakukan sanggup memandang hina pada bisnes orang lain. Ada yang datang mengacau orang lain yang sedang buat bisnes presentasi dengan memberitahu pada prospek orang tersebut bahawa mereka punya lebih bagus.

Nak curi pelanggan la tu! Secara physcology nya, jika bisnes hebat bagaimanapun tapi yang menjalankan bisnes tersebut berakhlak buruk pasti akan lingkup bisnes mereka. Waktu itu setiap kali bila saya naik atas nak berjumpa dengan group dan prospek, mereka mengejek saya seperti Donald Trump lah, Jutawan lah…

“Amin Alhamdulillah…” Saya tahu walaupun ia nya satu doa yang bercampur sindiran kerana saya membawa beg briefcase ketika itu dan bukan beg sandang.

Tak lama 3 bulan lepas itu kerajaan terus keluar dalam surat khabar mengharamkan Skim Saham Internet termasuklah ABB Fund dan yang seangkatan dengannya. Semua pegiat yang title bagi mereka sebagai e-trader itu mengelupor dapat berita utama surat khabar.

Dengar cerita , Leader yang paling atas masa di Restoran Osman duduk meracau di depan kompleks City Square. Mungkin itulah balasan bagi orang yang bermegah-megah sehingga pernah satu ketika dilihat meletakkan kaki nya bersilang diatas meja makan Restoran Osman.

Walau apapun, pintu penyesalan terbuka luas dan Allah amat sayang pada hambanya untuk kembali pada jalan yang lurus. Setiap musibah yang berlaku pasti ada maksud. Bukan kerana Tuhan tidak berlaku adil tetapi ada maksud halus yang perlu dikaji.

Mungkin jika Allah tidak sayang pada hambanya itu, Ia biarkan sahaja hidup kesenangan dan jadi lupa daratan sehingga dihumban ke dalam kubur yang ketika itu nak menyesal dah tak guna. Nak hidup semula untuk buat baik dah tak boleh. Sebab itu Nabi amat risau pada umatnya yang cintai dunia melebihi segala-galanya.

Berbalik pada cerita cerekarama TV3 itu, ada satu babak cerita di saat website Saham AB Taufan dah kena block. Semua yang main saham berdoa pada Allah agar dijauhkan musibah dan malapetaka kerana semua duit mereka dah dimasukkan kedalam saham tersebut.

Ada yang guna duit Ah long, ada yang cagar rumah, ada yang student pakai duit PTPN. Semua berdoa buat solat hajat agar website mereka boleh dibuka dan tidak di block. Semua menangis insaf kalau boleh nak ambik semula duit pokok mereka sahaja.

Mungkin, cerita itu benar-benar berlaku di situasi program saham realiti. Website yang diblock tiba-tiba dah boleh buka. Maka berseronok lah pegiat-pegiat sambil menari-nari dengan mengatakan “Wang Mashyukkk…”

Semua lupa pada doa mereka untuk insaf tetapi membuat kesimpulan bahawa program mereka diblock atas sebab Website sedang under construction (dibaik pulih). Dengan perasaan tamak, mereka menambah lagi duit untuk melipat gandakan hasil dan mereka menguatkan lagi promosi mencari downline.

Itulah kita sebenarnya, bila susah baru inat Tuhan, bila senang ada jalan nafas lega lupa segala-galanya. Akhirnya website AB TAUFAN memang benar-benar tutup terus. Semua orang yang masuk duit cari leader-leader mereka sampai datang rumah buat kecoh.

Tajuk di atas sebenarnya ditujukan khas kepada orang yang terlibat main saham atau kena tipu. Duit yang dilaburkan dalam AB TAUFAN tidak akan dapat balik. Sampai sekarang tauke ABB Fund tak ada duit nak bayar mereka yang telah menjanjikan pulangan lumayan. Hanya duduk diam untuk jadi kaya adalah kuarng adil bagi yang kuat berusaha menjadi kaya.

Masih ada lagi yang menaruh harapan agar saham internet mereka suatu hari nanti mendapat semula hasil. Seperti juga saham SwissCake yang kononnya boleh bawak keluar dari negara jiran. Ada yang berharapan tinggi agar kerugian mereka digantikan semula dengan berjumpa bomoh. Astagfirullahalazim…(Meminta pertolongan selain dari Allah salah satu perbuatan Syirik.)

Walau apapun dugaan yang menimpa adalah satu pengajaran yang perlu dibayar dengan harga yang sangat mahal. Lebih mahal maksudnya akan terbentang luas kejayaan. Orang yang takut rugi biasanya orang yang takut miskin. Dan orang yang takut miskin sebenarnya orang yang memang miskin.

Bukan miskin harta tetapi miskin minda. Mana mungkin nak jadi kaya kalau tak pernah rugi. Anda pernah baca kisah hidup saya yang menanggung hutang berjuta dan kehilangan duit beratus ribu kena tipu dan itu semua bayaran yang saya perlu bayar untuk menjadi orang yang berjaya.

Apa yang penting , anda selalu fikirkan bagaimana nak bangkit semula. Bukan mengeluh terhadap berapa banyak duit yang dah dileburkan atau dibawak lari. Semua yang berlaku adalah kifarah kita atas perbuatan sebelum ini. Fikirkan kenderaan apa yang dapat naikkan semula kedudukan anda sehingga menjadi lebih berjaya dari sebelum ini.

Biarpun kehilangan wang, harta segalanya asalkan tidak kehilangan Allah. Kerana Allah sudah menjamin satu jalan yang sesuai dan terbaik untuk kita bila saatnya kita sudah bersedia untuk menerimanya. Alhamdulillah!!

minum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*