16
Jul

JALAN DAH ADA TAPI ILMU BELUM MANTAP

Sejak terlibat dalam perniagaan Networking ala-ala MLM, banyak benda yang saya tak suka buat dulu saya buat seperti berjumpa-jumpa orang, bagi risalah bisnes, melayan karenah orang negatif yang berlagak pandai…

Walau macamana pun saya tak setension masa buka bisnes jual kereta. Tak terikat dengan melayan karenah staft yang kaki bodek dan tak perlu membodek orang untuk membeli stok kereta.

Setahun bina perniagaan MLM tersebut ketika itu dengan berjalan kaki , naik bas tumpang kawan. Setahun tak buat duit sangat. Cukup makan lah kira. Dari seorang tauke jadi seorang pegiat MLM yang mendapat hasil bawah seribu sebulan.

Duit yang saya terima ketika itu cukup-cukup buat makan dan beli rokok (semasa belum berhenti sepenuhnya). Setiap malam hembus asap rokok yang tak ada faedah mencari ilham untuk majukan diri.

Saya masih ingat lagi peristiwa saya berjumpa dengan seorang prospek yang ketika itu saya ajak jumpa di kedai mamak. Dia datang seorang diri nak mendengar peluang yang saya bawak setelah terima risalah dari saya.

Selepas saya buat presentasi bisnes MLM tersebut, orang itu bersetuju nak ikuti program saya dan katanya nak bayar keesokan hari sebab nak pergi ke bank keluarkan duit. Saya rasa gembira bila dapat seorang ahli baru join dengan saya dan kami beredar pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, orang yang berjumpa dengan saya tadi terlihat saya pulang dengan berjalan kaki. Lalu dia memberhentikan kereta perdana nya sebelah saya dan membuka tingkap dan berkata…

“Tadi awak cerita bisnes awak boleh buat duit beribu-ribu…tapi awak sendiri jalan kaki tak ada kereta…PERRRIGIII DAAA!!”

Waktu itu, Tuhan sahaja yang tahu, bagaimana dulunya seorang tauke kereta yang di beri tamparan tersebut. Itu saya tak cerita kepada orang itu yang dulu saya pernah berniaga kereta. Kalau tak lagi lah tak ada siapa percaya.

Saat itu saya ingat pada kisah Nabi Muhammad waktu menyampaikan dakwah yang lagi berat hinaan yang Nabi terima…jadi saya fikir tak mengapa…lagi pun bukan orang itu yang memberi rezeki.

Kisah pengalaman saya ini akan jadi pembakar semangat saya. Balik rumah saya cari gambar kereta impian saya yang ketika itu honda Accord.

Setahun buat bisnes tak namapak hasil yang diharapkan. Saya mohon pada Allah agar mendapat jalan untuk majukan bisnes dan diri. Saya beli surat khabar tabloid dan mencari-cari peluang mana tahu ada jalan ke…

Ada satu iklan dan saya tertarik dengan topik nya. Masa itu tahun 2005. Kursus Gunakan Kuasa Minda dan Kuasa Niat untuk capai segala hajat. Yuran RM850. Masa tu fikir mana nak cekau duit yuran tu.

Tapi pasal nak punya hal, saya ikhtiar untuk dapat hadirkan diri kursus tu. Dua bulan kumpul modal dan ikat perut untuk buat bayar kursus. Saya fikir, kalau tak berkorban sekarang, nasib saya akan jadi sama sahaja 3 hingga 5 tahun lagi.

Bila cukup modal saya terus online bayar kursus yang dibuat dari pagi hingga maghrib di Kuala Lumpur. Makan disediakan. Saya anggap hari itu saya pergi berehat di hotel makan sana.

Dari JB ke KL saya naik bas waktu malam dan berteduh di Puduraya sehingga pagi sebelum naik bas ke hotel kursus. Sampai sahaja hotel, ada 40 orang peserta yang ikuti kursus. Ada yang datang dari jauh macam Terengganu juga nak belajar.

Sepanjang hari tu saya belajar ilmu baru (ketika itu ilmu Kuasa Minda baru nak diperkenalkan). Akhir kursus, saya minum teh dengan kawan baru yang saya duduk di sebelah sama-sama.

Namanya Arif sekarang ni duduk Kuantan. Member tu pun macam saya juga buat networking yang waktu tu company dia tengah famous dengan duta nama Fifi. Kali terakhir saya jumpa dia 3 tahun lepas masa dia turun JB dengan kereta Toyota Caldina yang di modified.

Member tu dah buat duit banyak dalam forex. Katanya dah kumpul RM3 juta lepas belajar ilmu Kuasa Minda. Tapi saya perhatikan dalam akaun bank masa dia cucuk duit kat Maybank ada dalam RM1,500. (Arif kalau kau baca post ni…kira nasib lah).

Sebenarnya adat…walau banyak income kita, duit yang mampu disimpan memang susah nak banyak. Tu yang saya belajar ilmu Ibu Duit dengan seorang Pak Kiai untuk halusi masalah duit banyak tapi macam tak banyak.

Kesan lepas belajar ilmu kuasa minda ketika itu memang berlipat kali ganda hasil yang saya terima. Banyak senaman dan amalan yang saya buat untuk hasilkan usaha yang diimpikan. Ada juga antara koleksi yang saya letakkan dalam blog ini sebagai panduan untuk yang tak berkemampuan nak pergi berkursus.

Yang kata saya letak harga mahal jual ilmu sila lah bayar kursus yang perlukan belanja beratus dan ada hingga beribu.

Selang beberapa bulan, perniagaan MLM saya meningkat mendadak. Ahli dalam kumpulan semakin meningkat. Dari berbelas orang menjadi berbelas ribu dari Johor sahaja.

kereta impian pertama honda

Dari seorang yang berjalan kaki, ketika itu saya mampu miliki kereta impian saya yang pertama iaitu Honda Accord. Sebenarnya saya dah guna teknik bola emas untuk dapatkan kereta tersebut (dengan izin Allah).

Dua tahun kemudian, barulah saya menjana pendapatan yang lebih selesa daripada berniaga kereta. Ibarat saya mendapat pendapatan setiap bulan boleh beli harga tiga biji kereta perdana orang yang berlagak herdik saya masa saya jalan kaki.

 (post akan datang saya akan kongsikan pengalaman mendalami ilmu potensi diri yang lain termasuk Tendai, Reiki dan ilmu Kineseologi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*