04
Jul

ILMU BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI

bercakap depan orang ramai 

Assalamualaikum,

Semalam dapat banyak feedback tentang produk Aura Bio-Sukses, Alhamdulillah. Insya Allah mereka ini akan menjadi pelopor dalam pelancaran produk ini yang akan dilancarkan di Shah Alam pada 10 hb 10 2010.
( Dulu lagi cantik 10hb10 1010…entah apa punya cara sambutan orang zaman 1010 dulu tu…yang pastinya mereka semua dah tiada lagi…)

Semalam saya dah postkan tentang pentingnya menjadi seorang speaker atau penceramah bagi sesiapa yang ingin berjaya.

Bukan sahaja kalau nak buat Bisnes MLM atau Motivasi sahaja tapi kalau nak menjadi seorang pendakwah yang terkenal seperti A Agym, (Saya pun nak ikut ke arah itu), maka ilmu bercakap depan khalayak ramai penting.

Lepas ini, janganlah ada yang mencari alasan untuk tidak mahu tampil ke depan bercakap depan khalayak ramai. Sebagai seorang pemimpin, anda perlu ada keberanian berdiri depan ramai orang.

Mungkin ada yang tanya..”Saya ni, kerja posmen, kerja tebar roti canai, menorah getah, suri rumah..macamana nak bercakap depan orang ramai kalau dah kerja saya begitu…”

Jangan bimbang…bukan maksud saya lepas baca post ni terus cari orang ramai lepas tu bercakap depan semua. Lepas dah belajar ilmu ni, anda boleh mulakan dengan menyertai kelab-kelab dahulu atau peluang bisnes macam MLM atau kalau tak ada, berlatih diri jadi AJK PIBG anak-anak.

Apa yang penting, pergi ke depan dan bercakap ! Saya ingat lagi masa mula-mula saya nak bercakap depan …ada la dalam 5 orang masa tu. Saya hanya mampu diri depan kemudian bersorak “Hep-hep Horray je..” kononnya nak bagi semangat. Lepas tu saya tak tahu nak cakap apa saya pengsan.

Teruk betul saya dulu ni…Tapi insya Allah, jika sekarang saya boleh kawal keadaan. Dan saya memang berpeluang mencari jalan untuk bercakap depan seramai yang boleh orang.

Bulan raya ni ada perkumpulan seramai 15,000 orang di convention Mines dan saya mencari idea macamana nak selit berdiri sekejap di depan orang ramai.

ramainya orang yang datang

Nak bercakap depan pun bukan sebarangan ilmu kena pakai. Dan saya tak percaya pada Tangkal. Ada yang berdiri depan pakai tangkal bagi tujuan orang ramai yang melihat kita bercakap kat depan tu tak menghantar santau atau jin atau tembak kita.

Kita Alhamdulillah dekat Malaysia ni , pengabis kuat orang tak suka dengar bila kita bercakap ialah dia beredar sahaja.

Tidak ada sampai baling batu, najis, ludah… seperti yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. sewaktu baginda berucap di atas bukit

Yang jenis kurang ajar akan cakap “Aggghhh ini mengarut…tipu…bohong…!!” Haaa…kalau kena pada anda kes begini, apa yang anda nak lakukan ? Ni pun kena ada ilmu juga nak kawal keadaan.

Kalau saya jika terjadi kes orang menempik begitu, saya akan panggil orang itu ke hadapan dan minta penonton yang lain menepuk tangan memberi sokongan pada dia datang bercakap di depan untuk bagitahu apa yang bohong dan apa yang tipu.

Apa akan terjadi, orang itu akan jadi malu, takut dan salah sangka. Contohnya saya menceritakan kisah tenaga dalam, dia cerita pasal kuasa minda. Itu dah lari topik.

Maksudnya dia syok sendiri sahaja bagitahu yang kononnya program yang dianjurkan adalah program seperti dia pernah hadir.

Itu sebenarnya secara psychology yang kita gunakan. Tapi ada ilmu yang bila kita berdiri di hadapan, kita akan menjadi orang lain…

Tiba-tiba kita akan jadi orang yang hebat bercakap seolah-olah kita di atas pentas tu ada satu aura kuat meresap dalam diri dan dapat menyampaikan ceramah yang hebat.

Saya kongsikan dengan anda. Biasanya sebelum proses naik ke pentas, saya akan lakukan dua perkara ini. Pertama saya akan bayangkan saya sudah bercakap diatas pentas dan saya gambarkan suasana yang saya inginkan.

Saya bayangkan sambil pejam mata bayangkan penonton semua sedang terpukau mendengar saya bercakap.

Lebih kurang dua tiga hari saya akan lakukan latihan bayangan ni sebelum majlis besar itu bermula. Kedua, saya akan melakukan latihan membuka 7 cakra.

Ini bertujuan menguatkan aura diri. Bila lakukan ini, Insya Allah tiada perkara buruk berlaku seperti orang ingin sihir atau santau dan kita mempunyai perisai aura yang kuat.

Kalau Ahli Tendai lagi kuat auranya. Sebab itu bila kita dengar penceramah yang hebat mempunyai aura yang hebat dan mereka sebenarnya membuat latihan seperti ini dahulu. Contohnya saya lihat filem pasal Hittler Nazi.

Sebelum dia nak berucap malamnya depan beratus ribu askarnya, dia akan melakukan afirmasi latihan di tempat yang dia akan berucap pada siangnya waktu tak ada orang lagi. Macam rehersal lah. Dia bercakap seolah-olah depan dia dah ada beratus ribu askarnya.

Dan malamnya waktu yang ditunggukan, askar-askarnya terpukau dan terikut dengan semua kata-kata semangat Hittler!

7 latihan menguatkan cakra diri ini anda boleh pelajari dari siri ilmu potensi diri yang berbentuk e-book panduan. Selain aura menjadi hebat, waktu itu jika anda inginkan sesuatu, anda boleh cepat dapatkan dan mendapat secara mudah.

Tambah lagi dengan ilmu menghantar bola emas dan khadam. Gabungan dua ilmu ini anda akan menjadi super speaker. Saya akan gunakan ilmu ini bila penonton ada lebih 200 orang. Kalau setakat 2 orang tak perlulah nak bercakap berkobar-kobar.

Lagi satu paling penting isi ceramah anda. Jangan terlalu banyak fakta. Nanti jadi ceramah boring. Buat ceramah yang ada unsur cerita kerana penonton boleh memngikut cerita anda sambil membuat bayangan.

Dan percayalah..mereka akan ingat cerita anda dan melupakan fakta yang anda sampaikan. Seperti saya, dalam ceramah saya banyak bercerita tentang cerita rakyat seperti cerita watak binatang seperti Sang Gajah, Sang Katak, Sang Kancil…banyak lagi sang.

Jika anda perasan, dalam blog saya ni juga banyak cerita pasal Nabi Muhammad, cerita pasal tu pasal ni… jadi kita nak bawak pendengar ke dimensi lain.

Saya pegang kata-kata seorang pak kiai, “Nak Berjaya di akhirat, kena ada ilmu, Nak Berjaya di dunia kena ada ilmu…nak jadi speaker juga kena ada ilmu.”

Dapatkan siri ilmu di sini

Insya Allah, akan datang saya akan kongsi pasal ilmu dan kenderaan untuk Berjaya… Wassalam

Tinggalkan Komen Anda

*

nyamukJahat

July 5, 2010 at 4:34 pm

waaa…bole jd tips ni..kenkdg bg ceramah denggi terlampau byk fakta..orang nek bosan dengO…kisah sAng Nyamuk…akan dipikirkan.tq.

syikin

July 10, 2010 at 6:57 pm

Alhamdulillah En Hadzrin, sekarang ni saya jadi speaker untuk Program Belia Rakan Muda Jutawan… Byk tips yg saya dpt dr artikel ni…. cuma nak tambah power kat closing…

    Master Hadzrin

    July 10, 2010 at 9:00 pm

    closing kalau buang “C” jadi losing…ustaz nizam dah ajarkan??