26
Jul

CABARAN 21 HARI MENJADI SUPER POWER

superAnda kali ni dikongsikan bagaimana nak menjadi seorang yang kuat getaran aura diri dan seorang yang mendapat berita gembira dan keseronokan dalam kehidupan. Hajatnya mudah tercapai dan dadanya sentiasa lapang dengan perasaan tenang.

Tidak ada stress, tak ada kekecewaan, tak ada kerisauan dan yang ada hanyalah ketenangan yang mampu mengukirkan senyuman sepanjang masa. Ya , ini sebenarnya ilmu tambahan yang saya kongsikan percuma buat pembaca. Jika anda jadi baik dan berjaya, saya tumpang bahagia.

Inginkan kehidupan yang luar biasa tetapi tidak tahu dalam diri dah ada satu potensi yang boleh mengaturkan diri dengan izin Allah untuk menjadi seorang SUKSESSOR. Benar, semua orang ingin kebahagiaan walaupun orang yang zalim  juga inginkan kesenangan.

Tetapi percayalah cakap saya, walaupun ilmu ini saya berikan percuma untuk mereka melakukannya tetapi ramai yang tidak mampu lakukannya. 95% orang yang diberi cabaran ini gagal dan tidak mampu lakukannya. Tak perlu tanya saya sudah berjaya lakukannya. Sudah tentulah berjaya, Alhamdulillah.

Ianya mudah tapi ramai tak boleh buat. Jika buat dan berjaya, anda akan dapat rezeki, kebahagiaan, ketenangan dan kekayaan yang berlimpah ruah. Mahu dan sanggup terima cabaran untuk melakukan teknik ini?

Sebelum itu, saya ingin bagitahu bahawa teknik ini ada kaitan rapat dengan energi(tenaga) dan gelombang. Setiap kehidupan mempunyai gelombang termasuklah diri kita. Untuk memancarkan gelombang yang hebat, perlu memancarkan gelombang ZMP (Zero Mind Proses).

ZMP adalah peringkat advance dan mustahil untuk belajar melalui pembacaan. Perlu ikuti kursus. Jika Minda tak zero, akan jadi ZMP yang lain iaitu Zero My Pocket. Minda Zero bukan bermakna Tidak Pandai. ZMP ini adalah otak dan fikiran kita bersih dari segala perasaan negatif, prasangka buruk dan pengalaman silam yang pahit.

Baiklah, cabaran untuk anda jika anda mampu lakukan Tahniah diucapkan dan jika tak mampu lakukannya, anda sendiri tahu jawapannya mengapa hari ini anda adalah diri anda sekarang yang tidak berjaya capai apa yang anda impikan.

Selama 21 hari, cabaran anda adalah lakukan 3 perkara ini :

1) JANGAN Mengeluh

2) JANGAN Komplein

3) JANGAN Merungut

Mudah Bukan ? Jika anda boleh lakukan 3 perkara diatas selama 21 hari berturut-turut, maka anda boleh jadi seorang Super Power! Maksud Super power ialah anda akan dilimpahi dengan banyak perkara-perkara yang bagus dan menggembirakan dan saya boleh katakan dengan izin Allah 100% Dijamin Berkesan!

Bila anda nak mula lakukan ? Tapi ingat, jika anda dah mula dan bila ‘sekali’ sahaja anda melakukan antara 3 perkara dilarang di atas, anda Wajib ulang semula dari mula sehingga hari ke 21. Dekat sini banyak pengajaran yang anda akan terima. Salah satunya ialah menafsirkan berapa serius anda impikan kejayaan.

Usahlah berangan untuk menjadi seorang yang berjaya jika 3 perkara mudah ini anda gagal melakukannya. Jika anda benar-benar serius, berapa kali anda sanggup lakukannya semula setiap kali anda gagal. Anda yang tentukan nasib dan masa depan cemerlang anda. Ilmu ini tak perlu guna mantera, amalan, kuasa ajaib tetapi kesannya juga hebat.

Ilmu metafizik yang ada berguna untuk membantu anda berjaya sebagaimana saya berjaya dalam perniagaan setelah pelajari ilmu metafizik dan tendai. Cabaran 21 hari ini istimewa buat anda sebagai pembaca setia dan saya ingin lihat, kejayaan diperolehi oleh anda.

Bagaimana saya dapat ilmu ini? Saya juga belajar dan berguru. Bukan saya reka-reka. Saya belajar dengan seorang guru yang pendapatannya sehari RM400,000. Saya belum tahap begitu. Usahkan sehari RM400,000. Sehari dapat RM400 pun syukur sangat-sangat. Apa lagi RM4,000 dan lagilah bersyukur kalau sehari RM40,000.

Masih ada ruang untuk kita berjaya seperti orang lain yang berjaya yang penting kita terus menimba ilmu , berusaha dan berdoa. Doa yang tanpa usaha ibarat roh tanpa jasad.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

July 28, 2010 at 1:02 am

MASTER sape tu yg pendapatan dia sehari rm400k…?

    Master Hadzrin

    July 28, 2010 at 2:22 am

    Namanya T. Harv Eker

reza

July 28, 2010 at 3:44 pm

master pernah belajar dgn dia ke????berapadia charge haa

Master Hadzrin

July 28, 2010 at 9:25 pm

Dia charge RM2,500 selama 2 jam satu kelas. Bayangkan sekali seisi ada 200 orang. Sehari dia buat 3 seisi masa datang Malaysia. Berapa income dia dapat?

nuar

July 29, 2010 at 1:30 am

jgn komplen,jgn mengelu,jgn merungut…maknanya kita xboleh rasa nak marah la dlm tempoh 21 hari tu?betul ke master?

    Master Hadzrin

    July 29, 2010 at 1:21 pm

    kanapa perlu marah…?

azli

July 30, 2010 at 2:51 pm

master klu terdetik 3 perkara tersebut pon dikira melanggar pantang jgk ke?