25
Jul

AMALAN MAGNET REZEKI

master powerSebelum masuk ke post yang bersiri, saya nak menjawab satu persoalan daripada pembaca blog saya. Ilmu ni saya berikan secara percuma. Ikhlas atas Lailahaillallah.

Amalan untuk menjadi diri sebagai magnet rezeki. Ilmu ni memang boleh percuma kecuali ilmu lain yang perlu dapatkan ijazah dan latihan. Jika anda buat dan berjaya, saya amat gembira.

Sebenarnya ada banyak amalan dan saya berikan yang basic. Ilmu ini memang saya amalkan sejak saya susah lagi dan Alhamdulillah, rezeki tidak putus-putus sampai saya sendiri tak yakin apa yang saya mampu untuk berbelanja esok hari…tetapi rezeki tetap ada.

Dari mana saya dapat ilmu ini? Tak usah bimbang kerana ilmu ini tidak melanggar hukum agama dan melanggar peraturan undang-undang.

Sebelum nak mulakan amalan asas Magnet Rezeki, anda perlu puasa sunat selama 3 hari. Niat Puasa semua kerana Allah. Bukan kerana saya atau kerana nak jadi kaya atau kerana saranan dari blog ini. Niat kerana Allah Puasa sunat 3 hari berturut.

Kemudian, apa yang perlu anda lakukan ialah secara konsistent, lakukan solat sunat Duha 4 rakaat setiap pagi jam 8 – 10 (antara waktunya). Solat Duha adalah 2 rakaat dan ia ada 2 set yang perlu diusahakan.

Tak kira anda kerja apa, kilang,posmen, guard, MLM, Insuran, Bisnes, tukang cuci,…waktu ini perlu diperuntukkan melakukan solat Duha. Niat Duha anda boleh tanya yang arif. Dalam bahasa niatnya “Sahaja aku solat Sunat Duha 2 rakaat kerana Allah Taala.”

Selesai solat Duha, anda baca ayat seribu dinar 3 kali. Itu amalan sunat yang perlu konsistent dilakukan. Bila konsistent, rezeki pun konsistent masuk. Terutama bagi yang selalu ada masalah atau ditimpa nasib malang kena tipu orang pasal soal duit. Lakukan amalan ini.

Akhir sekali amalan yang anda perlu lakukan untuk menarik rezeki lebih kuat ialah dengan meninggalkan segala pekerjaan anda tak kira apa jua pekerjaan apabila masuk waktu Solat Fardhu. Maknanya anda sembahyang tepat masuk waktu.

Ada kisah yang disampaikan oleh Dato Fadzilah Kamsah tentang penjual buah di tepi jalan. Peniaga ini hanyalah jual buah di gerai. Yang menarik tentang peniaga ini ialah setiap kali azan masuk waktu solat dia terus mengambil wuduk dan melakukan solat di dalam gerainya.

Apabila pergi ke rumahnya, memang tidak disangka orang yang hanya berniaga jual buah di gerai mampu tinggal di rumah banglo yang besar dan indah seperti istana.

Sebab itu jika masuk waktu solat fardhu kita jangan menangguh dan jika menangguh, Allah tangguhkan juga tuntutan kita untuk mendapat rezeki.

Insya Allah, kita sama-sama jaga amalan kita ini dan pedulikan orang lain yang sibuk dan bermegah-megah menayang kekayaan dan wang mereka tetapi sebenarnya kehidupan mereka sengsara. Kita memilih kejayaan yang abadi dan diredhai Allah.

Tinggalkan Komen Anda

*

syikin

July 26, 2010 at 7:52 am

Alhamdulillah….. Allah pilih awak untuk sampaikan serta ingatkan kami semua….. Saya setuju apa yg awak tulis. Kita selalu solat, tapi x on time. Minta pada Allah rezeki, tapi x ikut perintah DIA, CAMNO TU?

takun

July 26, 2010 at 9:25 am

Subhanallah, terima kasih

Hasbullah

July 26, 2010 at 2:34 pm

Setiap ibadah yang dikerjakan pasti ada ganjaran dari NYA jika kita ikhlas mengerjakannya. Sedangkan dengan manusia iaitu bos kat tempat kerja, bila tiap kali bos panggil kita datang segera. Disuruh buat kerja cepat aje kita tunaikan. Makanya bos sayang dengan kita dan beri ganjaran. Lebih-lebih lagilah Allah swt, Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.

azli

July 28, 2010 at 7:43 am

perkongsian ilmu yg ampuh…tq master..

Muhamad Khairullah Anuar

September 29, 2010 at 6:08 am

Ya ALlah…. boleh tak sy nk tau yg lbh lnjut tlg sms sy khairul…. 0178708567

teguh

February 17, 2011 at 3:12 pm

Tks. Ayat seribu dinar itu yang bagaimana?.

Bisa dijawab via email???