17
Jun

SUNNAH 5 : AMALAN SOLAT DUHA

“Menjadi Muslim Berwawasan, Meraih Rezeki Pelbagai Dimensi”

solat duha7 tahun lalu, waktu itu saya masih ingat lagi. Duit dalam tangan dah kosong. Memang malas betul nak keluar rumah mengadap masyarakat. Saya ketemulah dengan Mak Saudara saya yang datang dari Singapura.

Mak Sedara saya ni kerjanya sebagai operator barang elektrik di Singapura. Walaupun kerja biasa tapi dalam akaun bank dia ada Sing Dollar$350,000…kalau duit Malaysia ni dah nak hampir RM1juta. Orangnya nak kata pemurah sangat , ada la sikit.

Masa dia datang kat saya, dia macam tahu je problem yang saya hadapi masa tu. Dia duduk sebelah terus dia bebel kat saya. “Yem kalau nak ada rezeki duit tak putus-putus masuk kena selalu buat Solat Duha. Solat Duha ni dari pukul 8:30 sampai pukul 10:30″.

Makcik saya tu macam tahu je yang saya memang tak ada duit.  Masa dulu waktu sekolah Ustazah ada juga cerita pasal kelebihan solat Duha tapi saya buat deq je. Ye lah masa tu pikir buat yang wajib je…yang sunat tak payah nak sibuk-sibuk buat…jahil betol  masa tu.

Lepas peristiwa kena bebel dengan mak cik saya waktu tu, saya pun cuba lah ikut nasihat dia. Lagipun, bukannya kena keluar modal pun. Hanya ambik masa tak sampai 5 minit buat solat 2 rakaat Duha.

Memang benar apa yang Mak cik saya katakan, lepas 3 minggu saya amalkan Solat Duha, rezeki mula nak masuk dari sumber tak disangka-sangka. Tambahan pulak, saya dah rasa sedap pulak setiap pagi buat Solat Duha sampai rasa tak sabar hari esok punya waktu buat Duha.

Saya mula nekad untuk masuk kerja setiap pagi jam 8:30. Kerja dengan Allah. Ibarat punch in jam 8:30 lepas tu punch out 8:35. Mudah saja Allah nak bagi rezeki dengan pekerjaan mudah yang kita boleh lakukan.

Saya ada belajar juga pasal Solat Duha ni. Ada hadis mengatakan, doa dan permohonan solat Duha berlaku untuk semua. Ia melintasi cakerawala, menembus mega dan dinding bangsa, geografi, idealogi dan juga teologi. Rasulullah berpesan,

“Tidaklah seseorang Muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya, maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata, ‘Amin’. Dan bagimu apa yang kau doakan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila kita diam-diam mendoakan kebaikan bagi orang lain maka diam-diam malaikat mendoakan kita. Akhirnya kita sama-sama berada dalam kebaikan, kebahagiaan dan kasih sayang. Maka Rezeki dapat diraih dari pelbagai dimensi yang melingkumi semua penduduk di negara ini.

“Allah Yang Maha Agung lagi Maha Mulia menyatakan, ‘wahaii anak Adam, cukupilah Aku dengan melakukan 4 rakaat solat Duha pada pagi hari, maka Aku akan mencukupi keperluanmu pada akhir hayatmu,” (Hadis RiwayatAhmad dan Abu Ya’la)

Memang benar salah satu tujuan solat Duha didirikan supaya pelakunya mendapat rezeki dan dijauhkan kepada kemiskinan. Tetapi seseorang itu kena bertaubat dan mohon ampun kepada Allah. Rasulullah berkata

 ”Solat Duha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan, dab tidak ada orang yang memelihara solat keculi orang yang bertaubat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Akan datang saya akan kongsikan tentang DIMENSI REZEKI. Ada 4 dimensi rezeki.

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

June 20, 2010 at 1:50 pm

salam.master..

memng btollah sunnah2 rasul mempunyai keajaiban nye yg tersendiri…solat duha contohnye.sy suka melihat solat duha dr perspektif masyarakat luar bandar.bukannye bermakna masyarakat bandar tidak melakuknnye..tetapi jumlahnye bole dikira…cuba renung2kn warga emas di luar bandar.kebykkn mereka mempunyai tahap kesihatan yg baik,daya pemikiran yg agak tajam dan serba kecukupan dr segi rezeki w/pun umur mereka mencecah 80an..ini semua hasil dr keikhlasan ibadat sunat yg dilakukn…sy juga mempunyai nenek di kg yg berusia hampir 90thn,tetapi masih berkemampuan melakukn ibadat2 sunat seharian….oleh itu lihatlah hasilnye sendiri..dunia dpt apatah lg akhirat..

wallahualam..

    Master Hadzrin

    June 21, 2010 at 10:59 am

    betul tu azli…kira azli masih untung lah ada nenek lagi…kedua nenek saya dah tiada….kira kalau tengah sesak tu boleh mintak hibah dari nenek ye…picit-picit kaki nenek mana tahu nenek bagi seribu…hehehe

emrullah

June 21, 2010 at 11:50 am

Salam Master, artikel kali ni btl2 mantap…amatlah benar khasiat solat Dhuha jika diamalkan dengan ikhlas dan istiqomah…bilamana saya mengerjakan solat Dhuha, saya akan terasa satu ketenangan yang tidak dapat saya gambarkan…amat tenang dan rasa sayu sekali…seperti kita dekat kepada-Nya…segala masalah dunia hilang seperti dtarik perlahan2…Subhanallah tak dapat saya nak ungkapkan lagi…

    Master Hadzrin

    June 21, 2010 at 9:10 pm

    Alhamdulillah Em..
    kita bersyukur dan berterima kasih pada Allah sebab dapat taufiq dan hidayah dalam mengerjakan solat. Ramai orang yang waktu solat Duha sibuk dengan urusan pejabat, keluarga, mencari duit tapi lupa dan tidak tahu hakikat sebenar Yang Maha Pemberi Rezeki tidak di beri keutamaan.

KakMilahJay

April 29, 2011 at 2:35 pm

alhamdillah…solat dhuha ni mmg bnyak mmbantu dan mmudahkan saya…