14
Jun

SEDEKAH 2 : MEMBUKA GERBANG KEBERKATAN HIDUP

WaterAlhamdulillah,

Allah bagi kekuatan dan semangat untuk mengarang blog. Seperti post sebelum ni ada membincangkan tentang Sembahyang Subuh berjemaah di masjid, kali ni bukan nak teruskan episode 7 Habits Rasulullah tapi nak menambah sedikit tentang keberkatan sedekah.

Ramai yang bertanya saya tentang sedekah melalui email. Ada yang bagitahu macamana dia nak sedekah sedangkan dia sendiri tak ada pendapatan tetap dan tak ada duit nak beli rokok pun susah. Subhanallah.

Saya dulu memang si penghisap rokok. Tapi bila tersentuh tentang ehsan, iman dan islam, saya nekad berhenti. Bayangkan jika Rasulullah masih hidup sekarang, adakah beliau hisap rokok? Antara cara kita luahkan rasa cinta pada Nabi Muhammad SAW ialah bila setiap kali berlaku satu perkara, kita terus berfikir, kalau hal ini berlaku dekat Nabi Muhammad, apa yang dibuatnya…

Contohnya , semasa kita mambawa kereta, tiba-tiba dekat belakang kita ada seorang driver yang kalut bawa dekat dengan kita sambil cucuk2 kereta dia dengan belakang kereta kita. Benar, dalam diri kita ada ego. Dibiar buat tak tahu sahaja lah…. lalu kereta belakang tadi memotong kita lalu meng hon sambil menunjuk “sign” biadapnya.

Tapi waktu itu jika kita bayangkan, kalau hal ini berlaku pada Rasulullah, apa beliau lakukan ?

Sebenarnya kita tak tahu keadaan Nabi Muhammad dahulu… setiap hari Baginda membaca al-Quran di depan Kaabah, setiap hari orang Quraisy meludah muka baginda. Setiap hari orang Quraisy melempar batu sehingga berdarah. Setiap kali Orang Quraisy meletakkan najis unta di atas kepala Nabi Muhammad semasa baginda sujud kepada Allah depan Kaabah.

Tapi apa yang Nabi Muhammad lakukan…?

Baginda hanya bersabar sahaja. Baginda sentiasa berdoa bahawa dia akan tetap bersabar dan percaya saat  Allah beri kemenangan kepada nya akan tiba tak lama lagi.

Bayangkan, manusia mulia yang kita sanjung dan rindukan selalu dipukul , di sepak, diludah, di maki tapi baginda sabar. Itulah Baginda Nabi Muhammad. Kekuatan itu kita tidak mampu lakukan sebenarnya.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berpesan ” Harta tidak berkurang kerana bersedekah. Allah menambah kemuliaan orang yang memaafkan orang yang menzaliminya. Allah menaikkan darjat orang yang tawaduk.”

“Orang yang bersedekah pada siang ataupun malam hari, tidak mati pada hari itu disebabkan oleh gigitan binatang berbisa, jatuh dari bangunan ataupun mati mendadak kerana sedekah menolak datangnya bahaya.”

Sedekah memiliki 10 keutamaan, 5 di dunia dan 5 di akhirat.

Di dunia :

  1. Membersihkan harta
  2. Membersihkan diri dari dosa
  3. menolak penyakit dan bahaya
  4. menyenangkan hati orang yang miskin
  5. memperluaskan rezeki yang penuh berkat

5 keutamaan di akhirat:

  1. Menaungi hari Kiamat
  2. Meringankan hisab
  3. Memberatkan timbangan amal kebaikan
  4. Memudahkan ketika menyeberangi shirath
  5. menambah darjat di syurga.

Unta dan manusia semuanya sujud kepada Allah

Unta dan manusia semuanya sujud kepada Allah

Rasulullah pernah menceritakan pada Sahabat-sahabat tentang ada kisah tentang 2 orang hamba Allah di padang Pasir yang seorang digelar si Bodoh dan seorang lagi Si Alim. Gelaran si bodoh mungkin kerana orangnya hidup dalam kebodohan dan sentiasa melakukan kesalahan dan tidak tahu.

Pada suatu hari, si bodoh dan si alim berada di padang pasir yang amat panas terik dan sepanjang perjalanan mereka, mereka berdua kehausan yang amat. Oleh kerana tidak tahan dan keletihan, si alim jatuh pengsan.

Apabila si bodoh melihat kawannya itu jatuh pengsan , dia berfikir dan berkata, ” Sekiranya orang alim ini mati kehausan sementara aku memiliki air, aku tidak dapat kebajikan daripada Allah. Tetapi sekiranya aku berikan air ini kepadanya, aku yang akan mati.”

Akhirnya dia memutuskan menyiram air ke tubuh kawan nya dan bakinya diminum. Sambil itu dia berkata, “Bertakwalah kamu kepada Allah dan kuatkanlah niat kamu.”

Maka bangkitlah orang alim itu dan mereka pun meneruskan perjalanan hingga tiba di tepi padang pasir. Tidak lama kemudian , mereka pun wafat.

Pada hari kiamat, si bodoh diputuskan masuk neraka. Tetapi sebelum itu, dia melihat ke kiri dan kanannya. Mencari -cari temannya yang alim. Dia berteriak memanggil-manggil , “Kawanku….kawanku, mengapa kamu tidak ingat padaku? Mengapa kamu tidak kenal padaku?”

Siapa kamu?” tanya orang alim itu.

“Aku yang dahulu pernah memberi kamu minuman semasa kita di padang pasir yang panas,” Kata si bodoh di pinggir neraka.

Alhamdulillah si ahli ibadat ingat lalu berdoa ,”YA ALLAH, aku bermohon supaya Engkau menolongnya,”

Maka Allah pun menolong dan menyelamatkan dia daripada Neraka.

Kesimpulan kisah Rasulullah ini adalah walaupun si bodoh yang tidak soleh itu sudah ditentukan masuk neraka, namun oleh kerana dia pernah melakukan amal soleh yang berupa sedekah, Allah tidak memasukkannya ke dalam neraka.

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

June 20, 2010 at 11:04 am

Salam semua……
Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-
Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda – pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda – pemberian yang diberikan kep…ada orang buta d…an orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda – pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda – pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda – pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.Inilah formula untuk menggandakan pahala setiap pemberian kita.

wallahualam…

    Master Hadzrin

    June 21, 2010 at 10:54 am

    kalau gitu kita fokuskan pada sedekah pada orang alim…900,000 kali ganda tu…cthnya kita boleh tanggung orang-orang tahfiz al-quran yang mereka ni habis belajar hanya sebagai imam atau pendakwah…moga belanja kita terhadap mereka mendapat ganjaran akhirat dan dunia…