24
Jun

HUTANG BERTIMBUN APA NAK BUAT…

 

Antara E-mail yang saya terima dan ingin dikongsikan bersama dalam post kali ini sebelum kita bincangkan Amalan ke 7 Sunnah Rasulullah…

banyak hutang“ Assalamualaikum Master. Saya mempunyai banyak hutang. Setiap malam tak dapat tidur dan risau memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah hutang saya. Keluarga pun jadi porak peranda dan buntu tak jumpa jalan penyelesaian. Boleh Master tunjuk saya jalan ?”

Bismilahirahmanirahim.

Hari ini boleh dikatakan semua orang ada hutang. Kalau nak kehidupan yang ada lifestyle. Tak kira lah hutang kereta, hutang rumah , hutang kredit card, hutang belajar, hutang bisnes…

Orang Asli pun ada yang ada hutang. Hutang dengan kawan-kawan dan hutangnya berupa binatang ternakan dan makanan.

Kalau Jutawan , orang kaya bagaimana ? Mereka tetap ada hutang juga. Tak kira lah mereka seorang Bilionaire atau Jutawan. Sebabnya ialah bila lagi tinggi status, lagi banyak benda nak dimiliki. Lagi tinggi status belanja jadik kasar. Saya yang chekai dulu pun pernah belanja sebulan sampai RM60,000. (Insaf betul lah).

Seorang Penasihat Kewangan Terkenal di Malaysia pernah berkata “ Saya ni serupa macam anda, setiap malam fikir pasal hutang saya juga. Saya hutang RM60juta! “ kata Azizi Ali.

Owhh..Azizi Ali pun hutang sampai 60 juta…apa kes ni? Ehem..ehem.. Jangan tiru macam dia nak berhutang sampai RM60 juta…dia hutang beli aset banyak. Tengok sahaja buku dia bersepah dekat MPH, rumah sewa dia ada berapa…rumah kedai…tanah lagi…dan aset-aset dia bagi dia pendapatan berjuta jugak.

hutangAndai kata kalau dia punya bisnes lingkup, aset dia boleh dicairkan bayar semua hutang dia. Kalau nak jadi macam dia kena lah menuntut ilmu dan banyak bersabar. Bersabar maksudnya kena banyak menyimpan.

Saya pulak bagaimana ? Saya pun sama seperti anda, ada hutang keliling pinggang jugak. Tapi saya tak adalah risau setiap malam sebab semua hutang saya gurantee boleh langsai. Bukan berlagak atau bongkak tapi saya yakin 100% yang hutang saya Allah boleh langsaikan.

Sesungguhnya , Allah memberi ujian terhadap setiap makhluknya dan salah satu ujian di zaman sekarang ialah hutang. Maka Allah nak lihat sejauh mana hambanya ingat padanya. Amat rugi bagi orang yang selalu ingat pada hutangnya berbanding ingat pada Allah.

Seolah-olah hutang lebih besar dari Allah. Astaghfirullahalazim…

Dah kita semua ditakdirkan ada hutang…nak buat macamana. Bukannya hari ini kita ada hutang tiba-tiba terus esok tak ada. Kalau di takdirkan menang 1 juta pun, hutang tetap ada lagi lepas tu.

Yang penting kita sentiasa berdoa pada Allah supaya hutang-hutang kita dapat diselesaikan semuanya sebelum kita kembali kepada Nya.

Ada kemungkinan jugak bila selesai semua hutang, selesailah riwayat hidupnya. Sebab semuanya dah selesai.

hutang-2 Bukan kita takut mati tapi banyak kes saya lihat sendiri di kalangan kawan-kawan ayah saya sendiri yang sudah berharta berjuta-juta, segala hutang tak ada, Allah pendekkan umurnya.

Ini hanyalah pemerhatian, bukan fakta atau teori berasas.

Sebenarnya bagus bila kita banyak hutang sebab waktu itu kita akan sentiasa berdoa dan minta pertolongan dari Allah. Tapi tak dinafikan , ramai yang minta pertolongan dari yang selain dari Allah contohnya minta tolong pada makhluk.

Ada juga yang bertanyakan azimat dan tangkal untuk bayar hutang. Perkara ni memang lah disebabkan kejahilan. Sebab itulah ilmu itu penting.

Setiap orang dalam diri Allah dah bagi pakej yang boleh bongkarkan potensi untuk atasi segala ujian Allah. Disebabkan tak tahu caranya itu yang bergantung pada benda lain.

Kita patut bersyukur dengan keadaan diri kita yang dikelilingi hutang. Berbanding dengan keadaan Nabi Muhammad S.A.W. yang dikelilingi musuh yang nak membunuh baginda.

Rasanya tak akan berlaku bila hutang kereta kita sangkut 3 bulan tak bayar orang Bank datang nak baling batu dekat kita.

Pengabih kuat pun dia tarik sahaja kereta tu. Tak ada sampai kena bunuh. Sebenarnya kita takut maruah diri kita jatuh. Itu sahaja. Yelah, jiran sebelah tengok, kawan-kawan tahu kereta kita kena tarik…

Saya nak kongsi satu kisah….

anak beranak dan keldaiAda kisah seorang anak , bapa dan keldai pada zaman dahulu yang sentiasa cuba nak ambik hati orang lain. Masa anak beranak ni jalan ke pecan dengan membawa keldai mereka, orang –orang di pekan berkata,

“Dah ada keldai tu buat apa ditarik. Tunggang ajelah keldai itu.” Kata orang di pekan.

Maka si bapa menyuruh si anak naik keldai itu. Dan mereka meneruskan perjalanan. Mereka bertembung dengan kumpulan orang ramai lagi di pekan. Seorang nenek berkata,

“Wahai budak, kau tak kesian kah lihat ayah mu berjalan kaki. Ayahmu kan dah tua. Berilah ayahmu naik keldai itu.”

Maka si anak pun turun dan si ayah naik keldai itu. Mereka teruskan perjalanan. Mereka lalui kumpulan orang ramai di pecan. Salah seorang pemuda berkata,

“Apa punya bapak lah kamu ni, tak kesian ke tengok anak kamu berjalan kaki sedangkan kamu senang-senang naik atas keldai. Apa salah ajak anak kamu sekali naik.”

Maka si anak pun naik tunggang atas keldai dengan si ayah. Mereka meneruskan perjalanan. Keadaan si Keldai dah tak larat nak bawa si ayah yang gemuk badan besar dan si anak. Mereka lalu di kumpulan orang ramai di pekan.

Seorang lelaki tua berkata,

“Korang ni anak beranak dah aniaya keldai tu. Tengoklah keldai tu dah tak larat nak bawak kamu berdua. Apa lah kamu ni.”

Maka, pasal nak ambik hati semua orang di pekan, si ayah dan anak mengikat keldai mereka dengan kayu keempat-empat kaki keldai untuk dipikul usung keldai. Kali ni, mereka anak beranak pulak yang angkat keldai mereka.

Badan keldai yang berat tu buatkan anak beranak tadi tak boleh nak imbang badan dan mereka semua terjatuh dan keldai mereka bergoleng-goleng masuk dalam sungai dan dihanyut oleh air sungai.

Sekarang, mereka dah tak ada keldai sebab dah dihanyut oleh sungai. Inilah akibat nak jaga hati manusia.

 Selama ini kita juga seperti anak beranak tadi. Pasal nak jaga hati manusia kita sanggup berhutang dan akhirnya kita yang rugi terjerat.

Kita berhutang beratus ribu nak upgrade kereta, rumah, sertai kelab golf pasal semuanya untuk menjaga hati orang dan mendapat pujian dari orang yang mengatakan kita dah Berjaya dan Suksess.

Kita tak sedar, kejayaan yang paling penting dan utama adalah kejayaan di pandangan Allah. Jika ingin mendapat pujian dari manusia kita akan kecewa akhirnya tapi jika mendapat pujian dari Allah, kita akan mendapat kejayaan yang kekal abadi.

Sebab itu saya sentiasa memegang kata-kata yang saya sendiri jumpa ini,

Kalau nak kira nasib…

 nasib aku yang paling beruntung sekali,

Kalau nak kira amalan…

Amalan aku yang paling sedikit sekali.”

 Hari ini kalau kita cakap nasib kita paling malang sebab hutang banyak sebenarnya kita tak sampai tahap makan rumput kering seperti Rasulullah dan keluarga baginda sewaktu dipulaukan oleh orang Mekah dan seluruh keluarga serta pengikut diboikot.

 Hari ini kalau kita cakap diri kita hebat atau baik banyak buat amal soleh, sebenarnya kita belum tahap seperti para sahabat yang menghabiskan segala-gala harta, jiwa dan darah ke jalan Allah.

 Seperti Saidina Abu Bakar sewaktu Rasulullah bertanya pada Abu Bakar selepas dia semua harta Abu Bakar disedekahkan untuk perjuangkan Agama Allah.

 “Wahai Abu Bakar, apa harta yang kamu tinggalkan untuk diri kamu dan keluarga kamu?”

 “Aku sudah tidak ada apa-apa harta lagi Ya Rasulullah. Aku hanya ada Allah dan RasulNya sahaja.”

 Renungkanlah…wassalam.

Tinggalkan Komen Anda

*

titan

June 24, 2010 at 2:31 am

jadi? kena kurangkan hutang dan belajar cara untuk membayar hutang dengan segera.

    Master Hadzrin

    June 24, 2010 at 4:48 am

    nak kurangkan hutang boleh tapi kalau ada peluang untuk tidak berhutang lagi baik. Cara membayar hutang dengan segera kena ada satu tabung khas yang ditulis “HUTANG” untuk dimasukkan setiap kali dapat hasil.

Genji

June 24, 2010 at 9:29 am

Baguih Master…

azli

June 28, 2010 at 12:58 am

btol kata master,kalau ade peluang tidak berhutang lg baik…tetapi sesiapa yg dh tersepit dgn hutang ni,byk panduan di pasaran mengenai bagaimana nak urus hutang dgn baik..kursus2 mengenai bagaimana nak menangani hutang juga bole dihadiri seperti AKPK yg ianye percuma..semua masalah hutang ni bergantung kepada kita mcmana nk menghadapinye mengikut kemampuan yg kita ade…

    Master Hadzrin

    June 28, 2010 at 2:42 pm

    Biasanya yang banyak hutang malas nak pergi kursus sebab dah pandai…hehehe, siapa yang lagi banyak hutang maksudnya dialah yang paling pandai berhutang…jadi buat apa nak kursus.
    P/S: Tak nak pergi kursus tu tak kisahlah tapi janganlah mengeluh..