25
Jun

AMALAN SUNNAH 7 : ZIKIR

 hati

Alhamdulillah, post kali ni akan membincangkan Sunnah Amalan Rasulullah yang ke tujuh iaini yang terakhir.

Sebelum ni keenam-enam sudah dibincangkan dan kali ini mungkin satu perkara yang kita maklum tapi tak tahu hakikat dan kelebihan amalan zikir ini.

Amalan ini sangat berguna untuk pencari ketenteraman sejati dan insya Allah, bila anda laksanakan ia, anda akan mula meniti jalan kebenaran bagi meraih cinta dan keredhaan Illahi.

Alam semesta ini adalah geraknya, Iradat dan kudratnya. Betapa asyiknya kita menatapnya dan memikirkan ayat-ayatnya. Dunia ini adalah madrasah bagi hamba-hambanya yang bertakwa.

Allah menegaskan, “Bertakwalah kepada Allah. Allah akan mengajar kamu,” ( Surah al-Baqarah, ayat 282).

Kita juga berharap Allah akan ajar kita cara-cara memperbaiki dan mengatur kembali kehidupan kita. Akan lahir generasi hebat di mana setiap kalamnya adalah dakwah, diamnya zikir nafasnya tasbih, matanya rahmat, telinganya terjaga, fikirannya baik sangka, gerak hatinya doa, tangannya sedekah, kakinya jihad, kekuatannya siratulrahim, kerinduannya tegaknya syariat Allah dan kesibukannya asyik memperbaiki diri.

Zikir bererti menyucikan dan memuji (Allah) seperti ingat mengingat, peringatan, menutur seperti menyebut dan melafazkan. Manusia ingat pada Allah, lalu lidahnya terus menyebut Allah.

Oleh kerana sentiasa ingat kepada Allah, hatinya juga terus ingat kepadanya.

Abdullah bin Busr berkata, “Ya Rasulullah , ajaran-ajaran Islam banyak aku ketahui, beritahulah aku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.”

Rasulullah SAW menjawab, “Biarkan lidah kamu sentiasa basah dengan menyebut Allah,” (Hadis Riwayat Tirmizi) Dan Zikir yang lebih baik adalah La ilaha illallah

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram,” (Surah ar-Ra’d ayat 28)

“Wahai orangyang beriman, janganlah harta-harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian , maka mereka itulah orang yang rugi,” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)

Rasulullah berkata, “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati,” (Hadis Riwayat Bukhari)

Zikir mempunyai daya hidup, boleh menghidupkan dan menaikkan semangat jiwa yang rapuh, melapangkan jiwa yang sempit, serta membangkitkan keyakinan bagi mereka yang letih dan lelah menjalani kehidupan.

Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada amalan berzikir adalah seperti berikut:

  1. Menjauhkan diri daripada syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
  2. Menyebabkan seseorang cinta kepadanya
  3. Menjauhkan rasa kegelisahan dan kesedihan hati
  4. Menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri
  5. Menguatkan tubuh dan hati
  6. Menjadikan cahaya dalam rumah dan hati
  7. Menarik Rezeki
  8. Mendapat kehebatan dan kegagahan (berkarisma dan berwibawa)
  9. Zikir adalah sarana bagi kembali kepada Allah, dan membuatkan seseorang itu berserah diri kepada Allah.
  10. Mendekatkan seseorang pada Allah
  11. Zikir adalah pintu makrifat kepada Allah
  12. Dengan berzikir, kehebatan dan kebesaran Allah dapat masuk ke dalam hati.
  13. Zikir membuatkan kita ingat kepada Allah
  14. Zikir dapat menghidupkan hati
  15. Zikir adalah makanan bagi hati dan nurani
  16. Menjauhkan diri dari kesusahan dan kesalahan
  17. Menjauhkan diri dari perasaan takut dan was-was
  18. Apabila seseorang berzikir mengingat Allah, empat penjuru Arasy berzikir mengingatnya.
  19. Apabila seseorang berzikir mengingat Alah pada waktu senang, Allah mengingatnya pada saat dia berada dalam kesusahan.
  20. Zikir adalah sarana bagi menyelamatkan diri dari azab Allah.
  21. Dengan berzikir, lidah seseorang jauh daripada ucapan keji seperti mengumpat, memaki, berbohong, perkataan kotor dan juga perkataan sia-sia.
  22. Majlis zikir adalah majlis Malaikat, manakala majlis lalai dan sia-sia adalah majlis syaitan
  23. Dengan berzikir, seseorang akan menjadi lebih bahagia dan lebih baik
  24. Pada hari kiamat, orang yang berzikir terhindar daripada bencana dan penyesalan
  25. Zikir adalah pohon di Syurga
  26. Seseorang yang berzikir secara konsisten selamat daripada kealpaan yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat
  27. Dengan berzikir, seseorang dapat mencapai kejayaan dan kemajuan
  28. Nur zikir sentiasa bersama-sama orang yang berzikir
  29. Dalam hati manusia ada bahagian yang boleh subur hanya dengan zikir
  30. Zikir dapat mengumpulkan kembali apa yang sudah bercerai, menceraikan apa yang terkumpul, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat
  31. Zikir menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkan nya daripada kelalaian
  32. Zikir adalah pohon yang berbuah makrifat
  33. Zikir adalah sumber kesyukuran
  34. Yang paling mulia antara orang yang bertkwa di sisi Allah adalah orang yang asyik berzikir kerana balasan takwa adalah syurga, sedangkan balasan zikir adalah penyertaan Allah.
  35. Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah
  36. Allah menurunkan rahmatnya kepada orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.
  37. Sesiapa yang mahu menikmati syurga,sedangkan ia masih berada di dunia, dia perlu menghadiri majlis-majlis zikir kerana ini adalah taman syurga di dunia
  38. Allah membanggakan orang yang berzikir di hadapan malaikat
  39. Orang yang berzikir masuk syurga dengan tersenyum
  40. Zikir adalah pengganti dan pendorong bagi ibadat-ibadat nafilah
  41. Sekiranya seseorang berzikir atas gunung ataupun tanah datar, tempat itu pasti rasa bangga.
  42. Di dunia wajah orang berzikir kelihatan gembira dan bercahaya semasa di akhirat
  43. Zikir adalah nikmat pada hati dan kelazatan iman dalam jiwa
  44. Menimbulkan kejernihan , kemanisan pada hati dan wajah
  45. Zikir memurahkan rezeki
  46. Dapat merasakan betapa besar, agung , hebat dan berkuasanya Allah
  47. Mendapat pertolongan Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan
  48. Mendapat penghormatan dan doa daripada para malaikat
  49. Mendapat cahaya daripada Allah dalam kehidupan dunia, di alam barzakh dan juga titian sirath
  50. Menjadi perisai daripada neraka jahanam
  51. Mendekatkan diri kepada Allah bagi membuka pintu segala kebaikan
  52. Menghilangkan kegelisahan dalam hati
  53. Membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit
  54. Menjauhkan diri daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan
  55. Menghapuskan dosa-dosa kecil dan maksiat kecil
  56. Terhindar daripada sifat munafik
  57. Allah sentiasa mengingatnya seperti dalam penjelasannya,” Ingatlah Aku supaya Aku akan mengingatmu”

Hati yang bersih adalah kunci utama terbukanya pintu syurga bagi kita. Hannya orang yang hati bersih daripada oerasaan riyak, takbur, dendam dan bersih daripada prasangka buruk pada Allah dan manusia, yang menjadi penghuni Syurga.

Walaupun ada sebesar biji sawi perasaan sombong, riak, dendam dan buruk sangka di hati, pahala dan pintu syurga akan tertutup untuk kita.

Para Ulama mengatakan zikir juga tergolong diantara perbuatan dan percakapan yang mebincangkan isu-isu agama, hukum halal haram, mengingati sesama insan untuk mengingatkan kepada Allah.

Insya Allah, sebagai pengarang saya berdoa pada Allah agar perkongsia di Blog ini juga merupakan zikir kepada Allah.

Anda boleh lihat contoh-contoh zikir di ruangan komen. Semoga kali ini kita dah tahu kelebihan zikir yang banyak ini dan selepas ini kita yakin berserta ikhlas melakukan zikir sepanjang masa.

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

June 26, 2010 at 12:36 am

Rasulullah SAW berkata, “Sesiapa yang mengucapkan
‘ La ilaha illallah wahdahu la syarikalah. Lahulmulku wa lahulhamdu wa huwa ‘ala kulli syay’in qadir ‘
sebanyak 100 kali dalam sehari, dia mendapat pahala memerdekakan 10 orang hamba, dituliskan baginya 100 kebajikan dihapuskan 100 kejahatan dan dilindungi dari godaan syaitan sejak hari itu sehingga petang.

Master Hadzrin

June 26, 2010 at 12:40 am

Bacaan kesukaan Nabi Muhammad SAW :
“Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala pujian milik Allah , tiada Tuhan selain Allah, dan Allah itu Maha Besar)”

dan nilainya melebihi dunia dan segala isinya. Bacaan ini juga adalah tanaman syurga.

Barang siapa yang membaca 100 kali pada sebelah pagi , dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyakbuih di lautan.

azli

June 26, 2010 at 10:56 pm

salam..

Point yg master berikan tentang sunnah rasul ni menaikkan semangat untuk sy lebih bertaqwa dan berserah kpd allah…

Master Hadzrin

June 27, 2010 at 1:58 am

insya Allah Azli, tugas memberi hidayah adalah tugas Allah. Saya hanya lah mengarang blog dan tak lebih dari itu.

azli

June 28, 2010 at 12:51 am

salam..

setelah muhasabah diri..sy dapati antara 7 sunnah rasul,amalan memelihara wuduk antara amalan yg agak sukar sy buat sebab sy bekerja ditempat yg persekitarannye kena berinteraksi dan bergaul dgn semua org..sentuhan berlainan jantina memang sering berlaku seperti bersalaman..master bole bg tip ke mcmana nk mengekalkn wuduk ni supaya sentiasa ade? tq

Master Hadzrin

June 28, 2010 at 2:34 pm

berat sungguh kes mung ni…

kawe takdo pelue dapat gitu…hahaha..

Pernah dulu Saidina Abu Bakar bertanya pada Rasulullah SAW, sewaktu baginda memberitahu agar sentiasa bersih daripada hadas. Maka Abu Bakar bertanya, hadas itu apa?

Rasulullah menjawab “buang angin atau yang lebih dari itu.” ( tak ada diberitahu pasal sentuh perumpuan )

Sama waktu kita melakukan tawaf di kaabah, kalau sentuh perumpuan tak batal wuduk (disana dah tukar mazhab ).

Jadi tak ada masalah kalau terpagang atau tersentuh bukan muhrim semasa kerja asalkan jangan terlebih dari itu .

Cuma bila waktu nak sembahyang ambik lagi wuduk.

P/S: Saya juga ada masalah yang sama semasa di rumah bila kadang-kadang isteri asyik geletek aje masa tengah buat kerja. :-)