07
Jun

AMALAN SUNNAH 3 (3rd HABITS) : AMALAN SEDEKAH

ruang-training-esq

Bismillahirahmanirahim.

3 Hari Kursus RECHARGING berakhir Ahad semalam. Alhamdulillah, ketemu dengan kawan lama dan dapat kawan baru dalam training. Memang kali ni punya training luar biasa.

Selain dapat ilmu dan ilham baru, datang jugak projek baru. Projek dari Allah untuk perjuangkan nilai rukun Islam , Iman dan Ihsan.

Bila masa kursus memang tak ada masa nak duduk membloging. Walaupun hati rasa risau sebab ada tugas tak diusahakan lagi. Saya dah mula menganggap cara berblogging ini sebagai satu ibadah. Bukan untuk suka-suka sahaja tetapi satu zikir dan tasbih kepada Allah.

Setiap jejari yang menaip karya ini adalah zikir saya kepada Allah.Benar, selama ini kita tidak satukan antara urusan dunia dengan urusan akhirat. Tapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemberi.

Jika kita lakukan tugas kita sebagai ibadah, bukan sahaja kejayaan akhirat, dunia juga dapat. Alhamdulillah di atas anugerah ini.

Saya mudah menyentuh bila berbicara tentang Allah dan Nabi Muhammad. Kerana Allah itu Maha Menghidupkan dan Memberi Rezeki. Walau saya susah bagaimana pun sebelum ini , Allah beri berbagai-bagai nikmat pada saya. Biarpun dahulu saya tiada wang (masa tu cuma ada 20sen sahaja tinggal di poket).

Kebajikan tentang makan dan tempat tinggal tidak ada masalah walaupun tidak ada duit. Ini semua kuasa Tuhan. Bila ingat kembali, mungkin ini balasan untuk saya ketika saya senang suatu ketika dahulu, saya boleh dikatakan setiap hari belanja orang.

Dan selalu memberi tempat tinggal untuk orang. Bila saya jatuh, mungkin semua kebaikan saya dahulu dibalas. Maha Suci Allah Yang Maha Mengatur.

zakat-barakatJadi kali ni saya ingin menyambung post tentang 7 habits Rasulullah dan Amalan Sedekah yang boleh mengeluarkan potensi kita. Bayangkan, jika anda tak pernah lakukan sedekah, cuba anda laksanakan.

Anda akan mendapat satu perasaan yang luar biasa. Satu perasaan yang anda rasa bahagia. Walaupun anda tertekan tak ada duit tapi bila dah laksanakan sedekah atau zakat, anda akan dapat perasaan yang Allah itu dekat dengan anda!

Memberi itu antara sifat Allah dalam Asmaulhusna. Allah Maha Pemberi. Dan bila anda laksanakan sifat Allah, anda dekat dengan Allah.Subhanallah…mari kita teruskan sedekah.

Saya ingin kongsikan sedikit cerita yang luar biasa berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kisah pasal menantu Rasulullah iaitu Saidina Ali yang juga merupakan Para Sahabat Nabi.

Ali menemui Fatimah , isterinya, “Wahai wanita mulia, apa kamu mempunyai makanan untuk suamimu?”

“Aku tidak mempunyai apa-apa” jawab Fatimah lembut. “Salman ada memberi aku 6 dirham sebagai upah memintal. Aku akan membelikan makanan untuk anak kita Hasan dan Husin”.

“Biar aku sahaja yang pergi beli kannya. Mana duitnya?” kata Ali.

Di tengah jalan, Ali bertemu dengan lelaki yang mengatakan, “Siapa yang mahu meminjami Tuhan yang Maha Pengasih dan selalu menepati janji?”

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan duit 6 dirham itu kepada lelaki itu dan pulang dengan tangan kosong. Si Isteri yang mengetahui perkara itu hanya mampu menangis.

“Wahai wanita mulia, kenapa kamu menangis?”

“Ali, kamu pulang tanpa membawa sesuatu?”

“Aku meminjamankan duit itu kepada Allah.”

Baiklah kalau begitu, aku menyokong tindakan kamu.”

boy_and_camelTak lama kemudian, Ali berangkat meninggalkan rumah kerana mahu berjumpa dengan Rasulullah SAW. Di tengah jalan, dia dihampiri dengan seorang lelaki Badwi yang sedang naik unta. “Abu Hasan, belilah unta ini.”

“Aku tak ada duit,” jawab Ali.

“Kamu boleh membayarnya bila-bila masa sahaja.”

“Berapa harganya?” Tanya Ali.

“Tak mahal. 100 Dirham sahaja.”

“Baiklah aku beli,” kata Ali yang kemudiannya meneruskan perjalanannya sambil menuntu unta itu. Baru beberapa langkah dia berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya.

“Kamu mahu menjual unta itu?” Tanya Badwi itu.

“Ya.”

Berapa harganya?”

“300 Dirham.”

“Baiklah , aku beli,” kata Badwi lalu mengambil tali pengikat dan memberikan 300 kepada Ali. Ali segera pulang ke rumah lalu menceritakan kisah itu kepada Fatimah.

“Apa yang kamu bawa itu?” Tanya Fatimah.

“Wahai Puteri Rasulullah, aku membeli unta berharga 100 dirham dan bayarannya boleh dibayar kemudian. Unta itu kemudiannya aku jual dengan harga 300 dirham.”

“Subhanallah,” kata Fatimah.

Selepas itu, Ali segera pergi menemui Rasulullah SAW di masjid. Melihat Ali masuk ke dalam masjid, Baginda tersenyum.

“Abu Hasan, tahukah engkau siapa Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta tadi?” Tanya Rasulullah SAW.

“Tidak” jawab Ali sambil menggelengkan kepalanya, “Hanya Allah dan Rasulnya yang lebih tahu.”

“Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan 6 dirham kepada Allah. Allah memberi kamu 300 dirham,”

Kata Rasulullah , baginda menyambung lagi, “Badwi yang pertama adalah Jibrail dan yang kedua adalah Mikail.”

Allahu Akbar! Begitulah hebatnya mukjizat sedekah. Perhatikan hadis ini , “Sesiapa yang mahu doanya terkabul ataupun dibebaskan daripada kesulitan, dia perlu mambantu dan mengatasi kesulitan orang lain,” ( Hadis Riwayat Ahmad).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berkata, “Allah menjelaskan kepadaku, ‘Berinfaklah kamu supaya Aku berinfak kepadamu.’

Seterusnya Rasulullah berkata “Pemberian Allah selalu cukup dan tidak pernah kurang walaupun mengalir siang dan malam. Pernahkah kamu terfikir, sudah berapa banyak yang dinafkahkan oleh Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Apa yang ada di tangan Allah tidak akan berkurang. Arasynya di atas air, sedangkan di tangannya maut selalu naik turun,” (Hadis Riwayat Muslim).

Insya Allah, saya akan menyambung post akan datang kisah Abdurahman Bin Auf dan kisah saya mendapat bayaran dari Allah atas urusniaga bersama Allah.

 

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

June 8, 2010 at 2:08 am

salam..
kiranye saidina ali tu dpt untung atas angin la master…?Berbekalkn modal 6 dirham yg diinfakkn ikhlas kerana Allah,saidina Ali dpt balasan tunai dr Allah sebyk 200 dirham.sesungguhnye sedekah dpt:
- meluaskan rezeki
- mengelakkan bala bencana
- menyebabkan barakah dan panjangnye umur
- mengelakkan n menyembuhkan penyakit…wallahhuallam.

    Master Hadzrin

    June 8, 2010 at 12:56 pm

    Wasalam,
    benar azli….itulah mukjizat sedekah. kalau tak berupaya sedekah wang ringgit, sedekah tenaga juga boleh. :-)

azli

June 8, 2010 at 2:19 pm

sy rasa susah jugak nak mencontohi saidina ali..mana kn tidak..dh la duit ade 6 dirham..itu lah satu2nye harapan untuk santapan sekeluarga.tanpa rasa was2 saidina ali boleh menyedekahkan semuanye kepada lelaki yg tidak dikenali…..agaknye siapa berani mencontohi saidina ali?

    Master Hadzrin

    June 8, 2010 at 8:52 pm

    sekarang ni 6 dirham sama macam 6 ringgit. Kalau duit ngam2 ada rm6 biasanya kita akan bagi rm1 untuk sedekah. rm5 masih cukup untuk beli nasik lemak 2 bungkus atau roti canai 5 keping.

    Biasanya kalau sedekah rm1 pun masih dapat investment return dari Allah…buat berapa yang mampu asalkan ikhlas tak memaksa diri..

Hasbullah

June 8, 2010 at 4:41 pm

selain dari tenaga, ilmu yang baik juga boleh disedekahkan. kiranya apa sahaja kelebihan yang kita miliki yang boleh memberi manfaat boleh kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

    Master Hadzrin

    June 8, 2010 at 8:53 pm

    ya benar , kongsi ilmu juga satu sedekah. Jika kongsi lubang ilmu juga dianggap satu perjuangan :-)