Archive for June, 2010
30 Jun |
SIAPAKAH IKON YANG KITA AGUNGKAN SELAMA INI |
Bismilahirahmanirahim.
Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk menaip blog. Anda sudah ada blog? Kalau dah ada, linkkan pada komen di blog saya supaya kita boleh mengikatkan siratul rahim.
Saya banyak keluar berjumpa orang hujung minggu lepas termasuklah berjumpa dengan kawan yang dah bertahun tak jumpa, jumpa ahli-ahli ritual kesogehan yang di anjurkan oleh Pusraf, mengijazahkan orang, seminar kecil. Ramai yang menghantar email kalau lambat reply mohon maaf.
Sebab saya juga manusia yang banyak kelemahan. Hanya Allah yang Maha Perkasa. Sepanjang saya berjumpa-jumpa orang, saya akan ambik kesempatan untuk membuat kajian. …
25 Jun |
AMALAN SUNNAH 7 : ZIKIR |
Alhamdulillah, post kali ni akan membincangkan Sunnah Amalan Rasulullah yang ke tujuh iaini yang terakhir.
Sebelum ni keenam-enam sudah dibincangkan dan kali ini mungkin satu perkara yang kita maklum tapi tak tahu hakikat dan kelebihan amalan zikir ini.
Amalan ini sangat berguna untuk pencari ketenteraman sejati dan insya Allah, bila anda laksanakan ia, anda akan mula meniti jalan kebenaran bagi meraih cinta dan keredhaan Illahi.
Alam semesta ini adalah geraknya, Iradat dan kudratnya. Betapa asyiknya kita menatapnya dan memikirkan ayat-ayatnya. Dunia ini adalah madrasah bagi hamba-hambanya yang bertakwa.
Allah menegaskan, “Bertakwalah kepada …
24 Jun |
HUTANG BERTIMBUN APA NAK BUAT… |
Antara E-mail yang saya terima dan ingin dikongsikan bersama dalam post kali ini sebelum kita bincangkan Amalan ke 7 Sunnah Rasulullah…
“ Assalamualaikum Master. Saya mempunyai banyak hutang. Setiap malam tak dapat tidur dan risau memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah hutang saya. Keluarga pun jadi porak peranda dan buntu tak jumpa jalan penyelesaian. Boleh Master tunjuk saya jalan ?”
Bismilahirahmanirahim.
Hari ini boleh dikatakan semua orang ada hutang. Kalau nak kehidupan yang ada lifestyle. Tak kira lah hutang kereta, hutang rumah , hutang kredit card, hutang belajar, hutang bisnes…
Orang …
21 Jun |
AMALAN SUNNAH 6 : MEMELIHARA WUDUK |
Bismilahirahmanirahim,
WUDUK….
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka dan tangan kamu sampai siku dan sapulah kepala kamu dan basuh kaki kamu hingga keduamata kaki” (Surah al-Maidah ayat 6)
Banyak hadis yang menganjurkan supaya kita berada dalam keadaan berwuduk, walaupun kita tidak mahu mendirikan solat.
Berdasarkan sunah ini , generasi sahabat sehinga generasi orang soleh, sentiasa menjaga wuduk mereka dalam segala hal , sama ada semasa mereka dalam …
20 Jun |
ERAT SIRATURAHIM, REZEKI MAKIN LAPANG : Bantu keluarga terdekat lebih utama daripada cuba berbakti kepada orang jauh |
Bismilahirahmanirahim.
Antara E-mail pertanyaan yang di terima :
SAYA ingin tahu apabila seorang lelaki berkahwin, yang mana satu harus diutamakan olehnya – keluarga iaitu anak dan isteri atau keluarga asalnya. Apakah hukum lelaki itu menanggung adik beradiknya yang sudah berkeluarga dan berkerjaya, termasuk anak mereka. Apakah adik beradiknya itu perlu meminta kebenaran si isteri itu bagi setiap sen yang mereka pinta.
Jawapan :
KEWAJIPAN bagi seorang lelaki, selain isteri dan anak-anaknya, ialah beliau juga hendaklah berbakti kepada dua ibu bapanya sebagai mana firman Allah SWT dalam …
19 Jun |
APA YANG KITA ADA SEKARANG… |
Pagi ni, aku keluar sekejap ke kawasan kilang-kilang dan bengkel-bengkel. Saje je hari tu nak cari-cari peluang yang ada. Ada satu gerai di depan satu kilang plastik.
Ingat bagus kalau duduk minum teh sementara tunggu ofis member bukak. Punya lah awal aku datang masa tu jam 9 pagi rupa-rupanya ofis dia bukak jam 12.
Aku lihat sekeliling kilang situ. Ada hampir 100 buah kilang kawasan tu. Sementara nak tunggu ofis member bukak, jam 10 lepas minum teh …
18 Jun |
BLOG HADZRIN.COM MENYAMBUT ULANG TAHUN |
Assalamualaikum,
Alhamdulillah…kini genap setahun Blog ini di karyakan dengan usaha sama kerja keras rakan-rakan dan staft-staft. Semoga kali ini, blog ini akan jadi lebih matang dan memberi inspirasi kepada pengunjung serta rakan-rakan perjuangan hadzrin.com.
Sebelum ini, website ini memang mempunyai masalah untuk di surfing tetapi ujian Allah yang kecil itu ingin melihat kesabaran kita. Memang benar, setiap kali kita di uji bermakna kita dikehendaki Allah menaikkan darjat kita.
Semoga kita dapat meneruskan perjuangan dengan melahirkan lebih ramai insan yang berjaya melalui program bimbingan, perkongsian dan pertukaran idea …
17 Jun |
SUNNAH 5 : AMALAN SOLAT DUHA |
“Menjadi Muslim Berwawasan, Meraih Rezeki Pelbagai Dimensi”
7 tahun lalu, waktu itu saya masih ingat lagi. Duit dalam tangan dah kosong. Memang malas betul nak keluar rumah mengadap masyarakat. Saya ketemulah dengan Mak Saudara saya yang datang dari Singapura.
Mak Sedara saya ni kerjanya sebagai operator barang elektrik di Singapura. Walaupun kerja biasa tapi dalam akaun bank dia ada Sing Dollar$350,000…kalau duit Malaysia ni dah nak hampir RM1juta. Orangnya nak kata pemurah sangat , ada la sikit.
Masa dia datang kat saya, dia …
16 Jun |
FORMULA 9 “S” MENJADI JUTAWAN |
Bismilahirahmanirahim, Alhamdulillah21X…Assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ni , jarang melekat dekat rumah. Banyak merayap dengan kawan-kawan. Sambil tu dapatlah tengok-tengok port baru. Dah selalu sangat jalan di Alamanda. Ubah selera sikit.
Ada satu artikle di majalah menarik minat saya,”Kehidupan seorang Blogger” tajuknya. Dalam ditunjuk rumah nya yang baru di renovate dan anggaran rumahnya bernilai RM2juta. Kalau duduk rumah macam dia memang duduk rumah sahaja lah.
Tapi sebenarnya pemilik rumah itu adalah Blogger suka-suka. Suaminya seorang pengarah syarikat Teknologi Maklumat swasta. Jadi tak …
14 Jun |
SEDEKAH 2 : MEMBUKA GERBANG KEBERKATAN HIDUP |
Alhamdulillah,
Allah bagi kekuatan dan semangat untuk mengarang blog. Seperti post sebelum ni ada membincangkan tentang Sembahyang Subuh berjemaah di masjid, kali ni bukan nak teruskan episode 7 Habits Rasulullah tapi nak menambah sedikit tentang keberkatan sedekah.
Ramai yang bertanya saya tentang sedekah melalui email. Ada yang bagitahu macamana dia nak sedekah sedangkan dia sendiri tak ada pendapatan tetap dan tak ada duit nak beli rokok pun susah. Subhanallah.
Saya dulu memang si penghisap rokok. Tapi bila tersentuh tentang ehsan, iman dan islam, saya nekad …
11 Jun |
AMALAN SUNNAH 4 : SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID |
Bismilahirahmanirahim,
Alhamdulillah syukur di pagi yang mulia ini, Allah buka dan lembutkan hati kita untuk sentiasa mencari ilmu dan mengingati Allah melalui zikir dan ibadah.
Sambungan Amalan Sunnah Rasulullah SAW kali ini banyak menginsafkan diri saya. Jika dahulu usahkan nak sembahyang berjemaah Solat Subuh di Masjid, nak bangun subuh pun susah yang amat. Saya mengaku sebelum ini saya amat ketinggalan dan jahil sekali.
Semoga kesilapan yag lalu tidak berulangi dan saya bertaubat nasuha atas kesilapan dahulu. Benar, tadi itu kisah di waktu saya belum mengenali …
10 Jun |
TRIP KE SABAH MEMBUKA PELUANG |
Bismilahirahmanirahim,

dalam satu kompleks ada cosmopoint...saja posing
Alhamdulillah. Baru dapat duduk depan Blog untuk curahkan perkongsian dan sedikit sharing. Kali ni , saya cuma nak bersantai-santai sahaja. Insya Allah, akan datang saya sambung kembali siri amalan sunnah Rasulullah 7 habits. 3 sudah dibincangkan lagi 4 yang belum.
Baru-baru ni saya ke Sabah dan apa yang saya nak kongsikan pengalaman kat situ ialah Sabah ni banyak betul peluang atau lobang buat duit. Kalau dulu KL lubang buat duit tapi sekarang Sabah.
08 Jun |
Melancarkan Program Bio-Sukse$$ |
Ada juga antara sahabat-sahabat yang masih mencari-cari peluang atau jalan untuk hasilkan income tambahan setelah mengambil ilmu atau belajar. Sebenarnya secara teorinya Belajar + Action = $$$. Bukan Belajar + Tunggu =$$$. Maka puas memikirkan apa program yang sesuai, saya lancarkan Produk terbaru Aura Bio-Sukse$$ , Mandi + Action = $$$. (Sila lihat di page Formula Kekayaan). <Klik sini>
07 Jun |
AMALAN SUNNAH 3 (3rd HABITS) : AMALAN SEDEKAH |
Bismillahirahmanirahim.
3 Hari Kursus RECHARGING berakhir Ahad semalam. Alhamdulillah, ketemu dengan kawan lama dan dapat kawan baru dalam training. Memang kali ni punya training luar biasa.
Selain dapat ilmu dan ilham baru, datang jugak projek baru. Projek dari Allah untuk perjuangkan nilai rukun Islam , Iman dan Ihsan.
Bila masa kursus memang tak ada masa nak duduk membloging. Walaupun hati rasa risau sebab ada tugas tak diusahakan lagi. Saya dah mula menganggap cara berblogging ini sebagai satu ibadah. Bukan untuk suka-suka sahaja …
03 Jun |
AMALAN SUNNAH 2 : MEMBACA AL-QURAN DENGAN PEMAHAMAN |
Bismillahirahmanirahim.
AlhamdulillahX20….begitulah setiap hari jika dapat mengucapkan kesyukuran dan insya Allah, pada hari itu akan mendapat banyak berita gembira.
Post kali ni menyambung pasal perbincangan 7 habits atau yang paling baiknya dipanggil 7 sunnah Rasulullah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai kejayaan akhirat dan akan diikuti dunia.
Sunnah yang kedua dilakukan oleh Rasulullah ialah membaca Al-Quran. Dalam hadis riwayat Tirmizi, “Sesiapa yang mencari petunjuk selain dari Quran , pasti tersesat. Quran adalah tali Allah yang sangat kuat, peringatan yang bijaksana dan jalan …
