| 17 May |
ORANG TERKAYA ( BILLIONAIRE ) DI DUNIA |
Bismillahirahmanirahim.
Post kali ini saya nak berkongsi statistik senarai orang terkaya di dunia dan mereka ini semuanya Billionaire. Di bawah ini adalah gambar antara orang paling Kaya yang disenaraikan Top 5.

| No. | Nama | Kekayaan (USD) | Umur | Warganegara | Tinggal | Perniagaan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Carlos Slim Helú and family | $53.5 billion | 70 | Telmex, América Móvil | |||
| 2 | William Henry Gates III | $53.0 billion | 54 | Microsoft | ||
| 3 | Warren Buffett | $47.0 billion | 79 | Berkshire Hathaway | ||
| 4 | Mukesh Ambani | $29.0 billion | 52 | Reliance Industries | ||
| 5 | Lakshmi Mittal | $28.7 billion | 59 | Arcelor Mittal | ||
| 6 | Lawrence Ellison | $28.0 billion | 65 | Oracle Corporation | ||
| 7 | Bernard Arnault | $27.5 billion | 61 | LVMH Moët Hennessy • Louis Vuitton | ||
| 8 | Eike Batista | $27.0 billion | 52 | EBX Group | ||
| 9 | Amancio Ortega | $25.0 billion | 74 | Inditex Group | ||
| 10 | Karl Albrecht | $23.5 billion | 90 | Aldi Süd | ||
| 11 | Ingvar Kamprad | $23.0 billion | 83 | Ikea | ||
| 12 | Christy Walton | $22.5 billion | 55 | Walmart | ||
| 13 | Stefan Persson | $22.4 billion | 62 | Hennes & Mauritz | ||
| 14 | Li Ka shing | $21.0 billion | 81 | diversified | ||
| 15 | Jim Walton | $20.7 billion | 62 | Walmart |
Ada antara mereka yang menganjurkan perkahwinan anak lebih mewah daripada perkahwinan Diraja. Membuat Majlis Perkahwinan di Paris dengan mensponsor 3000 rombongan pengantin naik kapal terbang ke Paris dan 100% ditanggung semasa Majlis perkahwinan. Kos belanja melebihi USD100 juta untuk majlis kawin anak.
Ada juga antara mereka yang memiliki Pulau sendiri, berpuluh kapal terbang peribadi, bangunan pencakar langit dan kekayaan di jana dari luar negara, mempunyai lebih beratus ribu pekerja yang membuat duit untuk mereka.
Segala apa yang mereka ingin dapatkan mereka boleh dapat apa sahaja. Ada kajian yang pernah di buat kepada 100 orang terkaya dunia melalui majalah Forbes bagi tahun 2008.
Daripada 100 orang kaya dunia, 18 orang dari mereka sudah meninggal dunia dan 35 orang sedang sakit tenat faktor usia dan kesihatan.
24 orang yang terkaya jatuh dari tahap Billionaire ke tahap Jutawan sahaja.
Mari kita sama-sama renungkan, bayangkan 100 tahun lagi, semua 100 orang terkaya di dunia ini semuanya akan tidak hidup di dunia ini. Biar berapa kaya pun kita sebagai manusia, tidak ada apa yang kita boleh milik secara kekal kerana…
Sifat Kekal hanya Allah sahaja. Allah Maha Kekal, Al-Qayyum! Selama ini kita sibuk mencari harta kekayaan dunia dan lupakan Allah tetapi bila kita jatuh susah, kita baru ingat pada Allah dan minta bantuan yang hanya berkaitan dunia. Kita tak pernah nak minta pada Allah supaya hati kita rasa CINTA pada Allah. Apalagi minta cinta pada RAsulullah.
Sungguhpun kita tak pernah minta cinta pada Allah tetapi Allah sentiasa Cinta pada kita kerana sifat Allah Al-Rahim, MAha Pengasih…Allah Maha Sabar…Walaupun kita lalai, lupa pada Allah tetapi kita di beri juga rezeki dan di beri ruang untuk bertaubat sebelum kita mati tidak kembali.
Biarpun duit banyak berbilion-bilion, harta berbondong-bondong, kereta menjalar-jalar, anak ramai, rumah besar mahligai, semuanya tidak berguna lagi dan tidak menjadi perhitungan Allah untuk membolehkan kita masuk ke Syurga.
Bukan bermakna kita lupakan dunia tetapi setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ibadah biarpun menjalankan perniagaan atau pekerjaan. Kerana kita bukan alim ulama tetapi kita jadikan pekerjaan sebagai ibadah kepada Allah dan Allah Maha pengampun dan Maha Pemberi.







Tinggalkan Komen Anda
azli@aszeli
June 3, 2010 at 12:59 amsalam…
sy terbaca artickle tentang billionaire dunia.sebahagian besar mereka mempunyai yayasan khas untuk membantu org2 yg memerlukn.Dari Carlos Slim Helu ke Syed al Bukhari yayasan mereka sgt aktif memainkan peranannye.oleh kerana itu lah rezeki mereka sentiasa melimpah ruah sebab Allah telah menjjikn pulangan yg berlipat kali ganda jika kita mmbelanjakn sebahagian rezeki kita ke jln yg benar dgn tidak mengira agama,bangsa dan keturunan.
Master Hadzrin
June 3, 2010 at 2:47 amYa benar li…kita pun patut nak kena ada yayasan sendiri jugak. Tapi modal berbayar bukak yayasan RM100juta. mana nak cekau yek…