25
Apr

Semua Orang Boleh Jadi Jutawan Sebenarnya…

ibu duit gambar Dah nak masuk pukul 1:30 pagi, mata dah ngantuk tapi malas nak tidur dulu…baru lepas habis layan cerita ibu mertuaku…banyak pengajaran dapat lepas tengok filem P.Ramli tu…

Esok pagi ada 5 apoinment nak kena pergi bersama Pak Kiai. Pergi melawat kilang komponen…kalau ada rezeki, dapatlah buat kenduri doa kesyukuran sambil hantar semua keluarga ke Mekkah… Amin…

Hari ni kalau tengok iklan sana sini cerita pasal Jutawan. Buku pun laris jual kalau ada tulis tajuknya Jutawan….dah memang tu lah selera orang sekarang ni…nak jadi jutawan…

Sebenarnya nak jadi jutawan tak de lah susah sangat…maksudnya dapat pendapatan berjumlah RM1juta dikira jutawan tapi yang susah ialah ada RM1juta simpanan dalam akaun bank…

Hari ni ramai giler Jutawan tapi dalam masa yang sama ramai gila yang Jutawan tak ada duit RM1juta dalam akaun bank. Jadi kalau belum merasa jadi jutawan jangan bimbang…lambat laun akan jadiklah dan merasa juga….

Kawan saya jadi jutawan dengan jual Air Soya dan Tau Fu Fa. Naik lori pickup sahaja…berniaga dah 13 tahun. Tengok kehidupannya masih lagi humble…Sorang lagi kawan saya, beniaga dari rumah saje dah 7 tahun…diam tak diam dah kumpul pendapatan lebih dari RM1 juta… pergi rumahnya TV saje harga RM20ribu kalau tengok Avatar memang puas hati..

Ramai juga yang tanya saya apa amalan yang boleh dibuat untuk jadi jutawan, baik orang itu orang Islam atau bukan orang Islam. Kalau orang Islam saya kongsi kan amalan menarik rezeki dengan memohon kepada Allah untuk membuka seluas-luasnya pintu rezeki kepada hambanya…

Jika yang bertanya kepada saya bukan orang Islam, saya cadangkan dia sentuh dahinya dan berkata di hadapan cermin “AKU MEMPUNYAI MINDA SEORANG JUTAWAN”, kemudian letak tapak tangan di hatinya dan berkata “AKU SEORANG JUTAWAN”…lakukan setiap hari sebelum keluar rumah….

Dah terbukti ramai yang menjadi guna kedua-dua kaedah ini. Bukan kuasa saya tapi semuanya Kuasa Allah. Yang penting orang itu ikhlas dan benar-benar mahu berubah. Tak kira lah dia kerja apa…sama ada pemandu teksi, bawak lori ke, jaga tandas ke….jika nak berubah sunguh-sungguh…lakukan sesuatu perubahan itu sungguh-sungguh…

Saya nak kongsi seorang Jutawan Mak Cik yang saya ingat lagi ceritanya pada tahun 2002 masa saya baca majalah Forbes ketika itu dan peristiwa ini saya ingat dan jadikan semangat untuk teruskan buat apa yang saya nak lakukan.

Picture1Nama Jutawan Mak Cik ini Jeniffer H. Clerk. Waktu itu umurnya 75 tahun. Dia telah menggegarkan negeri kelahirannya di Dallas dengan memnuat amal jariah mendermakan USD 1,563,359 ke tabung kebajikan Pesakit Kanser!

Alamak apa yang nak hairan setakat USD 1juta….orang lain ramai yang bagi derma contohnya Angelina Jolie derma USD5 juta, Warren Buffet lelaki paling kaya dunia derma USD32Billion…setakat Makcik tu USD1juta…apa nak hairan…

Betul…apa nak hairan…kalau kita sanggup bagi USD1juta? tak payah USD1juta…USD100 pun liat jugak…termasukah diri saya…

Bukan nak cerita pasal derma sebenarnya tapi nak tekankan kat sini walau apa jua pekerjaan kita…kita boleh jadi Jutawan… bergantung pada masa sahaja…

Pasal Angelina Jolie derma berjuta kita apa heiran…tapi Mak Cik Jeniffer ni mampu derma USD1.5 juta walhal dia hanya kerja sebagai Tukang Sapu ! Ya Tukang Sapu je beb !

Macamana tukang sapu boleh ada banyak duit…karut aje…ada yang cakap dia jumpa satu beg penuh duit dalam tong sampah….kreatif sungguh tapi Mak Cik ni gentle…dia pakai duit dia sendiri untuk derma USD1.5 juta sebagai tukang sapu.. Apa Rahsianya sampai boleh jadi Jutawan ?

Apa yang Mak Cik tu buat ialah dia menyimpan setiap bulan USD100 daripada gajinya USD400 sebulan selama 50 tahun. 50 tahun dia bekerja jadi tukang bersihkan taman dan kawasan perumahan. Dia memang seorang yang jimat. Tapi kalau simpan sebulan USD100 sebulan, bermakna baru ada USD60,000 jika simpan selama 50 tahun…macamana boleh dapat USD1.5juta…?

Itulah kuasa Compound Interest yang hanya orang Kaya dan Billionaire guna dan amalkan akan kuasa compound interest…bayangkan jika dulu masa kita belum lahir ibu bapa kita buat tabungan RM100 dalam akaun dan dengan 10% dividen yang dapat, umur 50 tahun dah ada RM13,000. Walaupun hanya ada RM100 tak bertambah…

Jadi Mak Cik Jeniffer sebenarnya dah kumpul USD60,000 dan selebihnya adalah dari Interest sebanyak USD 1.5 juta. Pasti ramai cakap berjanggutlah tunggu nak jadi jutawan atau dah tua baru jadi….seperti yang saya cakap, semua orang boleh jadi cepat atau lambat bergantung pada usaha dan profesion anda. Jika anda seorang tukang sapu, masih ada harapan lagi jadi jutawan…jika bukan maksudnya anda boleh dapatkan target anda lebih cepat dari makcik Jeniffer.

Mungkin anda tertanya-tanya buat apa habiskan semua duit dengan bagi derma…? kan penat saje kumpul….Benar, tapi anda mungkin belum nampak apa yang buatkan seseorang itu rasa kebahagiaan ataupun puas…bila duit banyak sebenarnya belum tentu bahagia. Ambik contoh Mak Cik Jeniffer tu…dia rasa sangat bahagia bila usaha kerasnya menyimpan USD100 sebulan dapat menolong beratus malah beribu orang yang memerlukan bantuan…itulah dia kebahagiaan yang dia cari.

Masa tidak mengizinkan, saya tahu anda masih lagi tidak tahan nak tahu apa langkah seterusnya untuk jadi jutawan. Biarlah saya sambung di post akan datang dan kongsikan rahsia seorang penganggur yang bekerja santai-santai dari rumah boleh kumpul RM 1 juta dalam simpanan Banknya dan boleh pakai kereta mewah duduk banglo tanpa bayar satu sen pun duit sendiri…jeng..jeng..jeng…

Salam Hormat ….Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

April 25, 2010 at 6:29 pm

kalaulah nenek aku macam mak cik jeniffer tu…aku mintak 10% pun ok…

kamil

April 26, 2010 at 12:21 pm

Hebat ni

syikin

April 27, 2010 at 2:23 pm

kena mula dah… x kire gaji bsr atau kecik. kuk umur pnjg, dpt guna duit tu. kuk umur pendek, wariskan ke anak….

fairus

August 17, 2015 at 3:49 am

sy tggu cerita yg seterusnya