02
Apr

Salah Satu Ilmu Kekayaan : SETIAP KALI BANGUN TIDUR DAN SEBELUM TIDUR

Ini adalah amalan yang sangat mudah tapi tak ramai yang sanggup buat atau buat-buat tak nak buat. Pasal ia mudah lah orang tak yakin keberkesanannya. Padahal ia adalah amalan yang sangat hebat jika dilakukan.

Bagaimana amalannya? Setiap kali selepas anda bangun dari tidur, anda ucapkan dalam hati “ TERIMA KASIH ALLAH” 21X

Jika Bukan Islam, boleh ucapkan “TERIMA KASIH” 21X

Mudah bukan ? Kalau anda boleh lakukan berterusan selama 30 hari , saya jamin anda akan lihat satu perubahan besar pada diri anda.

Tak percaya amalan ini sangat hebat ?

Menurut kajian, setiap kali kita bangun dari tidur, minda kita pada waktu itu dalam keadaan segar dan apa yang kita lihat atau bayangkan ia akan memprogramkan dalam minda untuk menghantarkan gelombang tenaga ke alam semester. Bila ditambahkan dengan ucapan Terima kasih, ia akan menghantar gelombang minda dengan lebih pantas dan lebih kuat.

Ucapan Terima Kasih sendiri mempunyai Gelombang Tenaga yang sangat kuat. Kajian sudah dibuktikan dengan mengucapkan terima kasih pada secawan air putih, molekul air tersebut bertukar menjadi Kristal dan cantik.

Sebab itu ada setengah pengamal perubatan Alternatif mengamalkan mengucapkan terima kasih pada air biasa untuk diberi minum pada pesakit dan secara luar biasa pesakit itu boleh sembuh. Teknik yang mudah dan anda juga boleh jadi Doktor.

Saya lihat sendiri anak didik saya yang gunakan cara ini untuk mengubah kehidupan mereka menjadi bagus dan  telah terbukti segala hajat mereka dapat dicapai. Daripada mengeluh tak tentu pasal, atau merungut lebih baik buat amalan mudah ini , hanya ucap terima kasih 21 kali dalam hati.

Tahukah anda, bila anda merungut, mengeluh, mengadu nasib pada orang lain , bukan sahaja masalah anda tidak boleh diselesaikan malah anda akan jadi lebih teruk kerana anda menghantar gelombang tenaga negatif dan ia akan menarik lagi banyak unsur negatif.

Orang yang anda mengadu nasib atau mengeluh itu bukan sahaja membuang masa mereka malah mereka juga rasa rimas. Memang benar anda mungkin dapat merasa lega lepas meluahkan masalah anda tetapi sebenarnya itu sifat sementara. Lebih baik anda buang masalah anda dengan menarik unsur positif dan membersihkan unsur negative dari dalam diri dengan cara berterima kasih ini.

Semua orang ada masalah selagi dia hidup tak kira lah sama ada orang itu kaya, miskin, sihat, kuat, cantik , buruk, pemimpin….asalkan namanya orang. Masalah tak akan selesai selagi hidup di muka bumi ini. Kalau pindah ke planet lain pun ada masalah lain pula.

Atasi masalah anda dengan Kuasa yang Tuhan anugerahkan ini. Jika orang putih namakan ia “Gratitude”, kita orang Islam “Bersyukur”.

Ucapkan TERIMA KASIH sambil pegang dada kiri kita dan anda sedang menghantar gelombangn tenaga yang dasyat. Gelombang yang boleh menarik apa sahaja termasuklah gelombang Kekayaan.

Anda perlu bayar ke untuk ucapkan terima kasih ? Tak perlu dan ianya FREE dan mudah dilakukan!! Amalkan lah selama 30 hari dan lihat perubahan diri anda!

Begitu juga dengan ucapkan terima kasih sebelum tidur. Kerana minda juga akan deprogram semula 30 minit sebelum tidur. Hantarlah tenaga Terima Kasih anda sebanyak 21 kali sambil pegang dada  di hati anda sebelum tidur.

Lagi bagus anda hantar tenaga memaafkan setiap orang yang anda kenal. Kerana bila lakukan demikian, anda sudah memutuskan tenaga negatif seperti benci dendam kepada sesiapa sahaja.

Ini akan membuatkan diri anda menjadi orang yang sihat, umur panjang dan bahagia. Ketenangan milik anda. Mahukan anda mempunyai umur panjang dan sentiasa sihat ?

Sekarang , ramai orang menghidap sakit jantung, kanser dalam usia muda. Kerana mereka menyimpan unsur negatif dalam diri mereka. Kaya banyak duit tapi berpenyakit juga tak guna.

Bukan saya pandai-pandai tunjuk ajar dari kepala saya tetapi ilmu ini saya belajar dan banyak kajian sudah membuktikan jangka hayat orang yang memaafkan orang lain lebih tinggi.

Selain jangka hayat mereka tinggi, mereka sentiasa nampak muda. Tidak kah anda ingin sentiasa Nampak muda?

Buanglah segera unsur negatif dalam diri dengan menghantar gelombang tenaga memaafkan orang lain sebelum tidur kemudian ucapkan terima kasih 21 kali. Bila buang unsur negatif, hantar pula energi positif untuk menarik unsur positif.

Amalan memaafkan ini adalah amalan Rasullullah sendiri yang kita semua tahu bahawa Baginda seorang yang pemaaf tapi tak tahu maaf jenis macamana.

Saya ingin kongsi cerita mengenai Rasullullah SAW sebagai penghayatan memaafkan orang lain.

Setelah Rasullullah SAW wafat, Saidina Abu Bakar bertanyakan kepada anak perumpuan Rasullullah , Aishah. Apa perkara yang Rasullullah buat sepanjang hidup banginda yang Abu Bakar tidak buat.

Saidina Abu Bakar seorang sahabat Rasullullah yang taat dan ikut apa sahaja amalan yang Rasullullah buat. Beliau kuat lakukan ibadah, puasa, amal kebaikan dan ikut semua yang dilakukan oleh Baginda Rasullullah.

Aishah menjawab: “Semua amalan yang Rasullullah buat Abu Bakar juga buat tapi ada satu sahaja yang Rasullullah buat tapi Abu Bakar belum buat.”

Abu Bakar bertanya: “ Apa dia ya Aishah?”

Aishah menjawab: “ Baginda Rasullullah selalu pergi jumpa seorang lelaki tua yang buta dihujung kampong sambil membawa roti.”

Setelah Saidina Abu Bakar tahu pasal perkara tersebut, beliau pun pergi ke hujung kampong untuk berjumpa dengan lelaki tua yang buta itu dengan membawa roti sebagaimana Rasullullah lakukan.

Sampai sahaja di rumah orang tua itu, Saidina Abu Bakar memberi salam dan masuk ke rumah orang tua itu.

Saidina lihat orang tua itu dan memberikan roti kepadanya. Orang tua yang buta itu bertanya pada Saidina Abu Bakar : “Mana orang yang selalu datang membawa roti kepada ku? Orang itu selalu menyuapkan roti ke dalam mulutku.”

Apabila mendengar percakapan orang tua itu,  Saidina Abu Bakar pun menyuapkan roti pada mulut orang tua buta itu , sebagaimana Rasullullah lakukan.

Orang Tua Buta itu berkata : “ Biasanya orang yang suapkan roti kepada ku memberi suapan dengan penuh lembut, dan dia melembut-lembutkan roti yang keras ini sebelum memasukkan dalam mulutku.”

Saidina Abu Bakar pun melembutkan roti itu sebelum memasukkan ke dalam mulut orang tua yang buta itu.

Orang tua itu berkata, “Mana lah pergi orang yang selalu menyuapkan roti kepada ku…”

Sambil menikmati roti yang disuapkan oleh Saidina Abu Bakar, orang tua itu tiba-tiba membuka cerita pasal Rasullullah….

Orang Tua itu sangat benci dengan Rasullullah kerana Rasullullah seorang yang dusta!  Orang tua itu memarahi Rasullullah….

Saidina Abu Bakar rasa sangat marah dan merah padam mukanya diatas apa yang orang tua buta itu katakan. Tapi beliau sabar dan diamkan diri.

Setelah habis orang tua itu mengata perkara yang buruk tentang diri Rasullullah….orang tua itu pun bertanya pada Saidina Abu Bakar, mana pergi orang yang selalu datang melawat dia dan menyuapkan roti kepadanya.

Saidina Abu Bakar pun menjawab, “Orang yang tuan maksudkan itu sudah meninggal dunia…”

Orang tua buta itu rasa terperanjat dan sedih….

Abu Bakar berkata lagi…”Orang yang selalu datang melawat tuan sambil menyuapkan roti dan yang baru meninggal dunia itu adalah Rasullullah sendiri…”

Terperanjat besar orang tua itu bila dia baru mendapat tahu yang selama ini orang yang dia benci, marah adalah Rasullullah. Lantas berjurai-jurai air mata orang tua itu mengalir dan meraung kekesalan.

Dia sungguh sedih kerana orang yang melawat dia adalah Rasullullah sendiri…walaupun sepanjang Rasullullah menyuapkan dia roti, orang tua itu mengutuk baginda.

Abu Bakar juga menangis dan terharu…betapa tingginya sifat kemaafan Rasullullah , walaupun orang benci, marah kutuk kepada baginda tetapi baginda maafkan sahaja…

Rasanya bolehkah kita menjadi pemaaf seperti Rasullullah SAW? Insya Allah, kita sama-sama cuba lakukannya.

Semoga kita dapat ambik iktibar dari cerita ini, dan jadikan tauladan Rasullullah sebagai cara hidup kita jika kita ingin kebahagiaan yang hakiki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

syikin

April 27, 2010 at 2:19 pm

Hmmmm… smlm kita baru berbual psl bg maaf. sbnr memang selalu dgr, dr fadhillah kamsah ckp dlm astro aosis. yelah, mungkin hati ni x bersih lagi…. Ya Allah, bantulah aku utk bersihkan hati ini.. Amin…