25
Apr

Lihat Rumah Ini, Seorang Manusia Ummi Pernah Tinggal Di Sini 1400 Tahun Lalu..

1400 tahun yang lalu , ada seorang manusia ummi yang menetap di rumah yang diperbuat dari tanah liat ini….cuba kita bayangkan rumah kita 1400 tahun akan datang….bagaimana rupanya atau mungkin rumah kita waktu itu sudah berada di dasar lautan kerana tanah yang kita pijak sekarang akan berubah disebabkan kontinental drift ( pergerakan bumi ). Waktu itu, orang yang ada (jika belum kiamat lagi) hidup di zaman tahun 3400.

rumah rasulullah

rumah rasulullah 1

tempat solat

rumah rasulullah

Beginilah rumah Baginda Rasulullah SAW , dimana baginda tinggal bersama keluarga, lakukan ibadah dan melayan sahabat-sahabat. Rumah yang kecil dan di perbuat daripada tanah liat. Serba kekurangan, hanya bercahayakan api pada waktu malam dan berpanasan di waktu siang. Bandingkan rumah kita sekarang, walaupun kita hidup susah tetapi masih ada lampu elektrik, kipas angin, televisyen, internet, peti sejuk….

Tapak binaan rumah baginda yang tidak luas. Jika tetamu datang ziarah, akan duduk secara berapat-rapat. Baginda seorang manusia yang ummi. Walaupun baginda adalah ketua tentera Islam, ketua umat Islam tetapi baginda tidak tinggal di mahligai yang gah kerana baginda tahu tanggungjawab baginda adalah menyampaikan perintah Allah.

Tanda bulatan pada ruang tamu itulah tempat kelahiran anak Rasulullah Siti Aishah. Di ruang tetamu itulah tempat para sahabat berkumpul bersama Rasulullah. Tempat yang tidak besar dan berkumpul dalam keadaan rapat-rapat.

Mimbar itulah tempat Rasulullah lakukan amal ibadah dan beruzrah kepada Allah. Tidak seperti sekarang, semua msjid dah dipasang aircond dan lampu . Mari kita bersalawat kepada Nabi Muhammad SAW agar kita dapat berjumpa baginda dan agar baginda dapat mengenal kita semasa kita memrlukan pertolongan di padang masyhar nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*