28
Apr

Minda Bawah Sedar Dan Tawakal Kepada Allah

tendai

5 tahun lepas, kalau sebut pasal kuasa minda, semua orang kaget atau tak pernah tahu pasal nya. Tapi sekarang, berlambak-lambak buku cerita pasal Kuasa Minda dan ada banyak juga orang buat e-book pasal Kuasa Minda.

Sampai ketika sekarang ni boleh dikatakan semua orang tahu pasal Kuasa Minda. Tapi sebenar-benarnya, kuasa minda tak lengkap kalau ia difahami hanya sekadar guna intelektual atau logik. Ia jadi lagi power kalau kita faham dengan suara hati.

Apa tu suara hati ? Inilah Spiritual Power yang hanya orang yang mendapat hidayah dan tahu akan tujuan hidup ( saya sedang berusaha ke arah itu ) yang dapat rasai suara hati mereka.

Mana lebih seronok? Hidup tengah banyak duit atau Tak ada duit? Soalan tak berapa educated langsung…mestilah semua pilih bila hidup tengah banyak duit. Tapi kalau orang spiritual akan pilih hidup tak ada duit.

Aikkk? Law of Attraction kata kena pilih untuk banyak duit ni terbalik pulak….Sebenarnya maksud tersirat ialah, walaupun tak ada duit, tapi bila nak guna duit untuk beli sesuatu, duit tu akan datang dari sumber yang tak disangka-sangka. Walaupun tak ada duit tapi kita dapat miliki apa yang kita nak. Inilah dia Kuasa Minda + Tawakal Pada Allah.

Saya ambik contoh kecik-kecik dulu….saya mengidam nak makan Mcdonald padahal duit ada RM1.20 je. Tapi esoknya, member ajak jumpa belanja Mcdonald. Bunyi macam simple tapi kalau benda besar , aplikasinya pun sama.

Contohnya nak beli kereta impian, padahal duit takada…dah la tak ada duit , blacklist pulak tu…. tapi dalam setahun dua , kita dapat pakai kereta impian tu…semuanya Kuasa Allah dan Minda kita sudah hantar gelombang untuk minta Allah tunaikan permintaan kita…

Bayangkan, sungguh Maha Pemurah Allah pada kita…kita minta Allah tunaikan hajat nak beli kereta, rumah, naik pangkat, kahwin, bisnes maju…semuanya Allah berikan atau makbulkan walaupun dalam doa kita kita tak pernah minta jadi hambaNya yang sentiasa rasa cinta pada Nya.

Orang-orang alim yang tahu akan rahsia kehidupan dan tujuan hidup memilih untuk ke jalan Allah sentiasa mendapat rezeki atau sentiasa dapat apa yang mereka inginkan. Kerana mereka ini kekasih Allah. ferrari

Cuba bayangkan kalau kita ada kekasih, bila dia minta macam-macam…kita bagi tak apa yang dia nakkan..? Tentu sekali. Lebih-lebih sekali isteri kita kalau kita sayang dia…walaupun tak ada duit, kita usaha dapatkan apa yang dia mahu.

Allah Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Hambanya yang dikasihi tentu sekali mendapat kelebihan. Jaminan Dunia bahagia dan Kejayaan Akhirat dan ditempatkan di Syurga Firdhaus….Subhanallah…

Bayangkan jika anda adalah penghuni di Syurga Firdhaus, anda ada Access Card untuk pergi ke mana-mana syurga dan anda¬† boleh melawat saudara mara sahabat – sahabat di syurga yang bawah-bawah…bayangkan jika anda sekarang ni seorang menteri yang datang melawat kampung-kampung…bagaimana sambutan mereka…

Itu cerita long term Vision sikit. Terpulang pada anda bagaimana anda nak bentuk kehidupan anda dengan ilmu Kuasa Minda. Ada orang bahagia dengan banyak duit dan ada orang bahagia kalau dapat bagi semua yang ada pada dirinya untuk orang lain seperti sifat Rasulullah yang suka memberi sampai tiada harta yang ada untuk diwariskan pada keluarga baginda kecuali satu tapak tanah rumah.

Sebenarnya mereka bahagia kerana bila mereka mendapat sesuatu dari sumber yang tidak disangka-sangka , mereka akan rasa lebih bersyukur dan rasa sungguh terharu sebab Allah tahu apa yang mereka tahu…itulah sifat Allah yang Maha Menetahui.

Buat pembaca, apa yang saya tuliskan disini bukan nak tunjuk saya pandai agama atau saya pakar dalam bidang Kuasa Minda. Tapi saya tahu , kuasa yang tercipta semuanya dari Allah.

Bukan minda punya kuasa. Dan saya rasa bersyukur kerana sejak habis belajar dari UiTM tahun 2001 dahulu sampai sekarang saya tidak bekerja di pekerjaan yang tetap ataupun makan gaji (Bukan nak menyinggung sesiapa yang makan gaji).

Apa yang saya kongsikan disini adalah semata-mata rasa bersyukur yang amat kepada Allah sebab walaupun saya lalai, masih ada ruang untuk saya teruskan hidup dengan serba lengkap dan sempurna. Biarpun disaat saya tiada wang, masih banyak perbelanjaan yang saya dapat lakukan.

Saya hidup dengan tawakal kepada Allah dan rezeki untuk hari esok pasti ada jika Allah izinkan sama ada saya berusaha atau tidak. Semua yang Allah bagi mempunyai sebab. Jika diberi banyak ada sebab, jika sikit pun ada lah tu…

Bukan saya seorang sahaja yang mengalami pengalaman begini tetapi ramai lagi kawan-kawan saya yang berani dan bertawakal kepada Allah dengan menjalankan urusniaga yang tak tahu sama ada berjaya atau tidak tapi yang penting teruskan sahaja dengan pegangan LAILAHAILLALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

April 28, 2010 at 2:07 pm

hidup macam pak kiai yang selalu beruzlah di alamanda…

syikin

April 28, 2010 at 3:27 pm

nak smpai thp ni kena belajar n byk sabar kan…..

gaban

April 29, 2010 at 1:06 am

sabar dan belajar tu antara ciri-ciri dan sifat Rasulullah

reza

May 6, 2010 at 2:29 pm

kuasa minda dgn Neuro Linguistik Program tu adakah benda yg sama master….

Master Hadzrin

May 7, 2010 at 1:08 am

@reza
Neuro Linguistik Program atau NLP itu adalah bahasa minda , manakala kuasa minda adalah pancaran gelombang energi minda. Contoh bahasa minda , Bilakah kali terakhir Reza kena makan tempoyak basi ?

perkataan kena makan tempoyak basi adalah arahan kepada minda. itulah bahasa NLP.

kalau dalam bisnes, Bagaimana rasanya En Prospek kena beli kereta mewah pakai duit hasil join bisnes saya… dapat mengerti tak tuan reza?

ana ain

June 8, 2011 at 1:12 pm

saya pernah rasa sperti kkasihNYA satu ktika dahulu…tp skrg tidak lg disebabkan saya dah semakin jauh driNYA…mohon bntu ana…:((