28
Apr

BMW Lancarkan Kereta Mampu Milik BMW X1

BMW X1

dalam BMW X1

Isnin kelmarin, saya dan Pak Kiai ke Cyberjaya tengok launching produk. Kitaorang terpandanglah satu kereta ni parking dekat warung…BMW X1. Sebelum ni memang pernah dengar pasal kereta BMW X1 tapi perlekehkan lah sebab X3 model pun buruk apa lagi X1.

Rupa-rupanya bila tengok live X1 ni terkeluar air liur jugaklah sampai buat tawaf dua kali tengok kereta tu. Difahamkan harganya dalam RM220,000…kira murah dari 5 series. Bagi saya 5 series dah old fashion dan dah bersepah. Yang bestnya X1 ni size dia sama dengan kereta…padahal dia adik beradik X5 ( SUV ). Bayangkan SUV besar kereta memang nampak sporty…

Tu yang bincang dengan Pak Kiai nak ambik X1 satu lepas 10 tahun harganya mesti bawah RM80,000…itulah kereta…beli mahal macam mana pun lama-lama jadik besi buruk (kata pujangga Don). Kalau anda minat dengan apa kereta sekalipun, memang boleh punya…tak kiralah apa profesion. Law of attraction ada terangkan rahsianya. Cuma perlu beri tempoh dan terus mengayuh.

Tapi bagi saya sekarang, lebih suka target nak beli kereta yang habis bayar (Cash). Kalau terikat dengan bank biarpun dah 5 tahun bayar kalau sangkut 4 bulan lepas tu Bank tarik jugak walaupun dah bayar 5 tahun sebulan RM3,500 (dah bayar RM210,000). Itu pengalaman kalau beli kereta mewah. Hidup low profile pun okĀ  jugak. Tak ada lah kena follow orang sampai rumah setiap kali balik lewat malam.

Tapi yang best kalau nak beli kereta mewah, dalam bank mesti ada atleast RM250,000. Jangan terus habiskan sampai licin…jadikan RM250,000 tu sebagai ibu duit… Insya Allah, saya pun sedang berusaha nak adakan ibu duit RM1juta. Biarpun sanggup hidup low profile dulu. Amin.

Bagi penggemar BMW , dah bolehlah pasang impian dengan letakkan gambar di depan katil. supaya setiap kali celik sahaja dari tidur nampak kereta impian anda. Bila dah dapat nanti, tanggunglah sendiri…hehehe…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

April 28, 2010 at 2:47 am

mana satu penting bagi anda bila ada rm250,000 ? beli kereta harga RM250,000 atau simpan aje duit tu ?

reza

April 28, 2010 at 5:00 am

mula2 saya buat rumah burung walit pastu duit dari jual sarang burung tu buat bayar
ansuran keta pastu tiap2 tahun boleh tukar keta asal road tax mati je terus trade in keta baru….huiyoo syoknya.

kamil

April 28, 2010 at 11:49 am

Very nice

syikin

April 28, 2010 at 3:34 pm

saya beli properties dulu. sewakan n duit hasil sewa, acik buleh boli keto……..

gaban

April 29, 2010 at 1:08 am

ada yang nak sedekah kat saya tak duit tu…hehehe