14
Mar

Berjaya Dalam MLM ( Multilevel Marketing )

Assalamualaikum,

Kali ni , saya nak kongsi peluang untuk bangkit semula menerusi program MLM atau Bisnes Direct Selling. Ada yang tak suka dengan topik ni dan ada yang kecewa kerana saya ni rupa-rupanya orang MLM sebelum ni. Okey apa…daripada saya dulu ni seorang peragut ke…,

Kalau tidak pun, ada orang cakap saya jadi kaya pasal jual Ilmu. Jadi kaya daripada bisnes yang orang ramai takut nak buat dan ramai yang gagal baru dikira Master…tak gitu? Sebenarnya ada ilmu yang saya gunakan untuk berjaya dalam bisnes ni.

MLM ni satu jalan pintas, mudah dan lumayan bagi siapa yang tahu dan faham. Tak terkira ramai jugak yang dah kecewa dengan bisnes MLM sebab gagal. Tapi percaya lah…kecewa sekejap tapi lepas tu buat lagi.

Ibarat hidup ni tak lengkap kalau tak buat MLM ( Bagi yang jenis hardcore MLM lah…yang kecewa serik tak nak buat lagi sampai akhir hayat biasanya yang join keluar duit sahaja tak buat apa-apa ).

Jiwa jadi kosong ibarat kalau dulu ramai kawan-kawan masa buat MLM, dapat bergaya pakai smart-smart, dapat penghargaan, dihargai, selalu bercerita pasal impian, mendapat suntikan semangat dari upline dan macam-macam lagi yang tidak jumpa di konvensional bisnes atau kerja 9-5. Saya pun jumpa jodoh dalam MLM…itu salah satu kenangan juga…

Tak sabar sebenarnya nak kongsi dan diskus pasal topik ni. Sebenarnya industri ni lah yang boleh buka mata saya untuk kenal dunia -duniawi yang semuanya pakai duit macam air. Bila kaya masa buat MLM , memang jakun tak ingat…hari-hari shoping, hari-hari Hari Raya, hari-hari pergi pasar raya hari-hari beli baju raya.

Bukan nak riak atau berlagak, sampai satu ketika makan dekat kedai Secret Recipee sampai muntah…. bukan pasal keracunan makanan tapi pasal dah muak tahap dewa makanan kat secret recipee…macam secret resipee tu kira dapur rumah la…

Ya….boleh kira waktu mula kenal MLM dan berjaya, pedoman hidup hilang kejap. Insaf…. Ramai orang buat MLM tapi ramai yang Gagal. Lebih-lebih lagi jika buat MLM yang berkonsepkan Head Hunting ( Dapat duit bila ada orang join sahaja….kalau tak ada orang join takde income). Saya dah merasa juga buat MLM yang berkonsepkan begini.

Memang jadi head hunter….sepanjang buat Bisnes MLM ni, 200 direct sponsor. Lepas tu saya jadi penat. Bukan saya sahaja. Semua orang penat. Sebab itu MLM ni kalau nak buat dan sampai berjaya dalam tempoh paling lama pun 3 tahun. Lepas tu support group sahaja. Ni nak kena recruit lagi….sampai bila???

Satu lagi perkara yang paling penting ialah TIMING. Jika dulu masa saya join Amway tahun 1975, ramai yang tak join lagi. Sekarang ni dah jadi bapak Jutawan Amway. Serupa juga jika dulu saya join syarikat MLM yang baru ditubuhkan peluang untuk saya berjaya lebih tinggi berbanding jika saya join MLM yang dah ramai orang berjaya. Kenapa begitu?

Sebabnya, bila jumpa prospek, mereka akan cakap …”OOOoooooooo panjang #2@@%$&…aku dah join dah….” Jiran dah join, kawan sekolah lama dah join, kawan lama tak jumpa dah join….dah jadi tepu. Sebenarnya bukan market yang tepu tapi kepala hotak yang dah tepu…

biarlah orang kata , itu kata-kata orang yang gagal….Gagal dunia lebih baik daripada Gagal Akhirat…

biarlah orang kata, itu kata-kata orang miskin…. Rasullullah memegang panji-panji orang miskin…nak cakap apa? Hidup miskin tetapi minda kaya lebih penting. Apa yang saya faham,  Allah bukan memandang pada harta kekayaan tetapi amal jariah dan amalannya masa hidup…

Saya belum masuk lagi perbincangan cara untuk berjaya dalam MLM. Jika dulu saya berjaya kerana saya amalkan 5 “S” : Sanggup , Sabar , Sacrifise , Sebab dan Solat. Tapi kali ini ada sesuatu kuasa yang paling hebat untuk berjaya bukan sahaja dalam bisnes MLM tapi apa jua bisnes.

Inilah dia S yang baru saya nak gunakan iaitu kekuatan “SPIRITUAL”.

Hari ini semua kerja yang kita lakukan dalam bisnes MLM memang tak dinafikan, semuanya bukan kerana Allah tapi nak menunjuk-nunjuk kepada orang yang kita dah berjaya. Ini juga kesilapan saya dah buat dulu….ye lah, buat fliers letak gambar diri dengan kereta dan bermegah-megah untuk tayang kepada orang dengan harapan orang join bisnes MLM kita. Sekarang pun ada juga letak dalam website….kalau dah terletak tu tak pe ye…nanti saya turunkan gambar tu…hehehe.

Maksud menggunakan kuasa spiritual ini  ialah dengan mengikut saranan dalam ayat Al-Quran : bermaksud , buat lah sesuatu pekerjaan yang boleh membantu orang lain nescaya Allah akan memudahkan segala urusan dan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka.

Buat MLM memang betul, tolong orang tapi lebih kepada tolong diri sendiri. maksudnya sebelum nak tolong orang dah kira dulu berapa banyak duit nak collect kalau recruit banyak ni…kereta apa nak beli bulan ni…rumah mana target nak pindah….

Maksud tolong orang kalau kta amalkan konsep hibah. Contohnya buat MLM ada target, berapa banyak hibah dapat keluarkan pada bulan ini….insya Allah , akan dapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

Jangan risau pening kepala siapa lah orang yang nak direcruit. Jika kita buat kerja ikhlas kerana Allah mengeluarkan sebahagian duit kita tolong orang, Allah akan recruitkan player join dalam bisnes kita. Kita pun buat MLM tak stress.

Ni lah dia tahap 100% yakin pada kuasa Allah. Guna kan kekuatan spiritual ini untuk menjayakan apa jua program MLM. Rezeki yang dapat pun berkat. Kejar Kejayaan Akhirat, Kejayaan Dunia pasti mariiii….

Sekarang saya dan sahabat-sahabat sedang berusaha untuk menubuhkan kumpulan yang mengagihkan hibah ke kampung-kampung seperti bagi beras, pakaian, buku, duit….melalui bisnes MLM dan Trading. Insya Allah, lebih ramai yang menyertai kami, maka lebih ramai yang boleh dibantu.

Jika anda berminat untuk sertai kami, boleh lah hubungi saya dengan letakkan komen anda di post ini. Mana tahu, melalui program spiritual MLM yang cuba nak diketengahkan ini, maka lebih ramai insan yang dapat dilahirkan. Jika ditakdirkan menjadi kaya, kaya sebagai Jutawan Beriman.

Bersambung….. next, tips untuk jadi top recruiter dan speaker hebat melalui metafizik….

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

March 14, 2010 at 6:22 am

Bangkit semula ke arah zaman kegemilangan…kali ini dengan jalan yang benar…

kamil

March 14, 2010 at 12:51 pm

bagus-bagus, ramai yang berjaya melalui mlm,after tips untuk mlm selesai,bg info utk trading,saham,master.

    Master Hadzrin

    March 18, 2010 at 4:48 pm

    boleh….jadikkan blog ini sebagai pertukaran idea dan maklumat

amylionaire

March 15, 2010 at 7:08 am

syabas tuan hadzrin,saya baru balik dari johor bahru buat seminar dan apa uang paling menarik,saya bertemu dengan rakan lama saya en.zul. dia ni dulu tak berapa buat duit dengan MLM lama, tapi dia tak patah semangat dan buat company lain dan syukur,10 bulan dia jadi jutawan…so,moral of the story..jgn putus asa,kalau dulu tak dapat banyak duit, mungkin hanya ujian semata-mata…lagi 1,anda semua patut bersyukur kerana di uji kerana ALLAH masih sayangkan anda semua…saya sudi berkongsi kisah hidup saya nanti dalam blog saya bagaimana turun naik saya dalam kehidupan…bagaimana dispatch…jadi JUTAWAN…jatuh…dan cuba bangkit..dan hari ni, sedang bangkit menuju kejayaan..!!!

    Master Hadzrin

    March 18, 2010 at 4:46 pm

    hebat tu…tapi environment dekat keramat ( patut pun namanya keramat ) tak boleh dilupakan…ada orang nak closing kamu pakai kain pelekat…kahkahkah..

reza

March 15, 2010 at 2:08 pm

menarik cerita kali ni…sekarang heboh pasal forex pula
kalau ada kenal forex trader yg dh berjaya dan baik hati
kenal2kan la di sini saya nk menuntut ilmu darinya sebab yg
menipu pun ramai juga.

    Master Hadzrin

    March 18, 2010 at 4:44 pm

    forex trader tak ada yang kenal…maklumlah belum ada pitih nak main forex…lagi pun main forex (foreigner exchange ) secara kecil2an dengan master genji…pound pun tgh jatuh dan slow…murah beli sekarang…

mael

March 17, 2010 at 3:35 am

salam master hadzrin……lama tak jumpa..tgk web makin mantap…excellent..niat baik akan dibalas baik…insyaallah..

    Master Hadzrin

    March 18, 2010 at 4:42 pm

    salam master mael….aku yakin kau sekarang sudah different level sejak hari-hari cium bau duit…hehehe…aku percaya mael kau boleh berkaya asalkan hati kau bersih.

mael

March 19, 2010 at 3:27 pm

emmm best dgr ttg kejayaan anda semua…
terutama master hadzrin,amylionaire (sahabat)…

Master Hadzrin

March 22, 2010 at 3:30 am

kenal kah engkau amylionaire wahai maelionaire?

sesungguhnya ia sungguh kecewa kerana dilaknati bila ada orang menggunakan tademarknya ….lionaire…

p/s : segala-galanya hak Allah…tiada apa yang kekal melainkan Allah!

Steven

April 25, 2010 at 7:08 am

boleh….jadikkan blog ini sebagai pertukaran idea dan maklumat

Karen

April 25, 2010 at 8:20 am

boleh….jadikkan blog ini sebagai pertukaran idea dan maklumat

niza

May 12, 2010 at 9:16 am

sgt menarik citer ni..sedikit sebanyak membantu sy..

Master Hadzrin

May 13, 2010 at 12:51 pm

semoga NIza berjaya dalam MLM yang NIza ceburi…

Hasbullah

May 14, 2010 at 12:32 pm

Salam Master Hadzrin, terima kasih perkongsian atas ilmu ini. Insya allah, saya akan jadikan sebagai panduan.

    Master Hadzrin

    May 15, 2010 at 3:17 pm

    insya Allah…doakan saya mampu untuk berkongsi ilmu lagi

sulaiman

August 28, 2012 at 6:32 am

mantap ……kita memang harus saling berbagi……..

Rahsia Menjadi Kaya

December 27, 2012 at 8:01 pm

Perkongsian yang hebat tuan Master Hadzrin.. Sungguh membakar semangat dan memberikan saya idea yang hebat untuk buat post tentang MLM ni … :) TQVM … atas perkongsian..

Faizal

January 4, 2013 at 7:28 am

Salam Hadzrin,

Sy baru join Amway dan sepanjang pengalaman sy join MLM ni, sy tengok marketing plan Amway adalah yang terbaik so far. Ttg rege barang, boleh dikatakan spt pepatah melayu, “alah membeli menang memakai”. Tak dinafikan setiap ahli MLM akan mengatakan produk masing2 adalah yang terbaik tapi berdasarkan kepada pengalaman, sy dapati produk Amway adalah yang terbaik berbanding MLM yg lain. Bukan setakat produk harian malahan nutrition dia juga mmg terbaik.

Since master dah bukak citer pasal nak berjaya dalam MLM, sy taknak tips tapi nak cara mcm mana nak sukses… lg pun MLM yg sy join sblm ni pun tak berapa nak ok sbb takde support dari upline tapi alhamdulillah member yg introduce MLM kat sy ni very supportive. Rather than support dari dia, boleh ke master do something untuk membolehkan sy bergerak aktif dlm bisnes ni through spiritual concept, atau lebih jelas melalui pendekatan yang dapat dilihat dalam bentuk realiti. Utk makluman, sy ada gak belajar perkara lain tapi lebih menuju kepada jalan mengenal Allah dan biasalah manusia ni kan, sentiasa nak melihat usaha yang dilaksanakan dapat dilihat dalam satu tempoh masa yang ditentukan oleh akal fikiran sendiri.

Kalau master dapat membantu, tolong la emel apa yang patut nnt eh. insyaAllah master, ada masa kita boleh dok sembang minum air sambil pekena vape.
Since kau dah bukan citer mcm mana nak sukses dlm MLM,

    masterbloguser

    January 4, 2013 at 9:13 am

    Waalaikumsalam,
    sekarang ni trend ecigar….bolehlah gantikan air amway kat rumah ustad. asik layan kopi je…nak juga rasa jus amway sambil buat bekam. MLM ni janggut byk ilmu dia…boleh talk the table sama tok janggut : )

Faizal

January 7, 2013 at 12:58 am

hehehehe, terbaik la master… bila la boleh nak sembang ngan janggut nih, asyik demam jer… nnt bila senang, kita duduk se-table.

    masterbloguser

    January 8, 2013 at 1:08 am

    janggut bukan demam HIN1….tapi deman takut BIN1…haha

fruzz

May 28, 2013 at 11:48 am

Please.tunjuk ajar ku sifu.sya sgt suka dgn konsep spiritual dan hibah ni…

ABD HALIM

December 26, 2013 at 3:27 am

nak tau tip2 yang berkesan mengenai MLM.

hariza adzaf

March 18, 2014 at 4:01 am

sy setuju.. tp mcm sy mula2 nk bt mlm ni bila org bercerita mmg semangat nk buat tp bila kita buat kt org, org xinterested lg kondem kita lnsung ilang semangat. cmner yea.

farhana

May 27, 2014 at 10:19 am

Can i have your phone number/ wassap/ wechat ID ??? I want to ask more about your business