07
Mar

3 Golongan Yang Dimasukkan Ke Dalam Syurga Tanpa Dihisab

Assalamualaikum,

Lama jugak tak post article dalam blog ni…sibuk traveling dan banyak kan masa berbincang dengan rakaniaga. Bukan nak mengejar harta duit pangkat dan gelaran tetapi dah terpanggil untuk membincangkan sesuatu yang hebat.

Salah seorang sahabat merupakan peminat Ustadz Agym ( Minat bukan kerana harta, rupa pangkat atau keluarganya tetapi kerana ilmunya. ) Dia menceritakan kepada saya tentang 3 golongan atau kumpulan manusia yang akan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab.

Sebenarnya ada banyak benda nak disembangkan dalam blog ini tetapi masa tidak mengizinkan. Malam ini cuma ada 15 minit nak taip articles sebelum nak beredar pergi ke tempat lain. ( Taip pun dekat cyber cafe sahaja).

Tiga golongan tersebut :

1) Orang yang Mati Perang Syahid. ( Orang yang nama Syahid tak dikira )

2) Orang Ulama ( Orang yang berjihad menyebarkan Agama Allah)

3) Orang Kaya

Bila tiba hari kebangkitan, tiga golongan ini dijemput secara hormatnya ke dalam Syurga tanpa dihisab. Golongan Mati Syahid dijemput terlebih dahulu.

Golongan Mati Syahid berkata, ” Takpe….aku masuk kemudian. Aku nak Para Ulama yang masuk dahulu. Sebab para ulama inilah yang telah mengajar ilmu agama kepada kami dan kami berjuang dan berjihad pertahankan agama Allah”

Para Ulama dijemput masuk ke syurga tetapi Para Ulama berkata , ” Tak pe…Kami nak masuk kemudian…biarlah golongan Orang Kaya yang masuk dahulu. Sebab kerana orang-orang kaya inilah yang telah membelanjakan harta duit mereka dengan membina masjid-masjid, sekolah-sekolah agama untuk kami menyebarkan agama Allah ini.”

Maka Orang Kaya dijemput masuk ke syurga. Orang yang Kaya dimaksudkan ialah yang dermawan dan beramal sedekah semuanya kerana Allah, bukan kerana riak, takabur dan sombong.

Jadi, jika kita ingin menikmati priviledge masuk ke syurga tanpa perlu dihisab, pilih lah salah satu golongan yang kita nak jadi. Kalau nak jadik orang yang mati syahid…memang susah dan bukan calang-calang keberanian perlu ada atau peluang untuk mati syahid bukan senang.

Kalau nak jadi orang alim ulama, siapa lah kita….moga kita antara yang mendapat rahmat dan hidayah ke arah ini.

Paling senang sebenarnya ialah jadi golongan orang kaya. YA! Paling senang untuk masuk syurga tanpa dihisab ialah menjadi orang Kaya yang dermawan dan amal soleh. Kenapa saya cakap nak jadi kaya senang ? Lepas ini saya akan kongsikan bagaimana nak jadi kaya dengan senang berlandaskan ilmu dari Al-Quran.

Dan saya akan bincangkan di post akan datang kenapa doa kita tidak dimakbulkan atau dilambatkan. Anda pasti nak tahu dan saya akan singkapkan rahsianya dan membongkarkan rahsia kekayaan dan rahsia kejayaan sejati. Menagapa saya nak bocorkan? Sebenarnya ini bukan rahsia tetapi ilmu yang patut disampaikan. Dan saya lakukan ini semua kerana mengharapkan Rahmat dari Allah.

Insya Allah, kita jumpa di post akan datang….

Tinggalkan Komen Anda

*

tony

March 7, 2010 at 2:13 pm

Bro hadzrin, cuti sekolah ni tak ada bengkel ke?

reza

March 9, 2010 at 11:12 am

cepat sikit tuan dh lama tak dapat ilmu baru x sabar rasanya nk dapat tip baru.

Master Hadzrin

March 11, 2010 at 1:02 pm

@reza

bila dah lama maksudnya makin banyak ilmu baru….hehehe…tetapi ilmu lama jugak yang di ajarkan kerana ilmu baru dah hampir nak dikorporatkan…betul tak master genji?