21
Feb

WALAU MALANG ATAU SUSAH SEKALI PUN KITA PATUT BERSYUKUR SEBAB KITA TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI CENCALUK

Pernah tengok cencaluk atau pernah makan? Tahu cencaluk dibuat daripada apa? Kalau pergi ke kedai macam dekat Giant atau Carefour sekarang ni memang banyak jual cencaluk. Harga sebotol cencaluk antara RM2.50-RM3.50.

Kalau ambil botol cencaluk, tengok dalamnya ada berates-ratus udang kecil yang sudah dibunuh kemudian dikeringkan dan direndamkan masuk dalam botol untuk dijadikan hidangan pengemar cencaluk seperti saya. Itu pun, belum tentu cencaluk tersebut dimakan orang sebab ada antara cencaluk yang dah expired dan terpaksa dibuang sahaja.

Maka udang tersebut mati dibunuh tanpa dimakan tapi dibuang sahaja. Sia-sia sahaja dibunuh…..

Saya selalu menerima SMS keluhan daripada pelanggan, prospek atau orang yang tidak dikenali. Mereka SMS kepada saya dan mengadu yang mereka ini sangat malang dan susah. Selalu meluahkan kekecewaan mereka di atas nasib mereka yang malang. Saya bagaikan seorang kaunselor atau penyelesai masalah mereka.

Tapi sebenarnya walau malang macam mana pun, kita wajib bersyukur sebab kita tidak dijadikan seperti nasib udang yang dijadikan cencaluk itu. Rasa-rasanyalah, kalau disoal terhadap udang cencaluk dan orang malang itu, siapakah lagi malang?

Kita bersyukur sebab kita bukan dijadikan sebagai hidangan makan atau penjamu selera. Kalaulah cencaluk ini dibuat daripada orang dan bukan udang, mungkin orang yang SMS saya itu boleh cakap yang mereka ini memang malang.

Selalunya kita mudah gelabah dan lupa erti kehidupan sebenar. Kita  dilahirkan untuk melaksanakan tugas yang ditanggungjawabkan sebagai hamba. Biarpun kita seorang yang kaya, pemimpin, rupawan, cerdik-pandai… tugas kita yang sebenar adalah mengabdikan kepada Allah SWT.

Setakat inilah yang selalu saya terima keluhan masalah mereka seperti kena buang kerja, orang tidak suka berkawan sama dia, duit sewa rumah tak mampu dibayar, kereta nak di tarik, bisnes tak menjadi, rumah nak kena lelong dan semua ini sebenarnya adalah masalah kecil dan ujian yang sangat kecil. Belum ada lagi keluhan masalah yang mengatakan mereka  malang  kerana nak dijadikan cencaluk.

Jika kita ditimpa kesusahan ini sebenarnya adalah ujian yang diturunkan oleh Allah untuk lihat sama ada kita menghadapi ujian ini dengan cara beriman atau tidak. Ujian yang diturunkan ada dua iaitu ujian yang ringan dan ujian yang berat.

Kalau kita susah pasal tak ada duit sebenarnya adalah ujian yang paling ringan. Termasuklah masalah harta hilang, perniagaan lingkup, tiada kerja… ini ujian yang sangat ringan sebenarnya. Saya ulangi sangat ringan! Jadi janganlah risau kalau tak ada duit. Duit pasti akan datang kepada kita kalau kita beriman dan melakukan amalan yang boleh menarik duit. (Amalan yang dimaksudkan adalah berusaha keras)

Ujian yang paling berat sebenarnya adalah jika kita ditimpa sakit seperti lumpuh, cacat, mempunyai penyakit kronik yang menyebabkan tidak boleh bekerja. Bila dah ditimpa ujian seperti ini, usahkan nak bekerja nak ada duit pun tak boleh. Tapi kalau banyak duit pun seperti duit insurans beratus juta dan dapat dalam keadaan lumpuh seumur hidup lagilah malang berbanding orang yang sihat tapi papakedana tak ada duit. Anda pilih mana, banyak duit tapi lumpuh atau sihat tapi tak ada duit?

Jadi munasabahkan diri, kalau kita susah tak ada duit sebenarnya kita patut berfikir yang duit nak datang lagi banyak tak lama lagi dan kita teruskan berusaha tanpa putus asa dan mengeluh . lagi teruk sebenarnya kalau kita mengadu kepada orang lain di atas kesusahan kita kerana kita sebenarnya menghantar gelombang negative yang menarik unsur kepapaan dan kemiskinan yang lagi teruk.

Satu cara yang patut dilakukan kalau nak mengadu nasib iaitu setiap kali selepas solat dengan berdoa mengadu, merintih dan meminta pertolongan daripada Allah kerana  hanya kekuasaan Allah sahaja yang boleh menjadikan segala apa yang dihajati dicapai.

Selepas ini, jika kita fikir yang kita susah dan malang kita pergi ke Giant atau Carefour dan carilah cencaluk sambil memegang botol tersebut dan merenung pada udang-udang yang disumbat dalam botol. Katakan dalam diri anda sebenarnya udang-udang ini lebih malang dan anda bernasib baik dan bersyukur kerana tidak dijadikan sebagai udang cencaluk.

Sesungguhnya cencaluk sangat sedap kalau dicicah dengan ikan bakar talapiah dan siakap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

reza

February 22, 2010 at 4:05 am

tuan minta tip-tip money magnet yg baru..

    Master Hadzrin

    February 22, 2010 at 4:39 am

    amalkan baca ayat 1000 dinar sebanyak 30 kali selepas solat…kesannya sangat HEBAT !!! sampai satu ketika 10 kg emas jongkong boleh jatuh dari bumbung…zamzam ala kazam!!

Azizeil Hameid

February 22, 2010 at 4:58 am

“La Porpo, Wata Kungsi.. Landing Time..!”.. kata Emas 10KG ketika beliau nak turun dari bumbung rumah encik tersebut yang mengamalkan amalan di atas.

Sori Master, tambah-tambah sikit, he he..

serizawa

February 26, 2010 at 4:54 am

nampak sangat peminat setia doremi hang pa ni…!!