20
Feb

Pemikiran Hebat, Berzikir mesti Saling Melengkapi bhg.3

Ada 17 ayat al-Quran yang menyentuh seruan kepada manusia untuk berfikir, tafakkarun dan yatafakkarun al-Quran menggalakkan kita untuk selalu berfikir kerana dengan berfikir kita akan mencapai apa yang kita tuju dan hajati. Semua yang manusia ciptakan sejak Nabi Adam hingga ke hari ini bahkan sampai kiamat kelak adalah hasil daripada penggunaan fikiran manusia.

Dengan adanya fikiran dan menggunakannya maka seorang manusia itu dishakan hidup. Dengan meminjam ada yang ditemui bapa falsafah sains moden Rene Descartes (1596-1650) dalam Cogito ergo sum atau ‘aku berfikir maka aku wujud, hidup’, kita boleh menggunakannya dalam membentuk masyarakat yang makmur, bukan yang membinasakan.

Descartes adalah seorang ahli matematik yang berupaya membangun falsafah seperti konstruksi matematik. Oleh it, dia memulakannya dengan suatu keraguan dan melanjutkannay dengan metod matematik. Dengan ini, terbentuklah suatu falsafah baru. Dia memulakan dengan langkah seorang skeptic dan keluar daripada keraguan sebagaimana yang dilakukan oleh Ausgustine, (A Kamil ‘Meragukan Kesangsian Descartes’).

Dengan metod pemikiran di ataslah, tamadun Barat secara amnya dibangunkan hari ini. Sayangnya mereka mengetepikan senario zikir sehingga apa yang terjadi sekarang adalah penciptaan permusuhan di kalangan masyarakat dunia yang mana bersama kami adalah teman kami dan siapa yang menentang kami adalah musuh kami.

Masyarakat dunia semamangnya memikirkan kemakmuran manusia tapi tidal berpandukan zikir oleh itu mereka sesat dan menyesatkan. Sebagai contoh, mereka pada tahun 1980-an telah menghamburkan wang sebanyak AS$4,000 billion untuk membangunkan projek pembunuh mereka sendiri yang bernama senjata nuklear sejak Perang Dunia Kedua. Senjata nuklear berkenaan cukup untuk membunuh AS$58 billion orang yakni 12 kali ganda jumlah penduduk dunia waktu itu. Dan pada saat itu, biaya yang dikeluarkan untuk seorang tentera adalah AS$25,000 manakala untuk pendidikan hanya AS$450. Untuk operasi kapal induk Amerika syarikat diperlukan biaya AS$550,000 sehari manakal 14,000 orang mati kebuluran di Afrika. (Laporan dibuat oleh bekas pengawal perlucutan dan pengawasan AS, Ruth Shivard dalam ‘Pengeluaran social dan ketenteraan dunia 1985’) Inilah akibat daripada fikiran manusia yang tidak berlandaskan zikir.

Berzikir dalam ajaran islam lebih baik daripada ibadah seperti dalam hadis tafakur sa’ah khairun min ‘ibadah sanah atau berfikir sejenak adalah lebih baik daropada setahun ibadah. Oleh itu, orang berfikir mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Mereka selalu dimotivasi dalam al-Quran dengan seruan untuk berfikir kerana dengan berfikir maka ilmu pengetahuan diperoleh. Dengan ilmu pengetahuan yang semakin tinggi sebagai hasil daripada proses pemikiran tinggi sebagai hasil daripada proses pemikiran maka ia menjadi penimbang aras tamadun dan budaya yang mencakupi aktiviti berfikir, berperasaan dan berkemahuan. Pada tahap ini, kegiatan berfikir (tafakur), pengajian ( mutala’ah) dan penyelidikan (tadabbur) semakin subur yang ditujukan untuk usaha pemenuhan keperluan material mahupun spiritual.

Dalam memperingatii Maal Hijrah 1429 sudah menjadi kewajipan umat islam untuk selalu berzikir dan berfikir demi mencapai kemakmuran bukan  untuk memporak perandakan bangunan yang sudah kita bina dengan megah dan indah. Kita mesti kembali kedapa ajaran al-Quran yang menggariskan masyarakat ulul albab yang mempunyai sifat zikir dan fikir.

Akhirnya, menerusi zikir dan fikir yang diterapkan dalam masyarakat maka kita akan memperoleh apa yang kita hajati dalam doa dan harapan kita. Allah berfirman maksudnya: “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya: “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan’. (Surah Ali ‘Imran: 195) Wallahu a’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*