19
Feb

Pemikiran Hebat, Berzikir mesti Saling Melengkapi bhg.2

Berzikir dalam pengertian terminology dihadkan kepada ucapan lisan untuk menyebutkan dan mengingati Allah zikr al-lisan. Bagaimanapun, sebenarnya ia lebih luas daripada itu. Ia boleh menjadi zikr al-qalb atau zikir hati dan zikr al-jawaruh atau zikir anggota badan. Pembahagian zikir seperti ini tersirat dalam ayat di atas pada kalimat “ketika mereka berdiri dan duduk dan ketika mereka berbaring mengiring”.

Ketika kita mengucapkan dengan lisan lafaz ‘la ilaha illallah’ maka ia disebut zikr al-lisan. Ketika kita dalam hati menegaskan lafaz itu menjadi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Maka ia disebut zikr al-qalb. Dan akhirnya ketika kita menjelmakan menerusi anggota badan dalam beribadah. Bermu’amalat, bermunakahah, dan perundangan yang hanya ditujukan kepada Allah semata-mata dan tidak dipesongkan kepada tuhan lain, maka ia disebut zikr al-jawarih. Agar kita sempurna maka ketiga-tiga perkara di atas mestilah ada dan diambil kira, maka fadilat zikir bagi individu dan masyarakat yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya akan dinikmati.

Al-Quran menegaskan bahawa dengan ziikir, hati kita akan tenteram dan damai dalam ayatnya bermaksud: “(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’du:28)

Dengan berzikir maka kita sedang menubuhkembangkan keimanan kita. Nabi bersabda maksudnya: “Nyanyian dan permainan hiburan yang melalaikan menubuhkan kemunafikan dalam hati, bagaikan air menumbuhkan rumput. Demi yangjiwaku dalam genggaman-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput.” (Hadis riwayat al-Dailami)

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa berzikir adalah satu proses penyembuhan. Imam al-Baihaqi meriwayatkan maksudnya: ‘Menyebut-nyebut Allah adalah suatu penyembuhan dan menyebut-nyebut mengenai manusia adalah suatu penyakit (penyakit akhlak).’

Bahkan ditegaskan dalam sebuah hadis bahawa perbezaan orang yang hidup dan yang mati adalah zikir. Sabda Junjungan seperti diriwayatkan  Imam al-Bukahri dan Muslim maksudnya:  ‘perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak, sumpama orang hidup dan orang mati.’

Justeru , zikir adalah penyelamat manusia daripada seksa neraka jahanam seperti yang terkandung dalam hadis bermaksud :”Tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya daripada azab Allah selain zikrullah.’ (Hadis riwayat Ahmad)

Jika kita sepintas memerhati ucapan “Tuhanku, semakin Aku berilmu semakin bertambah kejahilanku,’ sudah tentu kita akan terperanjat kerana ia bertentangan dengan doa yang selalu kita perhatikan ucapan berkenaan dengan saksama maka kedua-duanya tidak berbeza dari  segi isinya walaupun bahasanya memang berbeza. Inilah hasil daripada proses berfikir yang di lakukan akal manusia.

Tinggalkan Komen Anda

*