13
Feb

Menjadikan Diri Penting

  • Menjadikan diri penting bukan bermakna merasakan orang lain tidak penting atau anda lebih penting daripada mereka. Berasa diri penting ialah apabila anda dapat merasa anda ada harga diri dan berharga pada diri dan orang lain.
  • Anda seorang yang penting kerana anda mempunyai hak, tanggungjawab dan peranan sebagai seorang yang mempunyai maruah diri. Anda perlu meletakkan status dan posisi anda di tempat yang lebih baik umpama pokok terbiar yang ditanam di dalam pasu bunga.
  • Mencari orang-orang yang boleh mengembangkan dan meningkatkan diri potensi anda. Elakkan diri dari bergaul bersama mereka yang suka berfikiran negatif kerana orang seperti itulah yang merendahkan potensi anda untuk mengembang.
  • Seperti penyakit yang berjangkit, semangat juga boleh berjangkit kepada orang lain yang hampir. Anda harus berusaha mendampingi orang yang boleh memberikan jangkitan semangat dan motivasi yang boleh maju ke hadapan.
  • Jadikan diri anda penting dan berguna kepada diri dan orang lain yang memerlukan potensi anda. Belajar berkongsi kerana hanya memberi yang terbaik, anda akan mendapat yang terbaik.
  • Orang yang berguna kepada orang lain ialah mereka yang bersedia berkongsi kebolehan dirinya dengan orang lain. Orang yang menjadikan dirinya penting akan menjadi pilihan dan dikenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*