08
Feb

Mengenal Potensi Diri

  • Diri manusia itu kecil sahaja dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar. Alam itu ialah potensi diri yang anda miliki.
  • Potensi diri adalah tenaga. Gunakan tenaga itu dengan betul. Sekiranya tidak, anda akan menjadi orang yang lemah dan tidak berkemampuan.
  • Potensi diri umpama biji bnih yang boleh hidup segar sekiranya dibela, disiram dan dibaja. Seterusnya ia akan membesar dan mengeluarkan hasilnya.
  • potensi adalah kuasa dan kehebatan yang tidak dapat dilihat tetapi ada di dalam dan memiliki oleh semua manusia termasuk anda. Anda sebenarnya lebih hebat daripada apa yang anda sangkakan.
  • Potensi yang paling hebat dikurniakan oleh Allah kepada kita ialah potensi otak atau minda. Potensi yang membezakan kita dengan makhluk lain. Gunakannya secara optima.
  • Untuk hidup dan meneruskan kehidupan, kita dibekalkan dengan potensi kekuatan, kelebihan, kelemahan dan kekurangan diri yang tersendiri.
  • Beri tumpuan kepada bagaimana menggunakan dan mengembangkan kelebihan dan keistimewaandiri di samping berusaha memperbaiki atau mengatasi kekurangan.
  • Fikirkan faedah yang boleh dipengaruhi oleh orang lain daripada minat, kemahiran dan kebolehan yang anda miliki. Serlahkan dan pertingkatkan bakat yang ada.
  • Antara potensi yang menjadi fitrah manusia ialah sikap positif terhadap diri, berfikiran terbuka, rajin berusaha, berdisiplin dan berkeyakinan. Peliharalah potensi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Juara Emas

June 30, 2016 at 5:14 pm

PatOtla masa amal TENDAI rasa mcm nk jadi HULK ! :D