16
Feb

Memberi Hutang Boleh Menjadi Wajib

Mengikut sejarah islam, amalan berhutang sudah berlaku seperti kisah Nabi Muhammad SAW berhutang seekor unta yang lebih besar dan lebih baik daripadanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermasud: “Sebaik-baik kamu, ialah orang yang melebihkan hutang dan memperelokkan pembalasan hutangnya (menambah daripada apa yang diambil).”

Kini berhutang sudah menjadi aliran dalam kehidupan masyarakat. Untuk memiliki kenderaan dan apa saja keperluan hidup dengan cepat, maka tidak dapat seseorang itu perlu berhutang.

Tetapi malangnya, ramai pula hanya tahu berhutang, tetapi tidak pula berusaha untuk melangsaikan hutang mengikut perjanjian dibuat. Adakalanya orang yang membuat jaminan terpakasa memikul beban kerana kedegilan orang berhutang.

Islam sebagai agama lengkap dalam segala aspek menggariskan beberapa persoalan mengenai hukum berhutang, ganjaran pemberi hutang serta kaedah membuat bayaran balik sesuatu hutang yang dibuat.

Rasulullah SAW mengingatkan bahawa orang berharta asyik menangguhkan bayaran hutang yang dibuat termasuk dalam perbuatan zalim.

Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya. Mereka berkata : Apa itu wahai Rasulullah SAW? Baginda bersabda: Hutang.”

Hutang dalam bahasa Arab bermaksuing al-Qardhu atau potongan. Dari segi bahasa ia membawa meksud potongan sebahagian harta dan diberi kepada seseorang yang memerlukan.

Hutang dan sedekah mempunyai tautan rapat. Ini dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: “Hutang dari segi pahala, lebih dua pahalanya daripada pahala sedekah”. -(Hadis Hasan)

Dalam kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril pada malam Israk Mikraj, Tergantung di salah sebuah pintu syurga kata-kata bermaksud, “Sedekah bersamaan 10 kali ganda dan huntang bersamaan 18 kali ganda.” Lalu baginda bertanya kepada Jibril: Mengapa demikian? Jawab Jibril: Sedekah diberikan kepada seseorang, semua atau sebahagiannya. Sementara hutang, orang tidak akan meminta berhutang jika tidak kerana sebab yang mendesak.”

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Allah akan menolong hamba-Nya selama hamba itu suka menolong saudaranya.” -(Hadis Riwayat Muslim)

Pun begitu, memberi hutang boleh bertukar menjadi wajib bila ia bertujuan memenuhi keperluan yang begitu mendesak, seperti membantu orang yang sangat memerlukan, menghadapi musibah atau apa jua bencana alam dan golongan manusia  yang termasuk dalam golong kurang upaya.

Ini bersesuaian dengan kehendak Allah dalam firman yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah amat berat seksa-Nya.” -(Surah al-Maidah, ayat 2)

Bagi orang berhutang Rasulullah SAW mengingatkan mereka akan terus terikat dengan pembayaran balik atas segala hutang dibuat. Dia mesti menjelaskan hutangnya ketika hidup. Apa meninggal sewaktu masih menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehinggalah dijelaskan hutang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jiwa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya (Iaitu dia belum dihukum, sama ada kebaikannya atau kejahatannya) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.” -(Hadis Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mampu melangsaikan hutang hinggalah meninggal dunia, maka soal hutang akan menjadi tanggung jawab Baitulmal seperti berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

Allah berfirman yang bermaksud : “Dan juka (orang yang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan mensedekahkan (sebahagian atau semua) itu lebih baik bagimu sekiranya kamu mengetahui.” (Surah al-Bagarah, ayat 280)

Seorang pemberi hutang hendaklah tidak meminta sebrang bayaran lebih banyak daripada hutang asalnya. Pun begitu, Nabi Muhammad SAW menggalakkan jika seseorang yang berhutang itu berusaha untuk membayar lebih daripada yang diperolehinya. Ia juga sebagai tanda bersyukur atas bantuan yang dihulurkan pemberi hutang tadi.

Dalam masalah hutang, sunat memberikan hutang dalam keadaan biasa tetapi jika sampai tempohnya. Jika belum cukup tempoh dijanjikan, maka pemberi hutang tidak boleh memintanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

serizawa

February 18, 2010 at 4:16 am

orang yang patut di beri duit hanya lah kepada kedua orang tua kita sahaja

Azizeil Hameid

February 20, 2010 at 4:18 am

serizawa :
orang yang patut di beri duit hanya lah kepada kedua orang tua kita sahaja

..dan saudara2 kita yg memerlukan (sekiranya kita mampu..).

Jadi, gunakanlah produk2/kursus2 bersesuaian yg boleh didapati
di hadzrin.com ..

untuk menjadikan kita mampu..

    Master Hadzrin

    February 21, 2010 at 4:33 am

    Ya betul, kalau nak beli boleh melalui saudara Azizi …. Bagi link website bro …

Azizeil Hameid

February 22, 2010 at 4:42 am

Salaam Master..

Web/blog “still under construction”..
Sindri client, sindri contractor, sindri labour-force la Master..
(kontraktor Kelas G..he he)

Azizeil Hameid

February 22, 2010 at 4:46 am

Master, cute-kitty & die punye pet-duck kat sebelah kanan tu —->
dapat kat mane.. saye pun nak bela sekor la nanti..

Master Hadzrin

March 12, 2010 at 9:59 am

@Azizeil Hameid

itik kat sebelah tu sebenarnya kucing jugak tapi kena sumpah…kesian makwe dia kena sumpah jadi itik…

klik je widget tu azizi… nanti dia bawak lah pergi ke websitenya.