25
Feb

IMAN DAN AKHALAK TERPUJI PERKUKUH IKATAN HIDUP BERMASYARAKAT

Iman aset terpenting untuk menumbukan kesedaran beragama dan berakhlak dalam realiti kehidupan. Keyakinan kepada Allah mencetuskan keinsafan dalam jiwa seseorang Muslim. Iman menciptakan  kedamaian dan ketenteraan jiwa. Dengan cara itu, Muslim akan lebih mendalam penghayatannya terhadap Islam di samping lebih luhur keperibadiannya yang kemudian berupaya membangun masyarakat harmoni.

Muslim yang mantap imannya dan terpuji akhlaknya pantang berbuat sesuatu yang mengeruhkan keharmonian masyarakatnya. Sedangkan amalan jenayah, rasuah dan sikap punca daripada ketiadaan iman yang mapan.

Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: Dab (Tuhan berfirman lagi):Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan. (surah al-A’raf, ayat 96).

Maksud ayat suci di atas secara umu menegaskan bahawa tegaknya sesebuah peradaban kerana tonggak iman, amal dan akhlaknya bertapak kukuh dalam kehidupannya. Sebaliknya hancurnya sesebuah peradaban kerana masyarakatnya menghadapi krisis iman, amal dan akhlak.

Islam adalah al-Din yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah, maka islam dari awal-awal lagi menganjurkan umat islam agar bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini.

Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya. Sedangkan Islam ialah al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam.

Rasulullah adalah contoh terbaik dan teladan sehingga Berjaya mencipta masyarakat majmuk daripada pelbagai bangsa iaitu Ilam, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin untuk rintahan baginda. Berlainan akidah tidak menyebabkan permusuhan tetapi dengan pemikiran, bekerjasama antara satu sama lain dapan membangunkan Madinah ketika itu.

Islam tidak melarang umatnya daripada mengadakan hubungan diplomasi dengan kaum lain dalam perkara yang membawa kebaikan dan manfaat kepada umat manusia sejagat asalkan mereka bukan daripada orang yang memusuhi Islam. Selain itu, Islam mewajibkan umatnya menonjolkan akhlak terpuji dan terbaik kepada mereka yang berkaum lain supaya dapat serlahkan Islam sebagai agama yang bersifat toleransi di samping dapat membuka pintu hati orang bukan islam mengenai keindahan dan kesejahteraan Islam itu sendiri.

Inilah rahsia sebenar kejayaan generasi Rasulullah dan selepasnya dalam mebentukkan masyarakat majmuk yang bermuafakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*