Archive for February, 2010
| 25 Feb |
IMAN DAN AKHALAK TERPUJI PERKUKUH IKATAN HIDUP BERMASYARAKAT |
Iman aset terpenting untuk menumbukan kesedaran beragama dan berakhlak dalam realiti kehidupan. Keyakinan kepada Allah mencetuskan keinsafan dalam jiwa seseorang Muslim. Iman menciptakan kedamaian dan ketenteraan jiwa. Dengan cara itu, Muslim akan lebih mendalam penghayatannya terhadap Islam di samping lebih luhur keperibadiannya yang kemudian berupaya membangun masyarakat harmoni.
Muslim yang mantap imannya dan terpuji akhlaknya pantang berbuat sesuatu yang mengeruhkan keharmonian masyarakatnya. Sedangkan amalan jenayah, rasuah dan sikap punca daripada ketiadaan iman yang mapan.
Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: Dab (Tuhan berfirman lagi):Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya …
| 21 Feb |
WALAU MALANG ATAU SUSAH SEKALI PUN KITA PATUT BERSYUKUR SEBAB KITA TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI CENCALUK |
Pernah tengok cencaluk atau pernah makan? Tahu cencaluk dibuat daripada apa? Kalau pergi ke kedai macam dekat Giant atau Carefour sekarang ni memang banyak jual cencaluk. Harga sebotol cencaluk antara RM2.50-RM3.50.
Kalau ambil botol cencaluk, tengok dalamnya ada berates-ratus udang kecil yang sudah dibunuh kemudian dikeringkan dan direndamkan masuk dalam botol untuk dijadikan hidangan pengemar cencaluk seperti saya. Itu pun, belum tentu cencaluk tersebut dimakan orang sebab ada antara cencaluk yang dah expired dan terpaksa dibuang sahaja.
Maka udang tersebut mati dibunuh tanpa dimakan tapi dibuang sahaja. Sia-sia sahaja dibunuh…..
Saya selalu …
| 20 Feb |
Pemikiran Hebat, Berzikir mesti Saling Melengkapi bhg.3 |
Ada 17 ayat al-Quran yang menyentuh seruan kepada manusia untuk berfikir, tafakkarun dan yatafakkarun al-Quran menggalakkan kita untuk selalu berfikir kerana dengan berfikir kita akan mencapai apa yang kita tuju dan hajati. Semua yang manusia ciptakan sejak Nabi Adam hingga ke hari ini bahkan sampai kiamat kelak adalah hasil daripada penggunaan fikiran manusia.
Dengan adanya fikiran dan menggunakannya maka seorang manusia itu dishakan hidup. Dengan meminjam ada yang ditemui bapa falsafah sains moden Rene Descartes (1596-1650) dalam Cogito ergo sum atau ‘aku berfikir maka aku wujud, hidup’, kita boleh …
| 19 Feb |
Pemikiran Hebat, Berzikir mesti Saling Melengkapi bhg.2 |
Berzikir dalam pengertian terminology dihadkan kepada ucapan lisan untuk menyebutkan dan mengingati Allah zikr al-lisan. Bagaimanapun, sebenarnya ia lebih luas daripada itu. Ia boleh menjadi zikr al-qalb atau zikir hati dan zikr al-jawaruh atau zikir anggota badan. Pembahagian zikir seperti ini tersirat dalam ayat di atas pada kalimat “ketika mereka berdiri dan duduk dan ketika mereka berbaring mengiring”.
Ketika kita mengucapkan dengan lisan lafaz ‘la ilaha illallah’ maka ia disebut zikr al-lisan. Ketika kita dalam hati menegaskan lafaz itu menjadi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Maka ia disebut zikr al-qalb. Dan …
| 18 Feb |
Pemikiran Hebat, Berzikir mesti Saling Melengkapi bhg.1 |
Di hadapan kita ada dua scenario yang tidak ada scenario ketiganya. Senario pertama berkaitan dengan zikir dan scenario kedua berkaitan dengan fikir dimana zikir tanpa fikir akan sesat dan membinasakan.
Apa yang paling disukai oleh sepasang kekasih ketika mereka sedang memadu kasih sayang sehingga sehingga kehidupan mereka terasa indah dan bermakna? Walaupun banyak jawapan yang mungkin kita dapati, cuba kita pusatkan jawapannya kepada saling mengingati. Seorang kekasih akan gembira dan senang hati jika mereka selalu mengingati dan diingati oleh kekasih mereka di mana dengan ingatan itu mereka …
| 16 Feb |
Memberi Hutang Boleh Menjadi Wajib |
Mengikut sejarah islam, amalan berhutang sudah berlaku seperti kisah Nabi Muhammad SAW berhutang seek
or unta yang lebih besar dan lebih baik daripadanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermasud: “Sebaik-baik kamu, ialah orang yang melebihkan hutang dan memperelokkan pembalasan hutangnya (menambah daripada apa yang diambil).”
Kini berhutang sudah menjadi aliran dalam kehidupan masyarakat. Untuk memiliki kenderaan dan apa saja keperluan hidup dengan cepat, maka tidak dapat seseorang itu perlu berhutang.
Tetapi malangnya, ramai pula hanya tahu berhutang, tetapi tidak pula berusaha untuk melangsaikan hutang mengikut perjanjian dibuat. Adakalanya orang yang membuat jaminan terpakasa memikul beban kerana …
| 14 Feb |
Keistimewaan Air Kosong |
Kajian para saintis mendapato amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunya banyak manfaat. Japanese Medical Society berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan, jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
- Minum 4 gelas air (160ml) sebaik …
| 14 Feb |
INGIN JADI MASTER TENDAI / GURU TENDAI ??? |

Belajar Ilmu Tendai selain dapat menolong orang lain, dapat menolong diri sendiri dan keluarga.
Berminat untuk meneroka ilmu Tenaga Dalam Illahi ini, hantar Email nama & alamat penuh ke innerselfpower@gmail.com.
Risalah tentang kehebatan dan kebaikan ilmu Tendai akan dikirimkan kepada anda secara percuma. Terhad jadi ambiklah peuang ini…
Ilmu tendai bagus untuk menaikkan semangat, keyakinan diri, membangkitkan potensi diri, meningkatkan aura diri, meningkatkan kekuatan spiritual , merawat diri dan orang lain, membersihkan unsur-unsur negatif dan pelbagai hajat melalui niat
Tidak melanggar hukum syarak atau undang-undang negara dan ia berunsur keilmuan bersih.
| 13 Feb |
Menjadikan Diri Penting |
Menjadikan diri penting bukan bermakna merasakan orang lain tidak penting atau anda lebih penting daripada mereka. Berasa diri penting ialah apabila anda dapat merasa anda ada harga diri dan berharga pada diri dan orang lain.- Anda seorang yang penting kerana anda mempunyai hak, tanggungjawab dan peranan sebagai seorang yang mempunyai maruah diri. Anda perlu meletakkan status dan posisi anda di tempat yang lebih baik umpama pokok terbiar yang ditanam di dalam pasu bunga.
- Mencari orang-orang yang boleh mengembangkan dan meningkatkan diri potensi anda. Elakkan diri dari bergaul bersama mereka yang suka berfikiran …
| 08 Feb |
Mengenal Potensi Diri |

- Diri manusia itu kecil sahaja dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar. Alam itu ialah potensi diri yang anda miliki.
- Potensi diri adalah tenaga. Gunakan tenaga itu dengan betul. Sekiranya tidak, anda akan menjadi orang yang lemah dan tidak berkemampuan.
- Potensi diri umpama biji bnih yang boleh hidup segar sekiranya dibela, disiram dan dibaja. Seterusnya ia akan membesar dan mengeluarkan hasilnya.
- potensi adalah kuasa dan kehebatan yang tidak dapat dilihat tetapi ada di dalam dan memiliki oleh semua manusia termasuk anda. Anda sebenarnya lebih hebat daripada apa yang anda …
| 07 Feb |
Empat Potensi Manusia Yang Selalu Diabaikan |
Ada orang bijak pernah berkata “You are actually bigger, higher and greater than what you think” anda sebenarnya lebih besar, lebih hebat, lebih luar biasa dari apa yang anda fikirkan. Anda percaya ungkapan tersebut? Percaya atau tidak manusia memang merupakan makhluk sekaligus ciptaan Tuhan yang amat sempurna. Kita dikurniakan banyak potensi, keunggulan dan kelebihan yang telah Built-in diberikan Tuhan tersebut menjadi sia-sia dan akhirnya –seperti besi yang tidak pernah diasah—menjadi karat dan keropos. Oleh itu mari kita teguhkan potensi yang ada pada diri. Persoalannya sekarang potensi apakah itu? Benarkah ia begitu luar biasa? Ada 4 potensi utama …
| 04 Feb |
Jangan Kecewa Jika Gagal, Jangan Putus Asa Apabila Kalah |
Apabila kita mengalami kekecewaan, atau kita gagal dalam sesuatu usaha, sememangnya sukar untuk kita bangun dan berjuang semula. Apa yang anda boleh lakukan dalam keadaan sedemikian? Bagaimanakah anda menangani perasaan anda itu? Malah, bagaimana anda memanfaatkan kekalahan anda itu? Satu perkara yang kita harus yakini ialah kegagalan dan kekecewaan merupakan satu rukun penting dalam proses perkembangan diri anda.
Manusia yang tidak pernah gagal tidak akan mencapai kejayaan. Kita boleh menganggap bahawa kesilapan dan kegagalan kita sebagai satu papan tanda dalam kehidupan yang mengingatkan kita “jalan ini salah!”. …
| 03 Feb |
Menjadi Hamba Duit |
Sumber pendapatan yang semakin berkurangan ataupun yang sudah habis menyebabkan anda terpaksa bekerja apa sahaja bagi memastikan perut anda diisi dengan makanan.
Apabila bisnes anda sudah lingkup dan simpanan anda sudah kontang, abnda terpaksa kembali hidup makan gaji. Pelbagai contoh usahawan yang anda tengok terutama ketika krisi ekonomi. Berapa ramai usahawan terpaksa kembali semula ke penjara maya.
Malang sekali, selepas bekerja siang malam supaya menjadi kaya, anda terpaksa kembali semula menjadi pekerja. Tiada guna anda bercita-cita menjadi ahli bisnes yang kaya, apabila pada penghujung kejayaan, anda terpaksa kembali semula bekerja kepada duit.
Sepasang suami …
| 01 Feb |
ATASI KESUSAHAN , KESEMPITAN DENGAN BANYAK BERISTIGHFAR |
Rasulullah SAW bersab
da yang bermaksud : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadi baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sum
ber yang tidak disangka-sangka.” ( Hadis Riwayat Abu Daud)
Islam menggalakkan kita memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah SAW sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda adalah Rasul yang maksum …






