05
Jan

STRATEGI KE ARAH SIMPANAN 1 JUTA (sambungan…)

Saya tak boleh pentingkan diri saya , dan lebih berkat jika ilmu ini saya kongsi dengan sesiapa sahaja yang mempunyai impian seperti saya juga dan mempunyai hasrat untuk mempunyai simpanan lebih RM 1 juta dalam akaun simpanannya.

Orang paling kaya di dunia bermodalkan RM 100 ribu pada 50 tahun yang lalu dengan membuat simpanan. Hari ini simpanannya sudah berpuluh billion dan orang itu namanya Warren Buffet. Dia bukan lagi jutawan tapi Billionaire yang maksudnya pendapatan sehari lebih dari 4 juta.

Nak Berjaya resipinya senang aje iaitu tiru aje apa yang orang Berjaya buat. Bagaimana anda boleh buat simpanan dan berapa banyak yang anda perlu simpan untuk menjadi seorang Jutawan ?

Syaratnya macama saya cakap tadi, jika anda sanggup, sabar, setia anda boleh jadi jutawan juga. Berapa anda perlu menyimpan ? sanggupkah anda menyimpan sehari sebanyak RM 66 dan anda amalkan selama 6 tahun ? dan sabar tunggu sehingga duit simpanan anda berkembang menjadi RM 1.1 juta selepas 17 tahun. Mudah strateginya tapi tak semua orang sanggup dan sabar bukan ?

Nak Berjaya atau hidup senang di masa akan datang perlukan banyak komitmen dan pengorbanan. Hanya perlu menyimpan RM 66 sehari adalah cara paling mudah dan semua orang boleh lakukan. Atau orang yang tak belajar pun boleh buat.

Tapi persoalannya, mana nak dapat RM66 sehari untuk buat simpanan ? sedangkan gaji sehari Cuma dapat RM 15. Kalau dapat gaji RM 100 sehari pun itu kira dah sesak kalau nak buat strategi ini.

Pastinya ramai yang keliru. Bila sebut strategi, bukan ada satu aje tapi boleh dipecahkan banyak lagi. Semuanya datang dari idea. Manusia hanya gunakan 3% fikirannya sebaliknya yang 97% lagi di biarkan tak guna.

Ada dua strategi yang anda boleh lakukan untuk membolehkan anda membuat simpanan kea rah 1 juta di waktu anda masih lagi bekerja makan gaji. Yang pertama, anda berusaha sehingga dinaikkan gaji dan yang kedua anda menambahkan lagi sumber pendapatan anda.

MINTA DINAIKKAN GAJI

Dalam strategi ini bukan saya maksudkan anda pergi meminta bos anda atau merayu bos anda untuk menaikkan gaji anda. bukan maksudnya anda tukar-tukar kerja untuk

Apa yang anda perlu buat ialah menambahkan nilai pada diri anda. maksud tambah nilai bukan anda perlu pergi sambung belajar kemudian anda boleh minta naik gaji daripada kelayakan akademik. Tanpa kelayakan akademik juga boleh mendapat tempat dalam syarikat.

Hari ini, nadi utama sesebuah syarikat ialah pendapatan. Jika tiada pendapatan, tiadalah pekerja yang boleh dibayar gaji. Hari ini, orang yang mendapat bayaran yang tinggi ialah orang yang membawa untung kepada syarikat. Sebab itu, gaji CEO adalah yang paling mahal sebab dia membawa masuk keuntungan kepada syarikat dengan banyak membawa masuk deal dengan pelanggan.

Saya kerja sebagai kerani aje…takkan buat kerja jualan syarikat? Tak kira apa jawatan anda tapi anda tetap boleh menolong syarikat anda mendapat keuntungan. Contohnya di satu kedai jualan kereta proton, ada seorang pekerja sebagai pencuci kereta di kedai kereta itu. Walaupun dia tahu cuci kereta tapi dalam masa yang sama dia tambah nilai diri dia dengan belajar cara menguruskan pendaftaran kereta di Jabatan Perkhidmatan Jalanraya (JPJ), belajar menguruskan pinjaman kereta, belajar menceritakan spesifikasi kereta kepada pelnggan dan belajar cara untuk membuat susulan dengan pelanggan.

Budak cuci kereta ini bukan sahaja kerja dia mencuci tetapi dalam sebulan, jualan kereta di syarikat itu antara yang menyumbangkan jualan ialah dari budak pencuci kereta. Kalau saya ada pencuci kereta yang begini pun saya suka kerana membawa masuk pendapatan ke dalam syarikat. Pastinya pendapatan dia bertambah.

Satu lagi contoh seorang kerani yang bekerja di syarikat membuat akaun. Walaupun seorang kerani yang hanya berkelulusan SPM, jadi kerjanya hanya menaip surat. Selain dari dia menaip surat, dia membira kira-kira untuk akaun pelanggan. Dia tahu, jika dia nak bantu dirinya, dia bantu syarikatnya dulu. Sebab jika syarikat dia tak buat duit, dia pasti tak dinaikkan gaji atau mungkin dia akan diberhentikan.

Apa yang dia buat, dia fikirkan bagaimana dia boleh bantu untuk menaikkan syarikatnya dan dia tambahkan lagi nilai diri dia dengan membuat risalah tentang syarikatnya dan memberitahu tentang perkhidmatan syarikatnya. Setiap hari semasa dia pergi kerja, dia akan mengedarkan risalah tersebut. Dia buat tidak mengharapkan apa-apa dan ikhlas.

Syarikat kerani tersebut mendapat pelanggan yang putus-putus dan pengurus syarikat itu merasa hairan, dengan peningkatan syarikatnya secara tiba-tiba. Bila di selidik, dia dapat tahu, salah seorang keraninya membantu memperkenalkan syarikatnya setelah bertanya dengan beberapa orang pelanggan. Pelanggan-pelanggan itu memberitahu dia mendapat risalah tentang syarikat ini daripada kerani itu.

Syarikat tersebut berkembang dengan mendapat banyak pelanggan dan memerlukan pekerja lagi. Kerani tadi dinaikkan pangkat sebagai ketua kerani atas kerja yang dilakukan iaitu membantu syarikat membuat duit. Tentu sekali gaji nya pun naik berganda.

……………..bersambung di post akan datang

Tinggalkan Komen Anda