10
Jan

Tabung Jutawan

Semua strategi yang saya cerita dalam post ini ada yang perlukan modal dan ada yang hanya daripada idea tanpa modal. Anda boleh pilih yang mana sesuai dengan anda dan berapa cepat anda nak dapat simpanan RM 1 juta.

Jadual disebelah menunjuk kan pengiraan berapa banyak simpanan yang diperolehi apabila sudah sampai masanya. Kalau anda lihat, setiap bulan jika anda menyimpan RM2,000 selama 6 tahun, dalam ASB anda sudah capai maksima iaitu RM 200,000.

Biarkan Simpanan anda di ASB dan tunggu sehingga tahun yang ke 23, ia sudah mencapai angka RM 1 juta. Pada umur anda 55 tahun, anda sudah boleh bersara dengan tabung sebanyak RM 1.2 juta dan menjana pendapatan tahunan sebanyak RM120,000 iaitu RM 10,000 sebulan.

Hari ini ramai yang ingin duit segera dan tidak pernah terfikir apabila tiba hari persaraan , dia tidak perlu bekerja lagi. Memang benar cara ini lambat untuk menjadi Jutawan. Tapi apa yang saya nak tunjuk kepada anda ialah sekurang-kurangnya dalam hidup anda, pernah juga merasa menjadi Jutawan.

Baiklah, kalau cara ini lambat, sebenarnya saya ingin bawa anda untuk pergi lebih jauh. Bukan sekadar umur dah tua baru jadi jutawan sebaliknya pada umur sekarang juga anda boleh jadi jutawan walaupun anda masih bekerja.

Walau apapun, strategi yang asasnya tadi anda mesti lakukan juga. Sebab, kita tak nak semasa muda kita jutawan tapi semasa tua papa kedana. Daripada strategi yang saya akan kongsi dengan anda ini, pasti kan anda mempunyai duit tepi sebanyak RM 66 untuk disimpankan setiap hari. Ini anggap macam duit buang sahaja.

Tinggalkan Komen Anda

*