Archive for January, 2010

31
Jan

Senaman Melayu Bangkitkan Potensi Diri

Kesedaran dan keinginan untuk hidup sihat menyebabkan teknik senaman dari benu India dan China seperti yoga dan tai chi, popular di seluruh dunia.

Masyarakat Barat sedar bahawa untuk menentukan keseimbangan sistem tubuh manusia, amalan pemakanan dan gaya hidup sihat tidak mencukupi jika senaman diabaikan.

Walaupun tidak kurang dengan teknik senaman seperti pilates, masyarakat barat sentiasa mahu menerokai sesuatu yang baru beralih ke timur untuk menerokai khazanah warisan Asia seperti yoga dan tai chi.

Perkembangan sama menular di Malaysia apabila pemodenan dan peningkatan tahap pengetahuan mengenai kesihatan menyebabkan wujud keinginan untuk mencari teknik senaman sesuai.

Pembukaan …

Read More

30
Jan

Tambah Amal Bila Dipuji Adalah Syirik Paling Ditakuti

Salah satu penyakit batin atau jiwa yang paling parah kepada seseorang Muslim ialah riak. Macam kawan saya nama Che Wan tu…sekarang dah insaf rasanya. Hal ini berasaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya apa yang paling aku takuti menimpa umatku ialah riak dan keinginan nafsu yang tersembunyi di mana ia lebih tersembunyi daripada seekor semut yang hitam pekat pada malam yang gelita.” ( Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Hakin)

Memang susah untuk mengawal diri daripada penyakit ii kerana ia tersembunyi dan susah nak kesan. Jadi, ulama Islam …

Read More

28
Jan

Sumber Aktif Terjejas

Nikmat yang dirasai selama ini sudah mulai berkurangan akibat sumber pendapatan yang terjejas. Bisnes anda sudah tidak sebaik dahulu, kerana produk yang dijual itu sudah terdapat banyak pesaing di pasaran. Jualan menurun, sedangkan kos operasi semakin meningkat. Anda terpaksa membayar gaji dan membiayai setiap kenaikan gaji pada setiap tahun. Kos pangangkutan meningkat akibat harga petrol naik. Ini membuatkan kos semakin meningkatkan jualan ataupin menawarkan produk baru ke pasaran, bisnes anda itu sudah tidak mampu meningkatkan jualan ataupun menawarkan produk baru ke pasaran, bisnes anda jatuh menjunam. Anda panic dan tertekan apabila …

Read More

27
Jan

Apabila Bom Jangka Meletup

Tiada individu yang mengharapkan sebarang musibah menimpa dirinya. Tetapi sebagai makhluk ciptaan Tuhan anda tidak mampu menghalangnya daripada berlaku. Merancang dengan betul mengelakkan anda daripada menerima kesan teruk daripada letupannya. Sudah pastinya anda mengelakkan ia daripada berlaku. Tetapi apabila ia berlaku, anda hanya ada satu pilihan iaitu menghadapinya.

Gaji yang lumayan sepanjang 10 tahun lepas tidak member jaminan ia kekal sehingga pencen. Bisnes yang menguntungkan sepanjang 10 tahun lepas tidak menjaminkan ia terus membuat untung bagi 10 tahun.

Susah menjangka apa yang terjadi pada esok hari, tetapi semua orang dapat member jawapan tepat …

Read More

25
Jan

FORMULA KEKAYAAN (4 PAKSI KEKAYAAN ATAU TIANG KEKAYAAN)

Kebebasan Kewangan = Jana Wang + Urus Hutang + Menyimpan + Pelaburan Bijak

Kalau nak capai kebebasan kewangan atau nak jadi kaya, lakukan langkah berikut :

Yakin pada diri sendiri bahawa anda boleh capai kebebasan kewangan dan mulai sekarang tanamkan komitmen dalam diri untuk capaikannya. Genggam dengan erat jika anda benar-benar mahukannya. Anda mesti yakin  sebab tak ada sesiapa yang boleh meyakinkan anda  anda melainkan diri sendiri. Kemudian panduan Tuhan, Kuasa Minda dan Restu orang tua akan membantu seterusnya. Ubah pemikiran yang mengatakan anda mesti bekerja sampai miskin. …

Read More

22
Jan

Untuk Menjadi Kaya atau Jutawan, Sifat Suka Menjual Mesti Ada Dalam Diri.

Salam, agak lama tak update post ni ( ada la dalam dua hari) masa sekarang silih berganti dengan rakusnya…. Baru semalam cakap sekajap je dah malam. Malam ni cakap lagi benda yang sama.

Kalau jumpa dekat 10 orang tanya suka jual barang…mungkin seorang yang kata YA. Sebenarnya, jalan pantas untuk menjadi Kaya ialah kena menjual. Ni pun idea saya ceduk dari pengarang buku Rich dad Poor Dad, Robert Kiyosaki.

Buku beliau bukan lah dikategori Best Author tetapi Best Seller. Biar penulisan teruk tapi best seller punya hal, jualanbuku dia melebihi berjuta …

Read More

20
Jan

Umat Islam dituntut Sabar hadapi ujian kesusahan hidup

HIDUP di dunia penuh cubaan. Itulah antara tujuan manusia diturunkan ke dunia untuk diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Setiap apa yang dilakukan mendapat pembalasan setimpal, termasuk dalam soal bersabar menghadapi cabaran hidup.

sememangnya tidak semua yang kita ingin diperoleh dengan mudah. Seperti kata pepatah yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek. Jika tidak dipecahkan ruyong, masakan dapat sagunya. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu bersenang-senang kemudian.

Pepatah itu mengajar kita supaya bersabar dan tekun melakukan sesuatu usaha. Kita tidak sepatutnya mengharapkan kejayaan dengan mudah …

Read More

19
Jan

Hikayat Hartawan yang Muflis

Duit bakar burningmoney

Jutawan yang menyandarkan hidup yang mewah di atas sebuah bisnes yang maju pada hari ini, tidak mampu hidup merdeka esok hari. Ia ibarat membina istana batu di atas air. Tiada bisnes yang tidak dapat gulung tikar. Lihat bank yang terbesar dan tertua di England, Baring Bank, akhirnya lingkup. Tengok syarikat automobil yang hampir lingkup seperti Nissan. Ia bernasib baik apabila berjaya diselamatkan pakar yang dipinjamkan dari luar negara. Jutawan Thailand bernama Sirivat Voravetvuthikun semasa krisis ekonomi, bisnesnya lingkup. Segala yang …

Read More

17
Jan

Strategi Mengumpul Kekayaan Ke Tahap Jutawan. Menjadikan Emas sebagai Aset dan Bisnes.

Ramai tak sedar emas adalah makhluk Tuhan juga dan satu makhluk yang Allah naikkan nilai nya kerana dari satu cerita. Pada ketika Nabi Adam dan Hawa diusir keluar dari Syurga, semua makhluk di syurga berasa sangat sedih kecuali Emas.

Allah bertanyakan kepada emas, mengapa ia tak sedih….Emas menjawab “Buat apa aku nak sedih, sedangkan Adam dan Hawa sudah melanggar perintah Allah dengan memakan buah larangan.” Jawab Emas.

Mulai waktu itu, Allah menjadikan emas satu barang yang dipandang tinggi oleh …

Read More

14
Jan

Strategy (3) DUIT PASANGANKU TABUNG RM 1 JUTA KU.

Dalam banyak-banyak strategi, ini yang paling senang nak jadi jutawan tapi tak semua orang berpeluang dapatkannya. Iaitu Kahwin dengan Jutawan.

Contohnya kawan saya seorang ni dari lahir memang dah jutawan. tu yang nama dia Maelionaire. Untung bini dia. Pinjam nama kejap mael.

Strategi gini bukan sekadar bergantung pada nasib tapi atas usaha sendiri juga. Kalau dah nekad memang nak kawin dengan orang kaya ( baik lelaki atau perumpuan) planing mesti ada. Ibarat kalau nak makan ayam, mana boleh ayam tu masuk sendiri dalam kuali dia masak sendiri diri dia kemudian dia datang masuk …

Read More

12
Jan

STRATEGI ( 2 ) : GUNAKAN DUIT OT ( OVERTIME) UNTUK TABUNG JUTAWAN

Heyy!!! Selalunya buat OT sebab nak tampung kos yang tak boleh di bayar dengan duit gaji semata-mata. Macam mana nak buat OT kalau tempat kerja memang tak ada OT.

Saya tak saran kan cara ini yang terbaik atau anda mesti lakukan cara ini. Seperti yang saya cakap, ada banyak lagi cara untuk dapatkan duit tepi atau duit tambahan supaya kita boleh membuat simpanan dalam tabung jutawan kita.

Jika anda gunakan cara ini sebagai strategi anda untuk jadi jutawan, semua duit OT anda jangan usik selama 10 tahun tempoh anda bekerja dan anda akan lihat …

Read More

11
Jan

STRATEGI ( 1 ) : BERSARA DENGAN EPF RM 1 JUTA

STRATEGI ( 1 ) : BERSARA DENGAN EPF RM 1 JUTA

STRATEGI ( 1 ) : BERSARA DENGAN EPF RM 1 JUTA

Cara ini memang semua orang tahu. Kalau kerja gaji besar memang pasti duit EPF dia ada RM 1 Juta. Nak tahu orang itu ada duit EPF dia RM 1 juta ialah jika dia bekerja selama 30 tahun dan gaji bulanannya adalah lebih dari RM 5,000.

Cara jadi jutawan begini hanya orang yang gaji besar boleh dapat. Mungkin anda juga tergolong dalam kategori penerima …

Read More

10
Jan

Tabung Jutawan

Semua strategi yang saya cerita dalam post ini ada yang perlukan modal dan ada yang hanya daripada idea tanpa modal. Anda boleh pilih yang mana sesuai dengan anda dan berapa cepat anda nak dapat simpanan RM 1 juta.

Jadual disebelah menunjuk kan pengiraan berapa banyak simpanan yang diperolehi apabila sudah sampai masanya. Kalau anda lihat, setiap bulan jika anda menyimpan RM2,000 selama 6 tahun, dalam ASB anda sudah capai maksima iaitu RM 200,000.

Biarkan Simpanan anda di ASB dan tunggu sehingga tahun yang ke …

Read More

06
Jan

Strategi Jadi Jutawan ( sambungan…)

Hari ini ramai yang bekerja hanya memikirkan gaji sendiri dan tidak memikirkan bagaimana nilai dirinya boleh membantu menaikkan syarikat atau tempat dia bekerja. Tak ramai yang mempunyai fikiran dengan membantu menaikkan syarikatnya, secara tidak langsung  gajinya akan naik atau dinaikkan pangkat.

Ada juga yang cakap dia sudah berusaha menaikkan syarikat tapi yang naik pangkat orang lain. Dia tetap macam tu. Contohnya seperti adik saya sendiri, kerja sebagai pembantu arkitek di salah sebuah firma arkitek di ibu kota. Design dan rekabentuk dalaman yang pelanggan minta kebanyakan dari ciptaannya tetapi yang dapat nama …

Read More

05
Jan

STRATEGI KE ARAH SIMPANAN 1 JUTA (sambungan…)

Saya tak boleh pentingkan diri saya , dan lebih berkat jika ilmu ini saya kongsi dengan sesiapa sahaja yang mempunyai impian seperti saya juga dan mempunyai hasrat untuk mempunyai simpanan lebih RM 1 juta dalam akaun simpanannya.

Orang paling kaya di dunia bermodalkan RM 100 ribu pada 50 tahun yang lalu dengan membuat simpanan. Hari ini simpanannya sudah berpuluh billion dan orang itu namanya Warren Buffet. Dia bukan lagi jutawan tapi Billionaire yang maksudnya pendapatan sehari lebih dari 4 juta.

Nak Berjaya resipinya senang aje iaitu tiru …

Read More