21
Dec

Rahsia Solat Istikharah – Membantu Dalam Membuat Keputusan Tepat

Dalam hidup saya , bab kena tipu memang terlalu banyak baik dari sekolah tadika sampai lah sekarang dah masuk umur 30-an ni. Orang cakap kalau hidup ni tak kena tipu bukan hidup namanya.

Kalau kena tipu melibatkan duit dua tiga puluh tak apa tapi yang buat sakit hati bila kena tipu sampai berpuluh-puluh ribu. Waktu itulah mulanya kejatuhan baik dari segi semangat, bisnes dan perhubungan dengan kawan-kawan.

Rupa-rupanya bila dalam keadaan mengikut kehendak nafsu dan bukan berlandaskan kebaikan atau minta petunjuk, memanglah kesannya jadi musibah. Bila ikut nafsu, habis semua duit simpanan sanggup diperhabiskan dan dengan harapan waktu itu fikir, duit akan datang balik.

Rupa-rupanya silap besar dan nilai pengajaran yang sungguh mahal terpaksa dibayar sehingga puluhan ribu ringgit. Astagafirullah… Satu penyesalan yang diharap tidak akan berulang lagi. Saat itulah saya belajar dalam membuat segala keputusan.

Rahsia Solat Sunat Istikharah menjadi panduan dan dapat elakkan dari kena tipu oleh makhluk Allah yang lain. Tak kira dalam membeli barang, join program, join bisnes atau nak pergi mana-mana jika tidak mendapat restu kedua ibu bapa serta minta petunjuk dari Allah, lupakan lah tentang perkara itu.

Ada kawan saya memang saya respect. Jumpa Bomoh nak buat Bisnes…(Jgn marah Zal…Si Saiful habaq aku dulu hehehe).

Cara Melakukan Solat Sunat Isthikharah ialah sebaik-baiknya lakukan selepas jam 12 malam selama 3 hari berturut-turut dan mohon pada Allah apa yang mengganggu diri dalam membuat keputusan.

Anda akan mendapat jawapan atau tanda-tanda alamat melalui mimpi atau gerak rasa. Jika anda rasa tidak sedap hati, maknanya jika anda teruskan juga untuk melakukan nya, ia akan jadi musibah. Jika anda rasa tenteram dan tenang, maka anda dah tahu jawapannya. Anda teruskan.

Insya Allah, bukan sahaja anda buat keputusan tepat, anda sudah membina kekayaan yang dasyat di akhirat kerana ini merupakan satu amalan sunat yang buatkan amalan kebaikan anda menjadi berat.

Pernah suatu ketika seorang Sahabat Rasulullah bertanya kepada Baginda, bagaimana dia boleh bersama-sama dengan Rasulullah di taman syurga. Rasulullah menjawab banyakkanlah amalan sunat.

Anda mungkin belum pernah kena tipu sampai berpuluh ribu ringgit. Percayalah, ianya memang menyakitkan dan rasa terlalu senang diperdaya . Tapi sebenarnya orang yang kaya raya duit berjuta-juta lagi banyak kena tipu.

Saya pernah jumpa sendiri seorang Datuk yang kena tipu bulat-bulat oleh sekumpulan orang menyamar menjadi doktor yang katanya nak bina hospital sebanyak RM 6 juta. Dan yang terkezutnya, Datuk itu tak kisahpun duitnya kena kebas oleh kumpulan itu. Padahal Datuk tu jumpa balik kumpulan yang menyamar jadi doktor tu.

Pada pandangan Datuk tu, mereka juga mempunyai anak isteri nak disara. mungkin duit sebanyak RM6 juta itu buat sara mereka. Wallahualam. Tapi dapat tahu dari sumber yang dipercayai, kumpulan itu sekarang dalam keadaan ekonomi yang tenat. Padahal dah kebas RM 6 juta pun boleh tenat.

Kuasa Allah. Betul kata guru saya, jika kita ambik hak orang, Allah akan tarik 10 kali ganda hak kita untuk diberi kepada orang lain. Jadi jika orang seperti kita kalau kena tipu sampai RM 6juta entahlah apa akan berlaku. Datuk tu boleh relax lagi mungkin dalam akaun dia ada RM100 juta. Atau mungkin dia ada sepuluh sen. Wallahualam.

Tapi sikap dan sifat dia mamang saya respect, sentiasa sabar dan tenang. Hari ini Datuk tu makin bertambah maju syarikat pembinaannya. Saya dulu merupakan pengurus akaun amanah beliau. Dah agak lama tak jumpa Datuk tu. Terima kasih Datuk belanja saya makan Durian Gred A dulu masa raya.

Sesungguhnya kita semua makhluk Allah yang sangat lemah dan tidak ada kekuatam atau kuasa untuk mengetahui apa yang akan berlaku selepas hari ini.

Tinggalkan Komen Anda

*

nizamghazi

January 5, 2013 at 11:50 am

Salam hadzrin,
Sebuah perkongsian pengalaman hidup yang menarik.
Semoga saya dan lain-lain dapat mengambil iktibar.
Seumur hidup, seolah-olah saya belum pernah melakukan Solat Istikharah.
Mungkin inilah masanya.

Thanks!

:)

Huraizah

May 29, 2014 at 7:30 am

Benar. Tarikan material sering menjadi benteng utama yang menghalang kita berfikir secara betul. Istikharah jalan yang terbaik. Mungkin jawapannya nampak sukar, tetapi itulah caranya untuk dapatkan YES dari Pencipta.