14
Dec

Ilmu Tenaga Dalam Quantum Kekayaan Dan Kerezekian

Dah agak lama tak update blog ini kerana sibuk dengan persiapan membuka peluang baru kepada bakal-bakal Ahli Usahawan HomeBiz yang digabungkan dengan Peluang Metafizik. Sesungguhnya dunia metafizik sungguh Luas dan ianya Pasti bagi sesiapa mempunyai hak ke atas ilmu itu.

Dunia ini dicipta mempunyai frekuensi dan gelombang yang berbeza. Sebagai contoh frekuensi untuk remote control air cond tidak sama dengan remote control TV.

Frekuensi dan gelombang radio tidak sama dengan frekuensi telefon. Jika semua frekuensi sama, maka tidak ada security dalam kehidupan. Atau dunia sudah ada Remote Control Universal seperti yang dalam cerita Click lakonan Adam Sandler.

Apa yang boleh dibuat dengan kita tentang frekuensi dalam ilmu metafizik atau ilmu yang cuba nak dikongsi dalam post kali ini Quantum ( Loncatan ).

Seperti yang ditulis tadi, setiap benda dalam dunia ni mempunyai frekuensi. Dalam Ilmu Quantum Kekayaan, kebiasaannya objek yang menjadi sasaran adalah DUIT. Duit juga mempunyai gelombang atau frekuensi tersendiri kerana duit juga adalah objek dunia.

Untuk mengaplikasikan ilmu Quantum Kekayaan , pengamal ilmu Quantum akan menyelaraskan dirinya dengan menyamai getaran Duit.

Apabila ini berlaku, fitrah hukum alam dan hukum duit akan tertarik ke arah gelombang yang sama. Bagaimana nak dijelaskan dengan bahasa logik ?

Dunia ini terhasil daripada benda yang tidak logik. Maksud benda yang tidak logik ialah benda yang tidak nampak. Contoh nya buah dari pokok manisnya terhasil daripada kandungan baja yang bagus. Baja tidak dapat dilihat kerana ia ditanam dalam tanah.

Contoh lain ialah Televisyen boleh memainkan filem bila kita buka suis TV dan dari mana datangnya kuasa TV itu kalau tidak dari Karen Elektrik. Karen tidak nampak. Kalau nampak memang tak ada siapa nak duduk rumah tu.

Bagaimana nak menyelaraskan Energy gelombang Duit atau Gelombang Kekayaan ? Belajar tanpa guru bermakna belajar dengan Syaitan. Cariklah Guru yang tahu akan Quantum Kekayaan untuk mengajar anda. Ada Guru yang meletakkan harga sehingga RM puluhan ribu dan ramai juga yang sanggup ambik kerana mereka tahu, walaupun puluhan ribu wang mereka perhabiskan tetapi kesannya sangat hebat dan memberi pulangan kepada mereka bukan ratusan ribu lagi malah berjuta-juta duit dapat dihasilkan setelah amalkan panduan Quantum Kekayaan ini.

Sebenarnya apa yang terhasil di luar adalah dari dalaman kita sendiri. Jika di luar kita susah maksudnya dalam diri kita pun tengah susah. Ilmu Quantum Kekayaan ini membuka Cakra Dalaman Diri yang terdiri dari 7 jenis Cakra dan berfungsi memutarkan roda energy untuk mengeluarkan gelombang yang dapat menyelaraskan apa jua yang kita impikan.

Mungkin ada yang cakap ini semua mengarut. Saya ucapkan syabas kerana orang yang menyatakan ini semua mengarut bermakna orang ini tidak ada hak dalam ilmu metafizik ini. Peluang terbuka seluas-luasnya kepada mereka yang mencari jalan penyelesaian hidup melalui kaedah metafizik. Kerana ini semua ilmu Allah. Jadi tidak ada kuasa yang lebih hebat sekali selain dari Kuasa Allah. Buat apa kita nak gunakan atau minta dari yang selain Allah.

Ilmu Quantum Tahap Tertinggi dan Ilmu Guru-Guru Dunia Metafizik dan Keilmuan Sufi dipanggil Aji Rajah Kala Cakra. Peringkat ilmu ini semuanya menggunakan penyelarasan energi dan kuasanya boleh digandakan sehingga berjuta kali ganda bergantung kepada kemampuan seseorang. Jika ilmu kebiasannya, amalan yang harus dilakukan ialah dengan berpuasa , meditasi, pernafasan tetapi dalam ilmu Aji Rajah Kala Cakra ini, pengamalnya hanya perlu pasang niat untuk dapatkan sesuatu dan dengan izin Allah hajatnya akan cepat tercapai.

Jika ada yang berminat dengan ilmu hebat ini, bolehlah email ke : innerselfpower@gmail.com

dan keterangan akan diberikan. Maaf, pembukaan tidak kepada semua sebab itu harus emailkan. Jika ramai yang tahu ilmu ini dikhuatiri akan disalah guna ke arah keburukan dan kesannya memang menakjubkan. Tiada unsur Sihir, Jin Hantu atau Kuasa Jahat. Semuanya dari Ilmu Allah dengan Kuasa Ke Agungannya.

Jumpa lagi di masa lain…terima kasih kerana bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

ezol

September 29, 2010 at 3:24 pm

saya ingin tahu lbih lanjut