24
Jul

Sebab Ramai Gagal Dalam MLM

Dalam MLM , golongan Majoriti yang Gagal berbanding yang Berjaya hanya Minoriti. Mengapa ia terjadi? Sebenarnya bila sebut Bisnes atau Perniagaan, bukan MLM saje yang bagi statistik macam tu.

Semua industri baik bukak kedai makan, bukak kilang, tusyen center, kedai kereta, bengkel …senang cerita semua yang nama bisnes.

Dekat sini , aku bukan nak cerita pasal kegagalan Syarikat MLM tapi kegagalan Individu atau orang yang jalankan MLM. Bagaimana orang yang dari awal join MLM sampai lah yang dah berada diatas.

Dari peringkat awal join MLM terlalu ramai yang quit (berhenti). Rasanya istilah gagal tak berapa tepat kalau di kaitkan dengan MLM sebab yang buat orang MLM gagal bila diaorang berhenti dari buat MLM. Jadi kita pakai istilah “Quit”

Kenapa orang “Quit”? Sebab utama sekali ialah tak ada “INCOME” atau tak buat duit. Memang betul, kalau dah buat kerja kuat-kuat bulan pertama cuma dapat RM10,…bulan kedua dapat RM20…tapi duit minyak, belanja orang, meeting dah keluar banyak. Sesiapa je pun rasa give up.

Sebab tu stamina bisnes kena kuat. Stamina dalam ni bukan stamina berlari…tapi stamina minda. Its all about your mindset.

Sepanjang aku buat MLM, apa yang aku nampak sumber stamina yang orang boleh dapat untuk diaorang sentiasa terus dan terus dan terus buat bisnes MLM ialah “SEBAB”

Sebab yang Kuat akan buat orang tu tidak akan berhenti dan terus buat dan buat lagi sampai dia dapat apa yang dia jadikan sebagai sebab.

Contoh sebab, ada yang nak beli rumah untuk mak bapak, kahwin, pergi haji, buat simpanan RM1juta, beli kereta impian, beli perabot…macam-macam lagi.

Kita akan bincang pasal topik SEBAB aje di post yang akan datang….sini hanya nak bincang pasal kenapa orang Gagal atau Quit.

Kalau sebab orang join Bisnes pasal ikut-ikut kawan yang ajak buat MLM memang tak lama lah jangka hayat dia dalam Bisnes.

Kalau yang join MLM cakap kalau dapat balik modal pun jadiklah…haaaa, yang ni pun bakal tak buat duit. Usahkan buat duit, balik modal pun tidak. Setakat ni boleh dikatakan semua yang saya jumpa cakap macam ni hasilnya dia tak buat duit langsung.

Memang kasihan, tapi kalau dah degil bila kita minta dia belajar pun tak nak. Ada juga tahap kasihan tahap dewa aku tolong orang-orang ni dengan meletakkan downline dekat diaorang untuk diaorang dapat duit. Pun sama jugak, diaorang tak hargai.

Yang peliknya, duit pun dia tak ambik sampai sekarang. Bukannya sikit, beratus jugaklah dapat tapi tak claim.

Tu lah yang dikatakan kalau tak ada sebab, duit depan mata pun tak mampu nak ambik. Tinggal nak ambik pun susah sangat.

Haahaa..mungkin bila dah tersepit barulah datangnya sebab dan mulalah carik aku macamana nak claim duit tu….nak kena tunggu sebab bila dah tersepit.

Antara yang buat gagal lagi….ni yang paling bahaya. Kalau fikir diri sendiri dan pikir jangka pendek. Aku harap aku tak tergolong dalam golongan ni…jauhkanlah!!

Maksudnya, fikir diri sendiri ialah hanya fikir perut dia je nak makan. Fikir dia saja yang nak dapat duit. sehingga ada yang tergamak curi duit downline.

Curik duit downline dalam MLM ni bila downline bayar dia tak registerkan. Atau bila downline bawak ahli recruit baru dia registerkan bawah kaki dia bukan bawah downline (ni dipanggil curik downline atau makan introducer).

Alamak…kalau macam ni macam mana nak berjaya? Usahkan nak berangan jadik jutawan kalau perangai macam ni. Pikir jangka pendek. Tu yang lama-lama gagal. Pasal apa gagal?

Bila dah ambik duit orang lain, atau ambik hak orang lain, 10 kali ganda hak kita akan orang lain ambik. (ni dalam Al-Quran ada tulis). Bila hak kita orang lain dah ambik, tu yang susah memanjang… tak berkat.

Bila dah susah memanjang, tu yang salah kan bisnes…cakap bisnes gagal. padahal diri sendiri yang buat gagal. Pikir jangka pendek…bila dah kerja asyik tak amanah, lama-lama nama dapat busuk.

Orang pun dah tak percaya dan benci. Siapa nak ikut join bila ajak buat MLM baru pulak? Dah salahkan MLM lagi. Nanti kita akan bincangkan apa yang perlu buat untuk orang akan ikut kita.

Rasanya setakat ni dulu, idea banyak tapi ruang bila panjang sangat jadik boring. Nanti aku akan buat post baru untuk bincangkan topik Kenapa Leader MLM Boleh Gagal.

“Aku mempunyai Minda Seorang Jutawan”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

M.Husni

May 8, 2013 at 7:19 pm

Terbaik