24
Jul

Kenapa MLM -Network Marketing ?

Dalam Buku ni, ada topik perbincangan mengenai kenapa MLM ( Why Network Markting)

Penulis Buku ni Robert T Kiyosaki ( Sebenarnya mamt ni lah yang buat aku malas belajar lepas aku baca buku dia – If you want to be Rich and Happy Don’t Go To School ) bersama dengan Billionaire Donald Trump berkongsi idea tentang masalah ekonomi yang berlaku sekarang dekat Amerika Syarikat.

Menurut diaorang, industri MLM bakal mengalahkan semua industri . MLM adalah satu industri yang menggunakan Kuasa Leverage. ( Orang-orang Kaya faham maksud Leverage kerana kekayaan mereka selama ni daripada Leverage iaitu satu anugerah daripada Tuhan )

Cth Leverage…Jika pendapatan kita dari RM2  dan ia berganda setiap bulan, beginilah yang akan terjadi…

  • RM2 ….bulan 1
  • RM4 …bulan 2
  • RM8 …bulan 3
  • RM16…bulan 4
  • RM32 …bulan 5
  • RM 64…bulan 6
  • RM128 …bulan 7
  • RM 256 …bulan 8
  • RM 512 …bulan 9
  • RM 1024…bulan 10
  • RM 2048 …bulan 11
  • RM 4056…bulan 12
  • RM 8112 …bulan 13
  • RM 16, 224 …bulan 14
  • RM 32,448 …bulan 15
  • RM 64,896 …bulan 16
  • RM 129,782…bulan 17
  • RM 259,564 …bulan 18
  • RM 510,128 …bulan 19 ….dan berterusan…

Bulan yang ke 19 anda sudah mempunyai pendapatan setengah juta bermula dari RM2. Ini lah yang dinamakan Kuasa Leverage. Inilah yang berlaku dalam Industri MLM. Ramai yang terlepas pandang.

Sebab tu , ada satu temuramah antara Donald Trump dengan wartawan , para wartawan tanya pada Donald Trump, kalau dia jatuh bankrupt, dia nak buat bisnes apa.

Donald Trump cakap dia akan buat bisnes MLM bila dia jatuh bankrupt.

Wartawan semua ketawakan dia…Donald Trump bidas semula …dan bercakap “Sebab tu korang semua berada di golongan bawahan”

Padan muka wartawan tu semua. haha…(Wartawan Omputeh tu…bukan wartawan sini)

Ada satu kes lagi, kenyataan oleh lelaki paling kaya sekali dekat dunia Warren Buffet. Dalam hidup dia membuat pelaburan, pertama kali dia rasa pelaburan yang sangat untung dan berpotensi iaitu semasa dia melabur di industri MLM.

“Aku Mempunyai Minda Seorang Jutawan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*