25
Jul

“B.D.” vs “P.D”

Apa tu BD dan PD ?

BD maksudnya Business Development

PD ialah Personal Development

Jika tanya yang mana satu penting, dua-dua penting kalau nak berjaya dalam perniagaan MLM.

Masih tak faham apa tu PD dan BD ?

Ok. Cuba bayangkan situasi ni….

Kalau ada orang tanya …”apa macam bisnes?”

biasanya akan jawab balik bisnes slow atau maju…

Kalau slow kenapa dan punca dia apa?

Punca nya ialah PD slow…atau kalau bisnes gagal, disebabkan personal development gagal.

Masih tak faham ? Ok, cuba renungkan situasi begini….

“Susahlah aku nak buat Bisnes MLM ni…kalau orang bawah aku ni Player ke atau Leader ke kan bagus…aku boleh goyang kaki…”

Pernah tak dengar ayat macam ni atau kita sendiri fikir kalau dapat downline yang aktif kan bagus…boleh kita senang lenang.

Common…bangun dari tidur dan hidup di alam yang nyata…Dalam dunia ni, tak ada benda datang bergolek dan tak ada sesiapa yang nak bagi kita duit senang-senang tanpa buat kerja.

Maksudnya Sebelum kita nak dapat group yang aktif atau downline yang dikategorikan sebagai Player atau Leader, terlebih dahulu kita kena jadi Leader atau Player. Inilah peranan Personal Development (PD).

Saya selalu dengar ahli grup yang mengeluh cakap downline dia bukan player. Saya ingat pada dia balik, jangan bimbang…sebab kau pun belum jadi player.

Bayangkan, bila anda Fokus pada Personal Development (PD), satu perubahan besar yang berlaku pada diri anda.

  • Anda boleh bercakap didepan ramai orang ( confident level tinggi)
  • Orang tertarik , respect dan nak ikut anda
  • Pemikiran anda lebih tajam
  • Anda dapat membuat sebarang keputusan dengan tepat
  • Mematangkan lagi dalam perniagaan

Bila personal development (PD) anda growth, secara automatik Business Development (BD) anda juga growth. Baru anda mempunyai jaringan yang besar dalam bisnes anda. Baru anda mempunyai ramai player dan leader dalam group anda.

business development

business development

“Aku mempunyai Minda Seorang Jutawan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*