Selamat Datang Ke Blog www.hadzrin.com

KEKAYAAN SEBENAR : BERAPA BANYAK YANG DAPAT ATAU BERAPA BANYAK DAPAT SIMPAN ?

July 28th, 2010 Master Hadzrin No comments

fulamakAlhamdulillah syukur kepada Allah,

Semalam di Ampang dapat bertemu dengan tokoh-tokoh spiritual. Dapat juga bersalaman dengan Pak Kiai Mantan Ketua Ulama Indonesia selama 10 tahun dan dibawah jagaannya ada 60 juta penduduk Islam yang terdiri dari ratusan ribu Ulama.

3 Perkara yang dapat mengubah diri kita iaitu :

1)      Buku yang kita baca – Jika cenderung ke arah kepimpinan, banyakkan baca buku kepimpinan, jika berniaga, buku bisnes, jika masakan baca buku masakan , jika pembangunan diri banyakkan baca buku self development. Baca Blog juga salah satu cara lagipun jimat kos beli buku.

2)      Orang yang kita bercampur – Nak kaya campur dengan aktiviti social orang kaya, nak jadi pakar matematik campur dengan lecturer matematik, nak pandai berkebun campur dengan orang yang selalu main Farmville, nak cenderung kearah spiritual bercampur dengan orang spiritual.

3)      Function yang kita hadiri – Kita akan lebih berubah dan bina character bila kita dapat hadiri function berupa seminar, bengkel, kelas motivasi, meeting MLM dan Forum.

Semuanya berkait rapat dengan ilmu. Mana mungkin kita Berjaya tanpa ilmu. Dalam Al-Quran juga rujukan dan panduan kita mengatakan, nak Berjaya di dunia kena ada ilmu, nak Berjaya di akhirat juga perlu ada ilmu.

Jika ditanyakan soal kejayaan seseorang diukur dari segi apa, anda pasti memberi jawapan yang bagaimana? Diukur dari segi pendapatannya atau diukur dari segi simpanannya?

Tajuk ini bagi yang dah alami akan faham benar tapi yang belum akan berkata, tunggu dapat banyak duit baru boleh simpan banyak. Saya pernah alami 2 situasi iaitu semasa banyak duit dan tak banyak duit.

Maksud saya masa pendapatan saya lumayan dan waktu pendapatan saya cukup makan. Ternyata sewaktu pendapatan saya lumayan sebenarnya saya miskin berbanding ketika saya hanya ada pendapatan sedikit tetapi sebenarnya saya kaya.

Mungkin anda konfius apa yang saya bicarakan. Saya bagi contoh, pernah satu ketika pendapatan saya setiap bulan RM60,000 dan berapa banyak yang saya mampu simpan ? TIADA! Ya benar, saya perolehi pendapatan setiap hari RM2,000 dan belanja saya memang kasar, sehari RM800 dan bulan itu juga pernah sampai beli laptop 3 biji.

Belanja beli HP tak perlu dikatakan. Saya ketika itu mencari Hand Phone yang paling mahal dan yang paling jarang orang pakai. Pakaian pula, setiap hari 5 atau 6 helai yang sehelai berharga RM100 ke atas.

Belanja kawan-kawan sentiasa waktu itu…ya, nak menjaga imej sebagai seorang Boss kononnya. Isi minyak petrol setiap hari RM100 dan guna V-Power. Hotel jadi rumah pertama, rumah yang benar jadi rumah kedua.

RM60,000 sebulan masa itu seperti RM600…kecil rupanya tidak nampak. Sebab itu akhirnya saya tiada simpanan di saat saya memiliki pendapatan besar.

Berbanding ketika saya jatuh bisnes waktu saya gulung tikar, kalau dulu saya harus belanja isi minyak setiap hari RM100 tapi ketika itu saya tak perlu isi minyak kerana saya hanya berjalan kaki. Ya! Dari ada kereta saya jalan kaki jika anda pernah baca kisah saya sebelum ini di post yang lalu.boros

Jika dahulu saya harus belanja orang makan-makan dan bersuka ria tapi kali itu saya hanya perlu belanja diri saya makan sahaja sebab tak perlu nak jaga status. Kalau dulu saya beli hand fon setiap bulan, bayar bil setiap bulan RM500 tapi lepas itu saya hanya perlu bayar prepaid RM10 seminggu dan pakai hand fon sedia ada.

Benar, saya ketika itu jauh berbeza kehidupan saya berbanding masa pendapatan mewah dan pendapatan kecil. Kecil berapa? Pernah dapat RM350 sebulan! Dalam Program BersamaMu ada yang mendapat RM700 sebulan juga masuk rancangan itu.

Tapi walaupun pendapatan saya sedikit ketika itu, dalam masa setahun saya mampu menyimpan lebih RM50,000! Dengan pendapatan yang tidak seberapa yang kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada tetapi, saya mampu lakukan simpanan di luar jangkauan orang termasuk diri saya sendiri.

Inspirasi ini saya belajar dari seorang hamba Allah yang hidupnya low profile sungguh. Ditanya bila kali terakhir beli baju baru, jawabnya 6 tahun lepas. Jam nya pun hanya jenama Casio. Umurnya lingkungan 40an.

Keretanya hanya kereta Malaysia. Kasutnya tak pernah kilat. Makannya sekadar alas perut. Rumahnya biasa. Tapi yang luar biasanya simpanannya. Ada lebih RM4juta!

Pernah kawannya hendak meminjam wang darinya agak beribu juga tanpa banyak soal diberi sahaja. Maknanya walaupun nampak biasa sahaja tetapi berkuasa untuk memberi orang wang tanpa banyak songel.

Mengapa waktu saya pendapatan RM60,000 sebulan tidak mampu menyimpan? Ini kerana saya terima wang setiap hari RM2,000. Bermakna jika hari ini saya dapat RM2,000, saya belanja kasar terus dengan beranggapan esok saya akan terima lagi duit banyak seperti itu.

Tapi walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana bila saya tiada pendapatan dan tidak ada simpanan, saya dapat ilmu baru daripada seorang Mahaguru Kewangan. Ilmu Ibu Duit! Katanya Ibu Duit ni satu sistem yang unik.

Kalau tahu sistem Ibu Duit ini, tanpa disedari, aliran duit dari sumber tak disangka akan mengalir dan tak akan putus duit atau kehabisan duit. Hamba Allah yang mempunyai simpanan berjuta dengan kehidupan yang low profile itu memberi saya satu inspirasi tentang simpanan.

Dengan ilmu Ibu Duit, Ilmu Tarik Wang dan Ilmu Gandaan Wang, saya yakin lagi beberapa tahun sahaja, simpanan saya yang dahulu kering kontang akan menjadi RM10 juta. Biarpun hidup biasa-biasa tetapi simpanan luar biasa.

Biarpun menaiki kenderaan awam tetapi duit banyak. Mungkin ada orang kata buat apa duit banyak-banyak simpan nanti mati tak merasa guna duit itu. Orang yang kata begitu memang confirm dalam bank tak ada duit.

Duit banyak bukan untuk kita sebenarnya. Bila kita ada banyak duit yang disimpan, banyak kerja amal boleh buat tanpa perlu fikir jaga status, perlu fikir bayar hutang dan andainya kita mati tak merasa duit itu, boleh diwakafkan sahaja dan pahalanya lebih besar!

Jika tak merasa sekarang biarlah hidup senang di akhirat! Jika tak merasa sekarang bermakna duit itu adalah hak orang lain. Apa nak dirisaukan? Disebabkan risau lah yang membuatkan sentiasa tak ada duit. Dan ini adalah salah satu hokum tarikan Duit.

Setakat ni berapa saya punya simpanan? Belum banyak lagi…tak lebih dua ratus ribu. Hidup pun biasa-biasa sahaja. Tidak perlu mewah-mewah asalkan kelengkapan keluarga cukup dan dapat bantu keluarga lain.

Mengapa saya perlu cerita semua ini? Supaya sesiapa yang berkeinginan nak Berjaya dan nak jadi jutawan perlu lengkapkan diri dengan situasi perhebatkan simpanan dahulu. Status Jutawan mana yang anda pilih?

Pendapatannya satu juta tapi simpanannya bawah sepuluh ribu atau statusnya biasa sahaja tidak dikenali tetapi simpanannya ada satu juta?

Categories: Kewangan Tags:

PENGALAMAN AHLI TENDAI (TENAGA DALAM ILLAHI)

July 28th, 2010 Master Hadzrin 2 comments

tenaga dalamBismilahirahmanirahim.

Hari ini saya akan menghadiri program forum terbuka di Ampang Flamingo Hotel untuk mendengar taklimat daripada Ulama-ulama Malaysia dan Indonesia tentang program Dakwah Modern. Jika berkesempatan akan datang saya akan siarkan apa-apa info di blog ini.

Hari ini saya nak kongsikan pengalaman selepas belajar ilmu Tendai khususnya kerana ramai yang bertanyakan kepada saya termasuklah yang sudah mengikuti tendai peringkat dasar dengan guru lain.

Saya masih ingat lagi waktu belajar ilmu Tendai ni permulaannya memang tidak ada duit dalam tangan. Tapi kerana saya yakin ilmu yang saya nak pelajari ni ada kegunaan untuk saya suatu hari nanti, saya gadai mangga rumah.

Dari peringkat Dasar pergi ke peringkat Master dan dari Master ke peringkat Grand kemudian akhir sekali ke peringkat Super Grand Master. Peringkat demi peringkat. Kalau waktu itu saya mempunyai kewangan yang banyak, pasti saya terus ambik peringkat Super Grand Master.

Yang menariknya berlaku pada diri saya pada peringkat awal Tendai, setelah diijazahkan dan dalam proses latihan 21 hari itu, saya mendapat rezeki daripada perniagaan gaya pos saya yang pertama lebih banyak dari biasa.

Pernah satu hari saya mendapat RM600. Masa mula-mula memang saya berniaga gaya pos sahaja dan waktu itu produk saya hanyalah produk digital mengajar orang membuat design dan program home bisnes. Tak pernah ketika itu pendapatan melebihi rm200 sehari.

Dalam ilmu Tendai memang ada di terangkan kaedah fokus menggunakan indera baru kita dan kekuatan spiritual melalui media zikir. Apa yang kita lakukan setiap kali latihan ialah menghantar energy niat hajat setelah selesai berlatih.

Tapak tangan seperti mempunyai getaran elektrik. Satu cabaran buat saya setiap kali memegang kereta atau pagar rumah akan terkena kejutan elektrik. Kesan ini membuat saya derita sekejap. Ramai yang nak sangat satu perkara luar biasa tapi tak semua sanggup alami nanti.

Ada seorang murid saya yang bekerja sebagai tukang urut kini mempunyai pelanggan yang ramai. Setelah pelajari Dasar Tendai dan kini peringkat Master pula, pelanggan dia rasa luar biasa dan tak pernah selama ini tukang urut mengeluarkan getaran elektrik dari tapak tangan seperti dia.

Pada perhatian saya, ilmu tendai ini akan kita rasai apabila kita mengamalkannya. Bukan sekadar ambik ilmu kemudian tunggu lihat berlaku pada diri. ILMU + GUNA = MANFAAT BELAJAR TENDAI.

Pelbagai cara guna Tendai sebenarnya untuk lihat ilmu tendai sudah kita kuasai atau tidak. Contoh lain seperti salahisp seorang murid yang berniaga jual nasi lemak di gerai kini menghasilkan pendapatan 5 angka sebulan.

Dia memasukkan energy ke dalam nasi lemaknya dan membuatkan nasi lemaknya rasa sangat enak dan jadi terkenal sekarang. Dekat mana gerainya? Cari di Melaka.

Selain dari berniaga makan atau urut, penghasilan produk menggunakan kaedah Tendai juga dapat mengaplikasikan ilmu yang dibelajar. Ada juga yang buat produk secara komersial seperti menjual Garam Kristal untuk rawatan, jual air penawar, jual koyok dan banyak lagi produk boleh dihasilkan.

Pengalaman saya menghasilkan produk pula, setiap kali saya membuat penyalarasan pada produk itu, saya merasai getaran energy di tapak tangan dan tapak tangan menjadi panas walaupun dalam bilik air cond. Sebab itu produk yang dihasilkan dengan izin Allah mempunyai pengisian energy untuk berfungsi mengikut niat pemakai.

Pernah juga satu peristiwa waktu saya nak ke surau awal subuh berjalan kaki sejauh 3 kilometer (senaman pagi saya), ada 5 ekor anjing mengejar saya. Anjing kalau ramai memang jadi kurang ajar. Kalau ia seekor sahaja tak berani nak kacau orang. Sama lah kalau ia di dalam pagar rumah jadi kurang ajar menyalak orang.

Dengan pakai kain pelikat macam mana saya nak lari. Jadi apa yang saya buat dengan menarik nafas dan menghantar energy dengan nafas kasar ke arah anjing-anjing itu. Semuanya teberhenti dan tertolak lalu lari bertempiaran. Ada juga yang masih nak mengejar saya tapi saya beranikan diri untuk pergi kearah anjing-anjing itu.

Semuanya lari tak berani lagi. Jika anda nak tahu anda ada tendai, cuba lawan dengan anjing tapi kalau disaat anda sedari tak pasti ia berkesan atau tidak. Ia akan muncul apabila anda dalam keadaan terdesak. Sama juga seperti anda ingin cari gaduh dengan orang untuk menguji anda mempunyai iilmu atau tidak.

Tendai bukan ilmu untuk cari gaduh atau tunjuk samseng. Tapi jika disaat terdesak ia akan timbul dengan kekuatan yang luar biasa. Bagi aplikasi harian , memang boleh digunakan seperti membuat produk atau membantu usaha bisnes anda.

Aplikasi tendai akan dikongsikan melalui bengkel yang ISP anjurkan dari semasa ke semasa. Bagi yang dah ambik tendai, teruskan berlatih. Peringkat Dasar seminggu sekali sahaja memadai setelah tamat latihan 21 hari.

Bagi peringkat Grand Master ke atas, energinya akan meningkat tanpa berlatih setiap kali menggunakannya. Peringkat paling tinggi lebih mudah amalannya dan lebih tinggi level energinya.

Adakah saya menjadi Jutawan dengan Tendai? Jawapannya bukan setakat jutawan sahaja yang akan dicapai. Sekarang, ramai pakar-pakar metafizik dilahirkan dan salah seorang pakar yang Berjaya juga mungkin terdiri dari Ahli Tendai.

Adakah anda orang yang Berjaya itu?

Categories: Peluang Tags:

CABARAN 21 HARI MENJADI SUPER POWER

July 26th, 2010 Master Hadzrin 6 comments

superAnda kali ni dikongsikan bagaimana nak menjadi seorang yang kuat getaran aura diri dan seorang yang mendapat berita gembira dan keseronokan dalam kehidupan. Hajatnya mudah tercapai dan dadanya sentiasa lapang dengan perasaan tenang.

Tidak ada stress, tak ada kekecewaan, tak ada kerisauan dan yang ada hanyalah ketenangan yang mampu mengukirkan senyuman sepanjang masa. Ya , ini sebenarnya ilmu tambahan yang saya kongsikan percuma buat pembaca. Jika anda jadi baik dan berjaya, saya tumpang bahagia.

Inginkan kehidupan yang luar biasa tetapi tidak tahu dalam diri dah ada satu potensi yang boleh mengaturkan diri dengan izin Allah untuk menjadi seorang SUKSESSOR. Benar, semua orang ingin kebahagiaan walaupun orang yang zalim  juga inginkan kesenangan.

Tetapi percayalah cakap saya, walaupun ilmu ini saya berikan percuma untuk mereka melakukannya tetapi ramai yang tidak mampu lakukannya. 95% orang yang diberi cabaran ini gagal dan tidak mampu lakukannya. Tak perlu tanya saya sudah berjaya lakukannya. Sudah tentulah berjaya, Alhamdulillah.

Ianya mudah tapi ramai tak boleh buat. Jika buat dan berjaya, anda akan dapat rezeki, kebahagiaan, ketenangan dan kekayaan yang berlimpah ruah. Mahu dan sanggup terima cabaran untuk melakukan teknik ini?

Sebelum itu, saya ingin bagitahu bahawa teknik ini ada kaitan rapat dengan energi(tenaga) dan gelombang. Setiap kehidupan mempunyai gelombang termasuklah diri kita. Untuk memancarkan gelombang yang hebat, perlu memancarkan gelombang ZMP (Zero Mind Proses).

ZMP adalah peringkat advance dan mustahil untuk belajar melalui pembacaan. Perlu ikuti kursus. Jika Minda tak zero, akan jadi ZMP yang lain iaitu Zero My Pocket. Minda Zero bukan bermakna Tidak Pandai. ZMP ini adalah otak dan fikiran kita bersih dari segala perasaan negatif, prasangka buruk dan pengalaman silam yang pahit.

Baiklah, cabaran untuk anda jika anda mampu lakukan Tahniah diucapkan dan jika tak mampu lakukannya, anda sendiri tahu jawapannya mengapa hari ini anda adalah diri anda sekarang yang tidak berjaya capai apa yang anda impikan.

Selama 21 hari, cabaran anda adalah lakukan 3 perkara ini :

1) JANGAN Mengeluh

2) JANGAN Komplein

3) JANGAN Merungut

Mudah Bukan ? Jika anda boleh lakukan 3 perkara diatas selama 21 hari berturut-turut, maka anda boleh jadi seorang Super Power! Maksud Super power ialah anda akan dilimpahi dengan banyak perkara-perkara yang bagus dan menggembirakan dan saya boleh katakan dengan izin Allah 100% Dijamin Berkesan!

Bila anda nak mula lakukan ? Tapi ingat, jika anda dah mula dan bila ’sekali’ sahaja anda melakukan antara 3 perkara dilarang di atas, anda Wajib ulang semula dari mula sehingga hari ke 21. Dekat sini banyak pengajaran yang anda akan terima. Salah satunya ialah menafsirkan berapa serius anda impikan kejayaan.

Usahlah berangan untuk menjadi seorang yang berjaya jika 3 perkara mudah ini anda gagal melakukannya. Jika anda benar-benar serius, berapa kali anda sanggup lakukannya semula setiap kali anda gagal. Anda yang tentukan nasib dan masa depan cemerlang anda. Ilmu ini tak perlu guna mantera, amalan, kuasa ajaib tetapi kesannya juga hebat.

Ilmu metafizik yang ada berguna untuk membantu anda berjaya sebagaimana saya berjaya dalam perniagaan setelah pelajari ilmu metafizik dan tendai. Cabaran 21 hari ini istimewa buat anda sebagai pembaca setia dan saya ingin lihat, kejayaan diperolehi oleh anda.

Bagaimana saya dapat ilmu ini? Saya juga belajar dan berguru. Bukan saya reka-reka. Saya belajar dengan seorang guru yang pendapatannya sehari RM400,000. Saya belum tahap begitu. Usahkan sehari RM400,000. Sehari dapat RM400 pun syukur sangat-sangat. Apa lagi RM4,000 dan lagilah bersyukur kalau sehari RM40,000.

Masih ada ruang untuk kita berjaya seperti orang lain yang berjaya yang penting kita terus menimba ilmu , berusaha dan berdoa. Doa yang tanpa usaha ibarat roh tanpa jasad.

Wassalam.

Categories: Peluang Tags:

AMALAN MAGNET REZEKI

July 25th, 2010 Master Hadzrin 4 comments

master powerSebelum masuk ke post yang bersiri, saya nak menjawab satu persoalan daripada pembaca blog saya. Ilmu ni saya berikan secara percuma. Ikhlas atas Lailahaillallah.

Amalan untuk menjadi diri sebagai magnet rezeki. Ilmu ni memang boleh percuma kecuali ilmu lain yang perlu dapatkan ijazah dan latihan. Jika anda buat dan berjaya, saya amat gembira.

Sebenarnya ada banyak amalan dan saya berikan yang basic. Ilmu ini memang saya amalkan sejak saya susah lagi dan Alhamdulillah, rezeki tidak putus-putus sampai saya sendiri tak yakin apa yang saya mampu untuk berbelanja esok hari…tetapi rezeki tetap ada.

Dari mana saya dapat ilmu ini? Tak usah bimbang kerana ilmu ini tidak melanggar hukum agama dan melanggar peraturan undang-undang.

Sebelum nak mulakan amalan asas Magnet Rezeki, anda perlu puasa sunat selama 3 hari. Niat Puasa semua kerana Allah. Bukan kerana saya atau kerana nak jadi kaya atau kerana saranan dari blog ini. Niat kerana Allah Puasa sunat 3 hari berturut.

Kemudian, apa yang perlu anda lakukan ialah secara konsistent, lakukan solat sunat Duha 4 rakaat setiap pagi jam 8 – 10 (antara waktunya). Solat Duha adalah 2 rakaat dan ia ada 2 set yang perlu diusahakan.

Tak kira anda kerja apa, kilang,posmen, guard, MLM, Insuran, Bisnes, tukang cuci,…waktu ini perlu diperuntukkan melakukan solat Duha. Niat Duha anda boleh tanya yang arif. Dalam bahasa niatnya “Sahaja aku solat Sunat Duha 2 rakaat kerana Allah Taala.”

Selesai solat Duha, anda baca ayat seribu dinar 3 kali. Itu amalan sunat yang perlu konsistent dilakukan. Bila konsistent, rezeki pun konsistent masuk. Terutama bagi yang selalu ada masalah atau ditimpa nasib malang kena tipu orang pasal soal duit. Lakukan amalan ini.

Akhir sekali amalan yang anda perlu lakukan untuk menarik rezeki lebih kuat ialah dengan meninggalkan segala pekerjaan anda tak kira apa jua pekerjaan apabila masuk waktu Solat Fardhu. Maknanya anda sembahyang tepat masuk waktu.

Ada kisah yang disampaikan oleh Dato Fadzilah Kamsah tentang penjual buah di tepi jalan. Peniaga ini hanyalah jual buah di gerai. Yang menarik tentang peniaga ini ialah setiap kali azan masuk waktu solat dia terus mengambil wuduk dan melakukan solat di dalam gerainya.

Apabila pergi ke rumahnya, memang tidak disangka orang yang hanya berniaga jual buah di gerai mampu tinggal di rumah banglo yang besar dan indah seperti istana.

Sebab itu jika masuk waktu solat fardhu kita jangan menangguh dan jika menangguh, Allah tangguhkan juga tuntutan kita untuk mendapat rezeki.

Insya Allah, kita sama-sama jaga amalan kita ini dan pedulikan orang lain yang sibuk dan bermegah-megah menayang kekayaan dan wang mereka tetapi sebenarnya kehidupan mereka sengsara. Kita memilih kejayaan yang abadi dan diredhai Allah.

Categories: Peluang Tags:

KURSUS DAN PREVIEW TENAGA DALAM DAN TENAGA SPIRITUAL

July 22nd, 2010 Master Hadzrin No comments

bengkel

Ramai yang bertanya tentang Kursus dan Bengkel. Insya Allah, dalam masa terdekat akan diadakan Kursus di kawasan yang mendapat izin dan peluang dari Allah. Kursus pertama merupakan preview dan demo tenaga dalam asas bagi yang berminat untuk belajar asas tenaga dalam.

Yuran hanya RM50. Biasanya Yuran Asas Tenaga Dalam antara RM300 – RM600. Tapi tujuan utama kursus asas ini adalah sebagai pengenalan dan preview untuk mendalami ilmu tenaga dalam yang ilmunya dapat membantu dari segi rawatan , kerezekian, kebahagiaan dan motivasi diri.bengkel

Bagi yang berminat , bolehlah mendaftar nama dahulu di borang bawah ini dan ini akan diletakkan juga di Side Bar Blog. Jika anda beminat untuk bersama-sama menjayakan program ini, anda boleh menjadi Apprentis (murid kesayangan) ISP.

Apprentis berperanan sebagai penganjur di kawasan mereka. Contohnya jika anda tinggal di Melaka, anda boleh menganjurkan program di Melaka dan anda berkempen untuk mengajak sesiapa sahaja di Melaka menyertai Program Kursus ini dengan cara edar risalah, SMS, hantar E-mail dan iklan.

Kos Tempat dan segala keperluan akan dibiayai oleh ISP. Sudah tentu anda mendapat hasil dari program ini. Yang penting, menyebarkan ilmu yang menjadi permintaan ramai masa kini.

Post kali ini memang berbaur iklan dan promosi kerana saya sedang memperkemaskinikan sistem bimbingan bersama Ahli-Ahli Tendai, Ahli ISP, Ahli Kuantum dan Ahli i-Sell Group bagi melengkapkan diri dengan ilmu yang cukup dan sistem bimbingan berterusan bagi mengaplikasikan ilmu yang dimiliki.

Isiskan Borang dibawah jika berminat. ( Akan datang post akan kongsikan 17 langkah menjadi Jutawan dalam masa 3 tahun dengan perniagaan sendiri ).

BORANG DAFTAR NAMA KURSUS
Questions marked by * are required.
1. Nama Penuh: *
2. Email: *
3. No Telefon:
4. Negeri Anda Tinggal: *
5. Minat Menjadi: *
6. Minat Menuntut Ilmu Kerana:
 
Categories: Peluang Tags:

PERMINTAAN DARI USTAD AZHA AKHLAKEN

July 21st, 2010 Master Hadzrin 4 comments

Khat-MUhammadSama seperti post sebelum ini, kita menguji kehebatan ciptaan Allah terhadap mata kita. Jadikan mata kita boleh melihat kebenaran dan jalan yang lurus. Amin Ya Rabbal Alamin.

Categories: Peluang Tags:

KEAJAIBAN MATA KURNIAAN TUHAN

July 20th, 2010 Master Hadzrin 2 comments

Post ringkas kali ni nak kongsi dengan anda cara guna teknik visualisasi bagi mendapatkan segala impian. Ini adalah asas ilmu law of attraction. Kalau nak yang advance kena bayar kursus beribu – ribu kat omputeh yang jumpa dan komersialkan Law Of Attraction…

allah

Cuba perhatikan tiga titik di tengah-tengah selama 10 saat. Kemudian lihat pada dinding kosong didepan berdekatan anda. Apa yang anda lihat ?

Anda kagum dengan anugerah ini? Jika tak nampak bukan makna mata anda buta tetapi hati…

Cuba lihat gambar bawah ni pula…my velfire

Cuba lihat gambar ini seperti yang pertama. Anda ada nampak apa-apa di dinding sebelah anda? Jika tidak bermakna dah tentu ini bukan kereta impian anda.

Lakukan visualisasi terhadap apa jua gambar impian anda tak kira waktu bekerja, nak tidur, makan atau sebagainya. Ini merupakan gambar negatif filem yang perlu ditanam dalam kepala untuk menjadikan ia positif (real).

Anda boleh letak apa jua gambar tak kira nak letak gambar rumah, kereta, duit, kekasih (macamanalah rupa kekasih kalau hitam putih), hand fon, komputer…apa sahaja.

Jika tak tahu nak buat gambar, boleh minta tolong siapa yang pandai. Jika nak bantuan dari saya untuk buatkan gambar impian anda hitam putih, pun boleh secara percuma sahaja setelah anda membeli Aura di http://www.aurasukses.com.

Setelah membuat belian, bolehlah email kepada saya disertakan no invois belian anda. Sementara saya membuka tawaran ini, diatas kesibukan dan terlalu ramai yang memesan, tempahan mungkin lambat siap. Jadi jangan lambat untuk dapatkan special pertolongan dari saya ini.

Salam Sukses!

Categories: Peluang Tags:

HARGA SEBUAH HIDAYAH

July 19th, 2010 Master Hadzrin 2 comments

sinaran cahaya

Bismilahirahmanirahim,

Kurniaan hidayah bagi seorang manusia sangat penting. Pernah berlaku kejadian dimana seorang yang matanya ditutup kemudian disuruh berjalan.

Akhirnya dia menangis. Mengapa? Mengapa tidak! Dia berasa setiap langkahnya penuh dengan keraguan, berbahaya dan berisiko. Mungkin dia bakal tersadung, terjatuh, terlekat kakinya dalam lubang, terhantuk kepala dan bermacam-macam lagi kemungkinan.

Begitulah keadaannya apabila kita tidak mendapat cahaya dalam hidup ini. Bagaimana pula, apabila hati kita tidak mendapat cahaya kebenaran?

Berada di lorong yang gelap gelita , pasti mengusarkan jiwa. Setiap langkah tidak ada kepastian, jiwa tidak tenteram dan sering dicengkam rasa cemas. Begitu juga orang yang tidak mendapat perhatian daripada Allah.

Hidupnya sentiasa dicengkam rasa cemas dan rungsing. Ketakutan membayangi hidup. Takut tidak mendapat dunia , wang, harta dan makanan. Takut kepada manusia, takut mati, takut hutang banyak, takut jatuh sakit dan pelbagai jenis ketakutan.

Tidak ubah seperti orang yang masuk ke dalam hutan , walaupun membawa bekal tetapi tidak membawa peta. Bekalannya banyak tetapi takut habis sebelum tiba ke destinasi. Akhirnya dia terus panik.

Kekalutan sebegini juga yang bakal dirasai oleh sesiapa jua yang menjalani hidup ini tanpa bersuluh petunjuk illahi. Seseorang yang berjalan tanpa arah yang pasti , kabur, cemas, bimbang dan bingung silih berganti. Hidupnya kelam tanpa sinar.

Begitu juga dengan orang yang tidak mendapat hidayah Allah. Hidupnya mendung dengan rasa takut, tegang, waswas, gelisah dan cemas. Bukan sedikit orang kaya yang menderita dengan kekayaannya. Semakin melimpah ruah kekayaannya, semakin dia sengsara.

Mengapa? Semakin banyak harta kekayaannya semakin banyak yang perlu mereka jaga. Orang yang jauh dari agama dan Quran, walaubagaimanapun kesenangan dunia yang diraihnya, dirinya tetap hina. Harta jawatan gelaran kebesaran dan kedudukan dalam masyarakat jika tidak seiring dengan taat pada Allah pasti menyeksakan.

Apabila kita mendapat hidayah Allah, ibaratnya seperti kita berjalan di tempat yang terang dan jelas pada bahagian depan, belakang, kanan malah kiri juga. Sekalipun harga barangan melonjak, kita tidak risau. Kita yakin Allah Maha mengetahui apa yang kita perlukan bagi kita sendiri dan dialah yang maha memenuhi keperluan hambanya.

Ini dijelaskan oleh Allah di dalam Quran surah as -Syams ayat 8 yang bermaksud, “Dan Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan.” Dengan kata lain, setiap orang sebenarnya sudah dibentangkan pilihan. Sama ada yang dikehendakinya atau buruknya, bergantung kepada kesungguhan dan ketaatan dalam mengikuti petunjuk ilahi.

Dalam Surah Ali Imran ayat 73 pula “Dan janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu. Katakanlah , sesungguhnya petunjuk yang perlu diikuti adalah petunjuk Allah.”

Ayat itu memperingatkan kita supaya sentiasa mengikuti petunjuk yang Allah gariskan, iaitu dengan bersungguh-sungguh mencari hidayah Allah, sebagaimana kita bersungguh-sungguh mencari rezeki kerana dengannya sahaja manusia memperoleh dan meraikan kebaikan.

Nabi Muhammad berkata, “Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang , maka dia akan diberi kefahaman mendalam tentang agama.”

Setiap orang bersungguh-sungguh mencari hidayah Allah, pasti Allah membukakan jalan untuknya. Ini dijelaskan oleh Allah didalam Quran surah al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud, “Dan orang yang bersungguh-sungguh di jalan kami, maka akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang melakukan ihsan.”

Cara bersunguh-sungguh mencari hidayah adalah teruskan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Tiada hari tanpa mencari ilmu. Tiada hari kecuali bertambah amal. Dan tiada hari kecuali semakin bersih hati kita.

Semakin bertambah ilmu, semakin produktif kita beramal. Dengan izin Allah hati kita semakin telus lagi tulus. Mudah-mudahan dengan ilmu yang diamalkan disaluti dengan keikhlasan dan menjaga kita daripada ditarik nikmat agung Allah iaitu hidayahnya. Amin.

Categories: Peluang Tags:

JALAN PENYELESAIAN YANG TIDAK TERFIKIRKAN OLEH OTAK MANUSIA

July 17th, 2010 Master Hadzrin No comments

bismillah-starAda satu ayat dari SurahAl-Ma’arij dari ayat 19 bermaksud, “Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh resah dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir kecuali orang-orang yang melaksanakan shalat, mereka tetap setia melaksanankan shalatnya dan orang yang membahagikan harta kepada orang miskin dan orang yang mempercayai hari pembalasan.

Semua orang ada masalah bila dah namanya hidup kat dunia ni yang sentiap hari ada ujian baru. Tak kiralah ujian dugaan kena hujan masa naik motor atau ujian jatuh bankrupt akibat kena tipu. Ada satu cerita menarik di TV3 malam Sabtu yang tajuk ceritanya Saham Neraka lakonan Dato Jalaludin sebagai Pak Halim.

Cerita pasal orang-orang yang suka main saham internet namanya AB TAUFAN (Seakan-akan cerita ini mengenakan Saham ABB Fund). Semua jalan cerita nya memang tepat kena dengan cara perjalanan orang-orang main saham internet tersebut.

Saya masih ingat lagi sewaktu saya menjalankan perniagaan MLM cara ortodok yang perlu menaja-naja orang di Johor Bahru Restoran Osman Bandar Baru Uda tingkat atas. Kalau siapa pernah pergi tingkat atas Restoran tersebut, ibarat tempat tu penuh dengan berbagai-bagai bisnes termasuklah bisnes saya dan bisnes ABB Fund.

Ketika itu, pegiat ABB Fund sibuk membuat presentasi di Restoran Osman itu dengan sikap megah diri mengatakan perniagaan mereka lebih bagus dari perniagaan MLM sebab mereka tak perlu mencari-cari orang. Pada pandangan saya, kalau bisnes mereka tak perlu cari-carik orang buat apa perlu datang buat presentasi di Restoran Osman.

Lebih baik duduk rumah layan Astro dengan anak bini. Dan sikap mereka yang bermegah dengan apa yang mereka lakukan sanggup memandang hina pada bisnes orang lain. Ada yang datang mengacau orang lain yang sedang buat bisnes presentasi dengan memberitahu pada prospek orang tersebut bahawa mereka punya lebih bagus.

Nak curi pelanggan la tu! Secara physcology nya, jika bisnes hebat bagaimanapun tapi yang menjalankan bisnes tersebut berakhlak buruk pasti akan lingkup bisnes mereka. Waktu itu setiap kali bila saya naik atas nak berjumpa dengan group dan prospek, mereka mengejek saya seperti Donald Trump lah, Jutawan lah…

“Amin Alhamdulillah…” Saya tahu walaupun ia nya satu doa yang bercampur sindiran kerana saya membawa beg briefcase ketika itu dan bukan beg sandang.

Tak lama 3 bulan lepas itu kerajaan terus keluar dalam surat khabar mengharamkan Skim Saham Internet termasuklah ABB Fund dan yang seangkatan dengannya. Semua pegiat yang title bagi mereka sebagai e-trader itu mengelupor dapat berita utama surat khabar.

Dengar cerita , Leader yang paling atas masa di Restoran Osman duduk meracau di depan kompleks City Square. Mungkin itulah balasan bagi orang yang bermegah-megah sehingga pernah satu ketika dilihat meletakkan kaki nya bersilang diatas meja makan Restoran Osman.

Walau apapun, pintu penyesalan terbuka luas dan Allah amat sayang pada hambanya untuk kembali pada jalan yang lurus. Setiap musibah yang berlaku pasti ada maksud. Bukan kerana Tuhan tidak berlaku adil tetapi ada maksud halus yang perlu dikaji.

Mungkin jika Allah tidak sayang pada hambanya itu, Ia biarkan sahaja hidup kesenangan dan jadi lupa daratan sehingga dihumban ke dalam kubur yang ketika itu nak menyesal dah tak guna. Nak hidup semula untuk buat baik dah tak boleh. Sebab itu Nabi amat risau pada umatnya yang cintai dunia melebihi segala-galanya.

Berbalik pada cerita cerekarama TV3 itu, ada satu babak cerita di saat website Saham AB Taufan dah kena block. Semua yang main saham berdoa pada Allah agar dijauhkan musibah dan malapetaka kerana semua duit mereka dah dimasukkan kedalam saham tersebut.

Ada yang guna duit Ah long, ada yang cagar rumah, ada yang student pakai duit PTPN. Semua berdoa buat solat hajat agar website mereka boleh dibuka dan tidak di block. Semua menangis insaf kalau boleh nak ambik semula duit pokok mereka sahaja.

Mungkin, cerita itu benar-benar berlaku di situasi program saham realiti. Website yang diblock tiba-tiba dah boleh buka. Maka berseronok lah pegiat-pegiat sambil menari-nari dengan mengatakan “Wang Mashyukkk…”

Semua lupa pada doa mereka untuk insaf tetapi membuat kesimpulan bahawa program mereka diblock atas sebab Website sedang under construction (dibaik pulih). Dengan perasaan tamak, mereka menambah lagi duit untuk melipat gandakan hasil dan mereka menguatkan lagi promosi mencari downline.

Itulah kita sebenarnya, bila susah baru inat Tuhan, bila senang ada jalan nafas lega lupa segala-galanya. Akhirnya website AB TAUFAN memang benar-benar tutup terus. Semua orang yang masuk duit cari leader-leader mereka sampai datang rumah buat kecoh.

Tajuk di atas sebenarnya ditujukan khas kepada orang yang terlibat main saham atau kena tipu. Duit yang dilaburkan dalam AB TAUFAN tidak akan dapat balik. Sampai sekarang tauke ABB Fund tak ada duit nak bayar mereka yang telah menjanjikan pulangan lumayan. Hanya duduk diam untuk jadi kaya adalah kuarng adil bagi yang kuat berusaha menjadi kaya.

Masih ada lagi yang menaruh harapan agar saham internet mereka suatu hari nanti mendapat semula hasil. Seperti juga saham SwissCake yang kononnya boleh bawak keluar dari negara jiran. Ada yang berharapan tinggi agar kerugian mereka digantikan semula dengan berjumpa bomoh. Astagfirullahalazim…(Meminta pertolongan selain dari Allah salah satu perbuatan Syirik.)

Walau apapun dugaan yang menimpa adalah satu pengajaran yang perlu dibayar dengan harga yang sangat mahal. Lebih mahal maksudnya akan terbentang luas kejayaan. Orang yang takut rugi biasanya orang yang takut miskin. Dan orang yang takut miskin sebenarnya orang yang memang miskin.

Bukan miskin harta tetapi miskin minda. Mana mungkin nak jadi kaya kalau tak pernah rugi. Anda pernah baca kisah hidup saya yang menanggung hutang berjuta dan kehilangan duit beratus ribu kena tipu dan itu semua bayaran yang saya perlu bayar untuk menjadi orang yang berjaya.

Apa yang penting , anda selalu fikirkan bagaimana nak bangkit semula. Bukan mengeluh terhadap berapa banyak duit yang dah dileburkan atau dibawak lari. Semua yang berlaku adalah kifarah kita atas perbuatan sebelum ini. Fikirkan kenderaan apa yang dapat naikkan semula kedudukan anda sehingga menjadi lebih berjaya dari sebelum ini.

Biarpun kehilangan wang, harta segalanya asalkan tidak kehilangan Allah. Kerana Allah sudah menjamin satu jalan yang sesuai dan terbaik untuk kita bila saatnya kita sudah bersedia untuk menerimanya. Alhamdulillah!!

minum

Categories: Peluang Tags:

JALAN DAH ADA TAPI ILMU BELUM MANTAP

July 16th, 2010 Master Hadzrin No comments

Sejak terlibat dalam perniagaan Networking ala-ala MLM, banyak benda yang saya tak suka buat dulu saya buat seperti berjumpa-jumpa orang, bagi risalah bisnes, melayan karenah orang negatif yang berlagak pandai…

Walau macamana pun saya tak setension masa buka bisnes jual kereta. Tak terikat dengan melayan karenah staft yang kaki bodek dan tak perlu membodek orang untuk membeli stok kereta.

Setahun bina perniagaan MLM tersebut ketika itu dengan berjalan kaki , naik bas tumpang kawan. Setahun tak buat duit sangat. Cukup makan lah kira. Dari seorang tauke jadi seorang pegiat MLM yang mendapat hasil bawah seribu sebulan.

Duit yang saya terima ketika itu cukup-cukup buat makan dan beli rokok (semasa belum berhenti sepenuhnya). Setiap malam hembus asap rokok yang tak ada faedah mencari ilham untuk majukan diri.

Saya masih ingat lagi peristiwa saya berjumpa dengan seorang prospek yang ketika itu saya ajak jumpa di kedai mamak. Dia datang seorang diri nak mendengar peluang yang saya bawak setelah terima risalah dari saya.

Selepas saya buat presentasi bisnes MLM tersebut, orang itu bersetuju nak ikuti program saya dan katanya nak bayar keesokan hari sebab nak pergi ke bank keluarkan duit. Saya rasa gembira bila dapat seorang ahli baru join dengan saya dan kami beredar pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, orang yang berjumpa dengan saya tadi terlihat saya pulang dengan berjalan kaki. Lalu dia memberhentikan kereta perdana nya sebelah saya dan membuka tingkap dan berkata…

“Tadi awak cerita bisnes awak boleh buat duit beribu-ribu…tapi awak sendiri jalan kaki tak ada kereta…PERRRIGIII DAAA!!”

Waktu itu, Tuhan sahaja yang tahu, bagaimana dulunya seorang tauke kereta yang di beri tamparan tersebut. Itu saya tak cerita kepada orang itu yang dulu saya pernah berniaga kereta. Kalau tak lagi lah tak ada siapa percaya.

Saat itu saya ingat pada kisah Nabi Muhammad waktu menyampaikan dakwah yang lagi berat hinaan yang Nabi terima…jadi saya fikir tak mengapa…lagi pun bukan orang itu yang memberi rezeki.

Kisah pengalaman saya ini akan jadi pembakar semangat saya. Balik rumah saya cari gambar kereta impian saya yang ketika itu honda Accord.

Setahun buat bisnes tak namapak hasil yang diharapkan. Saya mohon pada Allah agar mendapat jalan untuk majukan bisnes dan diri. Saya beli surat khabar tabloid dan mencari-cari peluang mana tahu ada jalan ke…

Ada satu iklan dan saya tertarik dengan topik nya. Masa itu tahun 2005. Kursus Gunakan Kuasa Minda dan Kuasa Niat untuk capai segala hajat. Yuran RM850. Masa tu fikir mana nak cekau duit yuran tu.

Tapi pasal nak punya hal, saya ikhtiar untuk dapat hadirkan diri kursus tu. Dua bulan kumpul modal dan ikat perut untuk buat bayar kursus. Saya fikir, kalau tak berkorban sekarang, nasib saya akan jadi sama sahaja 3 hingga 5 tahun lagi.

Bila cukup modal saya terus online bayar kursus yang dibuat dari pagi hingga maghrib di Kuala Lumpur. Makan disediakan. Saya anggap hari itu saya pergi berehat di hotel makan sana.

Dari JB ke KL saya naik bas waktu malam dan berteduh di Puduraya sehingga pagi sebelum naik bas ke hotel kursus. Sampai sahaja hotel, ada 40 orang peserta yang ikuti kursus. Ada yang datang dari jauh macam Terengganu juga nak belajar.

Sepanjang hari tu saya belajar ilmu baru (ketika itu ilmu Kuasa Minda baru nak diperkenalkan). Akhir kursus, saya minum teh dengan kawan baru yang saya duduk di sebelah sama-sama.

Namanya Arif sekarang ni duduk Kuantan. Member tu pun macam saya juga buat networking yang waktu tu company dia tengah famous dengan duta nama Fifi. Kali terakhir saya jumpa dia 3 tahun lepas masa dia turun JB dengan kereta Toyota Caldina yang di modified.

Member tu dah buat duit banyak dalam forex. Katanya dah kumpul RM3 juta lepas belajar ilmu Kuasa Minda. Tapi saya perhatikan dalam akaun bank masa dia cucuk duit kat Maybank ada dalam RM1,500. (Arif kalau kau baca post ni…kira nasib lah).

Sebenarnya adat…walau banyak income kita, duit yang mampu disimpan memang susah nak banyak. Tu yang saya belajar ilmu Ibu Duit dengan seorang Pak Kiai untuk halusi masalah duit banyak tapi macam tak banyak.

Kesan lepas belajar ilmu kuasa minda ketika itu memang berlipat kali ganda hasil yang saya terima. Banyak senaman dan amalan yang saya buat untuk hasilkan usaha yang diimpikan. Ada juga antara koleksi yang saya letakkan dalam blog ini sebagai panduan untuk yang tak berkemampuan nak pergi berkursus.

Yang kata saya letak harga mahal jual ilmu sila lah bayar kursus yang perlukan belanja beratus dan ada hingga beribu.

Selang beberapa bulan, perniagaan MLM saya meningkat mendadak. Ahli dalam kumpulan semakin meningkat. Dari berbelas orang menjadi berbelas ribu dari Johor sahaja.

kereta impian pertama honda

Dari seorang yang berjalan kaki, ketika itu saya mampu miliki kereta impian saya yang pertama iaitu Honda Accord. Sebenarnya saya dah guna teknik bola emas untuk dapatkan kereta tersebut (dengan izin Allah).

Dua tahun kemudian, barulah saya menjana pendapatan yang lebih selesa daripada berniaga kereta. Ibarat saya mendapat pendapatan setiap bulan boleh beli harga tiga biji kereta perdana orang yang berlagak herdik saya masa saya jalan kaki.

 (post akan datang saya akan kongsikan pengalaman mendalami ilmu potensi diri yang lain termasuk Tendai, Reiki dan ilmu Kineseologi)

Categories: Peluang Tags: